• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y29 dan Vivo Y39 dilancar, telefon mampu milik dengan bateri besar 6,500mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:15 pm
  • 27/02/2025
  • Komen
Vivo Y29 dan Vivo Y39 dilancar, telefon mampu milik dengan bateri besar 6,500mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia telah mengumumkan dua telefon kelas permulaan terbaru dalam siri Y, iaitu Vivo Y29 dan Vivo Y39. Kedua-dua peranti ini memiliki tanda harga mampu milik bawah RM1,000, tetapi tampil dengan ciri menarik seperti kapasiti bateri besar 6,500mAh, skrin pantas 120Hz, rekaan tahan lasak dan sokong pengecasan 44W.

Sementara kedua-duanya berkongsi beberapa spesifikasi yang sama, terdapat perbazaan antaranya daripada segi cip yang digunakan, sokongan selular dan juga rekaan.



Harga dan ketersediaan Vivo Y29 dan Vivo Y39 di Malaysia

Kepada mereka yang berminat, Vivo Y29 dan Vivo Y39 boleh mula dibeli di Malaysia sekarang melalui stor dalam talian Vivo, atau gedung rasmi Vivo di Lazada dan Shopee. Terdapat satu varian yang ditawarkan bagi kedua-dua model dan berikut adalah harga jualannya di Malaysia:

  • Vivo Y29 (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM799
  • Vivo Y39 (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM999

Anda boleh dapatkan Vivo Y29 dalam dua pilihan warna, iaitu putih atau coklat, manakala Vivo Y39 tersedia dalam pilihan warna biru dan ungu.



Spesifikasi Vivo Y39

Vivo Y39 merupakan varian yang lebih tinggi berbanding Vivo Y29. Ia didatangkan dengan paparan bersaiz 6.68-inci jenis LCD beresolusi HD 720p dengan kecerahan puncak 1,000 nits dan kadar penyegaran 120Hz. Melindungi komponen skrinny adalah kaca SCHOTT, yang dikatakan lebih kalis jatuh berbanding generasi sebelumnya.

Selain itu, rekaan telefon juga menerima pengesahan SGS 5-Star untuk ada binaan tahan lasak dan turut diiktiraf kalis percikan air dan debu IP64. Badan telefon mempunyai sisi rata dengan ketebalan 8.09mm.

Menjadi tunjang utama kepada Vivo Y39 adalah SoC Snapdragon 4 Gen 2 dengan sokongan 5G. Cip itu digandingkan bersama RAM 8GB dan storan 256GB, serta storan boleh diperluas dengan kad MicroSD. Sejurus keluar kotak, ia akan menjalankan sistem operasi Funtouch OS 15 berasaskan Android 15, yang tampil dengan fungsi seperti Circle to Search Google, AI Erase dan Live Photo.

Di bahagian pengimejan, telefon ini dilengkapi dengan tetapan dua belakang. Anda dapat kamera utama 50MP dan kamera bokeh 2MP. Manakala di hadapan, terdapat kamera selfie 8MP yang diletakkan di lubang di atas skrin. Menyalurkan tenaga pada telefon adalah bateri berkapasiti sebesar 6,500mAh dengan sokongan pengecasan 44W.

Sistem bunyinya jenis stereo yang mempunyai kelantangan kuat 400%. Ciri ketersambungan yang disokong Vivo Y39 termasuk Bluetooth 5.1, NFC dan WiFi 5.

Spesifikasi Vivo Y29

Vivo Y29 berkongsi sedikit sebanyak spesifikasi sama dengan Vivo Y39. Skrinnya sebesar 6.68-inci menggunakan panel LCD dengan resolusi HD 720p dan ada kecerahan puncak 1,000 nits dan sokong kadar penyegaran 120Hz. Skrinnya turut dilapisi dengan kaca SCHOTT, serta badannya menampilkan rekaan teguh dan kalis jatuh yang memenuhi piawaian ditetapkan SGS 5-Star.

Atas papan utama, ia diperkasa cip yang sedikit tua, Snapdragon 685 yang turut bermakna ia hanya sokong rangkaian 4G. Cip itu dipadankan dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Slot kad mikroSD juga masih ada untuk anda memperluaskan lagi storan dan ia akan menjalankan sistem operasi Funtouch OS 15 berasaskan Android 15.

Meskipun menggunakan rekaan pepulau kamera berbeza berbanding Vivo Y39, Vivo Y29 mempunyai konfigurasi kamera belakang yang sama. Ia adalah kamera utama 50MP yang ditemani dengan kamera bokeh 2MP. Tetapi, satu perbezaannya adalah, Vivo Y29 hadir dengan lampu Dynamic Light yang boleh berubah warna dan berintegrasi dengan notifikasi pada pepulau kameranya.

Lubang skrin di hadapan pula menempatkan kamera selfie 8MP. Selain itu, Vivo Y29 juga diberikan kapasiti bateri 6,500mAh yang menyokong pengecasan 44W, ada speaker stereo dengan kelantangan kuat 400% dan diiktiraf kalis percikan air dan debu IP64. Ia menyokong ciri ketersambungan seperti Bluetooth 5.0 dan WiFi 5, tetapi tiada NFC.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Vivo Y29 dan Vivo Y39.

Tags: vivovivo MalaysiaVivo Y29Vivo Y39
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Vivo Y29 dan Vivo Y39 dilancar, telefon mampu milik dengan bateri besar 6,500mAh

Vivo Y29 dan Vivo Y39 dilancar, telefon mampu milik dengan bateri besar 6,500mAh

27 February 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER