• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KTMB kini laksana pembayaran tanpa tunai sepenuhnya, diskaun 10% untuk pengguna MyDebit

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:30 pm
  • 02/01/2025
  • Komen
KTMB kini laksana pembayaran tanpa tunai sepenuhnya, diskaun 10% untuk pengguna MyDebit
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda bercadang untuk menaiki tren ETS, KTM Intercity atau KTM Komuter, sila ambil perhatian bahawa Keretapi Tanah Melayu berhad (KTMB) telah melaksanakan pembayaran tanpa tunai sepenuhnya bermula 1 Januari 2025.

Bagi menyokong seruan kerajaan untuk menerima pelbagai pilihan pembayaran kad, KTMB telah memasang terminal kad pembayaran yang bukan sahaja dengan kad MyDebit, tetapi juga kad kredit dan kad debit. Ini termasuk pembayaran mudah alih seperti Apple Pay, Google Pay dan Samsung Pay.



Keputusan untuk beralih kepada pembayaran tanpa tunai sepenuhnya telah diumumkan KTMB pada 1 November 2024. Menurut KTMB, peralihan tersebut bertujuan untuk membentuk masyarakat yang lebih cekap dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi Kerajaan ke arah digitalisasi dengan mengutamakan aspek keterangkuman, keselamatan dan ketelusan.

Selain itu, KTMB juga memaklumkan sebanyak 82% penumpang yang menggunakan pembayaran dalam talian bagi perkhidmatan ETS dan Shuttle Tebrau melalui aplikasi mudah alih KTMB. Sementara itu, 71% penumpang menggunakan sistem pembayaran tanpa tunai untuk perkhidmatan KTM Komuter di Lembah Klang dan Utara.



Setakat November 2024, KTMB juga mempunyai lebih tiga juta akaun yang berdaftar bagi pembelian tiket ETS, KTM Intercity, Shuttle Tebrau dan KTM Komuter. Pembayaran tanpa tunai ini dilaksanakan di stesen KTMB di Lembah Klang, Utara, Selatan dan Pantai Timur.

Cara untuk beli tiket tren KTMB

Terdapat beberapa cara untuk pengguna membeli tiket tren KTMB. Di platform KTMB, anda boleh membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery. Untuk alternatif, anda juga boleh membeli tiket melalui laman web KTMB.

Untuk pembelian di stesen, anda boleh membeli tiket tren menggunakan mesin kios tiket yang tersedia. Kios tersebut menerima beberapa pilihan pembayaran seperti kad Visa/Mastercard dan e-dompet seperti Touch ‘n Go eWallet, Boost dan DuitNow.

Pembelian tiket juga boleh dibeli di kaunter dan ia menerima pembayaran MyDebit, Visa/Mastercard, KTM Wallet (KITS) dan Komuter Link.

Menggunakan pembayaran terbuka KTMB

Jika anda mahukan cara yang lebih mudah, anda boleh tap sahaja ketika masuk dan keluar menggunakan kad atau telefon pintar di Pintu Kawalan Automatik (ACG).

KTMB telah melaksanakan sistem pembayaran terbuka membolehkan anda untuk tap menggunakan kad MyDebit, Visa dan Mastercard, serta menerima pembayaran mudah alih termasuk Apple Pay, Google Pay dan Samsung Pay. Selain itu, sistem ACG turut menerima pembayaran menggunakan kad Touch ‘n Go, kad Komlink dan KTM Wallet. Tetapi, pembayaran QR melalui KTM Wallet boleh digunakan untuk perkhidmatan KTM Komuter sahaja.

Diskaun 10% untuk pengguna MyDebit

Bagi menggalakkan penggunaan kad MyDebit, KTMB dan Payet kini menawarkan diskaun 10% untuk pengguna di KTM Komuter Utara. Dari 16 Disember 2024 hingga 31 Januari 2025, pemegang MyDebit boleh menikmati diskaun 10% untuk tambang penuh bagi tiket Dewasa, sementara kuota masih ada. Perlu untuk dinyatakan bahawa terdapat caj RM30 sebagai nilai pegangan sementara (pre-auth) akan dikenakan pada kad debit anda untuk memastikan baki yang mencukupi sebelum mengakses platform.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: apple paygoogle paykeretapi tanah melayu berhadKTMKTM KomuterKTMBsamsung paysistem pembayaran terbukaTouch n Go
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
KTMB kini laksana pembayaran tanpa tunai sepenuhnya, diskaun 10% untuk pengguna MyDebit

KTMB kini laksana pembayaran tanpa tunai sepenuhnya, diskaun 10% untuk pengguna MyDebit

2 January 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER