• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dilancarkan, ini perkara yang anda perlu tahu

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:48 pm
  • 12/12/2024
  • Komen
Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dilancarkan, ini perkara yang anda perlu tahu
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Malaysia hari ini telah melancarkan Pejabat AI Kebangsaan (NAIO), sebuah agensi baharu di bawah Kementerian Digital untuk memacu agenda AI di Malaysia. Ia merupakan komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju dalam teknologi AI dan transformasi digital di rantau ASEAN dan global.

Pelancarannya dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC). Majlis pelancarannya turut dihadiri Menteri Digital, Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Utama Tengku Zafrul dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.



Apa tujuan NAIO ditubuhkan?

Tujuan NAIO ditubuhkan adalah sebagai kesiapsiagaan kerajaan terhadap penerimaan teknologi AI. NAIO akan memainkan peranan utama dalam menggalakkan dan mempercepatkan adaptasi AI, di samping bertujuan untuk menarik pelaburan, membangunkan inovasi serta kolaborasi baharu berkaitan AI di Malaysia.

Bukan itu sahaja, NAIO juga akan bertanggungjawab untuk mewujudkan dasar serta pengawalseliaan melibatkan teknologi AI dalam negara.



Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, kewujudan NAIO mampu membina ekosistem digital yang kukuh yang “bantu memikir, merencana, menyelidik, menyelaras dan melaksana” serta memacu Malaysia ke arah inovasi daya cipta. Sementara itu, Menteri Digital, Gobind Singh Deo menekankan bahawa adalah penting untuk kita membawa AI ke semua sektor, merangkumi setiap lapisan masyarakat bagi memastikan tiada sesiapa yang terlepas dan semua rakyat dapat nikmati manfaat peralihan teknologi ini.

Antara sektor yang akan mengguna pakai AI termasuklah sektor penjagaan kesihatan, pengangkutan, pertanian dan perkhidmatan awam. Pada ketika ini, NAIO diterajui oleh Shamsul Izhan Abdul Majid, yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi di SKMM.

Ketua Pejabat AI Kebangsaan, Shamsul Izhan Abdul Majid

NAIO di bawah seliaan MyDIGITAL untuk tempoh 12 bulan pertama

Untuk makluman anda, agensi NAIO bukanlah agensi yang secara langsung berada di bawah Kementerian Digital, tetapi di bawah seliaan MyDIGITAL Corporation, untuk tempoh 12 bulan pertamanya. Dalam tempoh tersebut, ia akan menentukan masa depan serta hala tuju NAIO sebagai sebuah agensi.

Ini adalah kerana, CEO MyDIGITAL, Adrian Marcellus sewaktu sesi pengenalan agensi NAIO ada menekankan bahawa struktur jangka panjang NAIO akan ditentukan dalam tempoh 12 bulan pertamanya. Ini termasuk sama ada NAIO akan diteruskan sebagai agensi yang berdiri sendiri ataupun sebuah agensi badan berkanun.

Sasaran NAIO untuk 12 bulan akan datang

Selain itu, terdapat tujuh hasil utama yang NAIO sasarkan untuk capai dalam masa 12 bulan akan datang dan ini termasuk:

  • Pelan tindakan teknologi AI 2026-2030
  • Rangka kerja peraturan penerimaan AI
  • Percepatan penyesuaian teknlogi AI
  • Kod etika AI
  • Kajian impak AI untuk kerajaan
  • Laporan trend AI negara
  • Set data berkaitan teknologi AI

Dalam masa sama, NAIO turut mendedahkan enam rakan stratergik pertama yang terlibat dalam pelbagai projek berkaitan AI merangkumi aplikasi pintar dan infrastruktur AI. Enam rakan stratergik tersebut termasuk Toshiba, Global AI Village, YTL, Microsoft, Google dan Amazon Web Services (AWS).

NAIO pertama kali diumumkan sewaktu pembentangan Bajet 2025 dan PM mendedahkan sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan untuk menubuhkan NAIO.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman web NAIO.

Tags: aiMenteri DigitalmydigitalNAIOPejabat AI Kebangsaan
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dilancarkan, ini perkara yang anda perlu tahu

Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dilancarkan, ini perkara yang anda perlu tahu

12 December 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER