• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ugreen Finder Slim, alternatif Apple AirTag senipis 1.7mm pada harga bawah RM100

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:38 pm
  • 03/02/2025
  • Komen
Ugreen Finder Slim, alternatif Apple AirTag senipis 1.7mm pada harga bawah RM100
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak dinafikan peranti penjejak seperti Apple AirTag amat berguna sekiranya menjejak untuk barangan peribadi seperti beg ataupun kenderaan sekiranya ia hilang. Jika anda mencari alternatif kepada AirTag dengan rekaan lebih nipis dan tidak memerlukan penggantian bateri, kini Ugreen ada perkenalkan penyelesaiannya dengan apa yang dipanggil sebagai Ugreen Finder Slim.

Ia adalah kad dengan yang lengkap dengan fungsi penjejak, serta serasi dengan peranti “Apple Find My“. Menariknya, anda juga boleh dapatkannya sekarang pada harga bawah RM100.



Harga Ugreen Finder Slim di Malaysia

Pada ketika ini, Ugreen Finder Slim boleh dibeli pada harga serendah RM74 di Shopee, berbanding harga asal RM160.45, iaitu diskaun sebanyak RM84.45. Anda boleh dapatkannya di stor rasmi Ugreen di Shopee.

Kad ini juga tersedia di Lazada dengan ia dijual pada harga RM102.66. Ugreen juga menawarkan pakej 2 kad Ugreen Finder Slim pada harga RM196.85 dan pakej 4 kad pada harga RM394.65.



Ciri-ciri yang dimiliki Ugreen Finder Slim

Seperti AirTag, peranti penjejak slim Ugreen ini boleh dijejak melalui aplikasi Find My yang terdapat di peranti Apple. Kad ini menyokong Bluetooth 5.0, tetapi tidak dinyatakan sama ada mempunyai teknologi Ultra Wideband (UWB) untuk kemampuan penjejakan yang lebih tepat seperti AirTag.

Reka bentuk nipis 1.7mm kad ini juga memudahkan ia untuk disimpan dalam kebanyakan dompet dan sarung pasport. Anda boleh uruskan kad ini dan kesan barangan anda melalui aplikasi Find My. Namun, ia tidak berfungsi dengan peranti Android kerana tidak menyokong Google Find My Device.

Katalah anda tidak dapat mengesan kad ini secara jarak dekat, kad ini boleh memainkan bunyi menerusi penggera terbina dengan kekuatan mencecah 80dB menggunakan aplikasi Find My. Bukan itu sahaja, anda boleh boleh tetapkannya untuk menotifikasikan anda sekiranya ia tertinggal.

Selain itu, kad penjejak Ugreen ini juga diiktiraf kalis air dan debu IP68. Tidak seperti Apple AirTag yang menggunakan bateri jenis syiling CR2032, Ugreen Finder Slim didatangkan dengan bateri lithium-ion 115mAh dan boleh bertahan sehingga 12 bulan tanpa cas.

Untuk mengecasnya, anda perlu menggunakan kabel USB yang boleh disambungkan secara magnetik. Ini juga bermakna anda tidak perlu mengeluarkan kos untuk menggantikan bateri/

Kalau anda mahukan penjejak dengan rekaan seperti AirTag, Ugreen juga ada menawarkanFinder Security Smart Tracker Mini yang juga serasi dengan Apple Find My. Ia dijual pada harga sekitar RM65-RM67 di Lazada dan Shopee.

Tags: airtagApple Find MyFind MyUgreenUgreen Finder Slim
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Ugreen Finder Slim, alternatif Apple AirTag senipis 1.7mm pada harga bawah RM100

Ugreen Finder Slim, alternatif Apple AirTag senipis 1.7mm pada harga bawah RM100

3 February 2025
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN