• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKMM: TikTok, WeChat terima lesen untuk beroperasi di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:01 pm
  • 02/01/2025
  • Komen
SKMM: TikTok, WeChat terima lesen untuk beroperasi di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengumumkan bahawa Tencent (Wechat) dan ByteDance (TikTok) adalah antara platform pertama yang berjaya peroleh Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (CASP) di bawah peraturan pelesenan media sosial baharu.

Peraturan ini telah berkuatkuasa bermula 1 Januari 2025 dan semua platform media sosial dan pemesejan internet yang memiliki sekurang-kurangya 8 juta pengguna berdaftar di Malaysia dikehendaki mendapatkan lesen berkenaan. Keperluan pelesenan adalah bertujuan untuk mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih selamat bagi rakyat Malaysia.



Selain itu, ia juga bagi memastikan platform bertanggungjawab terhadap bahaya dalam talian termasuk jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan penipuan kewangan.

WeChat dan TikTok antara pertama yang peroleh lesen daripada SKMM

Dalam kenyataan yang dikeluarkan SKMM, mereka memaklumkan Tencent (WeChat) adalah pertama yang diberikan lesen tersebut, kemudian diikuti dengan BytDance (TikTok). Ini bermaksud enam lagi platform lain seperti Facebook, WhatsApp, Instagram, Telegram, X dan YouTube masih belum memiliki lesen buat masa ini.



Namun, menurut SKMM, Telegram dijangka akan menerima lesen berkenaan tidak lama lagi memandangkan mereka sedang dalam peringkat terakhir untuk proses pelesenan. Sementara itu, Meta yang mengendali Facebook, Instagram dan WhatsApp dikatakan telah memulakan proses untuk mendapatkan lesen dan dijangka akan terimanya tidak lama lagi.

X dan Google masih belum hantar permohonan pelesenan

SKMM turut mendedahkan X (terdahulu dikenali sebagai Twitter) dan Google iaitu pengendali YouTube, masih lagi belum mengemukakan permohonan mereka untuk mendapatkan lesen. X mendakwa yang jumlah penggunanya masih belum mencecah 8 juta di malaysia, manakala Google pula kelihatan tidak bersetuju dengan klasifikasinya sebagai platform media sosial di bawah kerangka pelesenan ini.

Bagaimanapun, SKMM mengatakan mereka telah mempertimbangkan isu yang dibangkitkan Google dan akan memastikan YouTube serta platform lain yang berkaitan memenuhi kriteria pelesenan dan mematuhi peraturan yang kini sudah dikuat kuasa.

Apa jadi jika platform beroperasi tanpa lesen?

Menurut SKMM, penyedia perkhidmatan yang beroperasi tanpa lesen selepas 1 Januari 2025 boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 126 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Jika didapati bersalah, platform tersebut boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga 5 tahun, atau kedua-duanya sekali. Platform itu juga boleh dikenakan denda RM1,000 setiap hari jika kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Perlu ditekankan bahawa pelesenan ini hanya perlu dimohon platform media sosial dan pemesejan internet berkaitan sahaja. Ia tidak terpakai untuk pengguna mahupun halaman yang memiliki lebih 8 juta pengikut atau ahli.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil turut mengatakan kerajaan tiada niat untuk menyekat mana-mana platform media sosial yang gagal untuk memohon lesen selepas 1 Januari 2025. Menurutnya, kerangka pelesenan di bawah Akta 588 bertujuan untuk menangani isu jenayah dalam talian tanpa menghalang inovasi dan pembangunan.

Platform yang gagal mematuhi peraturan tidak akan disekat perkhidmatannya, tetapi akan dikenakan dendan dan tindakan lain. Walau bagaimanapun, buat masa ini SKMM masih lagi belum menetapkan tempoh untuk penyedia perkhidmatan mengeluarkan kandungan berbahaya seperti iklan scam daripada plaform mereka.

Sebagai perbandingan, Indonesia mewajibkan kesemua pemegang lesen media sosial untuk menghapuskan kandungan yang menyalahi undang-undang dan mengganggu ketenteraman awam serius dalam tempoh 4 jam jika ia dianggap serius, manakala 24 jam untuk menghapuskan kandungan lain.

Pada 20 Disember 2024, SKMM telah menerbitkan Kod Tatalaku yang perlu dipatuhi plaform media sosial dan pemesejan internet. Dokumen tersebut menggariskan amalan terbaik yang perlu dipatuhi penyedia perkhidmatan yang berlesen di bawah AKM 1998 dalam menangani kandungan berbahaya dan keperluan tingkah laku lain.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: ByteDanceFacebookGoogleinstagramlesen media sosialMCMCmetaSKMMTikTokTwitterWechatwhatsappxYouTube
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
SKMM: TikTok, WeChat terima lesen untuk beroperasi di Malaysia

SKMM: TikTok, WeChat terima lesen untuk beroperasi di Malaysia

2 January 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER