• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Oppo A5 Pro tiba di Malaysia, telefon bajet kalis air IP69 & bateri 5,800mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:29 pm
  • 12/03/2025
  • Komen
Siri Oppo A5 Pro tiba di Malaysia, telefon bajet kalis air IP69 & bateri 5,800mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia telah melancarkan siri telefon pintar berkelas permulaan terbaharu, iaitu siri A5 Pro yang terdiri daripada model 4G dan 5G. Ia merupakan antara telefon termurah di Malaysia yang didatangkan dengan pengiktirafan kalis air dan debu IP66/IP68/IP69, selain memiliki kapasiti bateri besar dan pengecasan pantas.

Harga Oppo A5 Pro dan A5 Pro 5G di Malaysia

Kedua-dua model dalam siri Oppo A5 Pro ditawarkan dalam satu konfigurasi RAM dan storan. Berikut adalah harga jualan rasmi Oppo A5 Pro dan A5 Pro 5G di Malaysia:



  • Oppo A5 Pro 8GB + 256GB – RM899
  • Oppo A5 Pro 5G 8GB + 256GB – RM1,099

Sebagai promosi pelancarannya, Oppo Malaysia juga menyertakan pembelian siri Oppo A5 Pro dengan percuma beg sandang OPPOxUEFA Champions League, perlindungan daripada kerosakan akibat air 1 tahun dan perlindungan skrin 1 tahun. Pembeli juga diberi pilihan untuk mendapatkan fon putik Oppo Enco Buds 3 Pro pada harga RM100 (harga asal RM169).

Kepada mereka yang berminat, A5 Pro dan A5 Pro 5G tersedia didapatkan sekarang melalui stor rasmi Oppo seperti berikut:



Lazada

  • Oppo A5 Pro
  • Oppo A5 Pro 5G

Shopee

  • Oppo A5 Pro
  • Oppo A5 Pro 5G

Pengguna boleh dapatkan A5 Pro dalam dua warna iaitu coklat dan pink, manakala A5 Pro pula tersedia dalam warna coklat dan hijau.

Spesifikasi Oppo A5 Pro dan A5 Pro 5G

Oppo A5 Pro dan A5 Pro 5G pada dasarnya adalah peranti yang sama, kecuali pada bahagian cip pemproses, kadar penyegaran paparan dan sokongan rangkaian. Kedua-dua model dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 6.67-inci beresolusi HD 720p (1604×720) yang menyokong kecerahan puncak 1,000 nits. Tetapi model 4G ada kadar penyegaran 90Hz, manakala model 5G pula menyokong kadar penyegaran lebih tinggi pada 120Hz.

Sementara kedua-dua peranti berada dalam kategori kelas permulaan, Oppo juga mendakwa telefon ini menawarkan ciri ketahanan bertaraf flagship, termasuk kalis air dan debu IP69. Ini bermakna telefon mampu bertahan apabila direndam sedalam 1.5 meter selama 30 minit dan juga semburan air bertekanan tinggi. Selain itu, siri A5 Pro juga telah diuji melepasi 14 ujian bergred tentera, menjadikannya kalis jatuh dan hentakan.

Atas papan utama, model 4G dikuasakan cip Snapdragon 6s Gen 1, manakala A5 Pro 5G pila diperkasa cip MediaTek Dimensity 6300. Kedua-duanya dipadankan dengan RAM LPDDR4X 8GB dan storan UFS 256GB, iaitu UFS 2.1 untuk model 4G dan UFS 2.2 untuk model 5G.

Untuk menangkap gambar, A5 Pro dan A5 Pro 5G berkongsi perkakasan kamera yang sama, iaitu kamera utama 50MP f/1.8 dan kamera potret 2MP di belakang, manakala di hadapan terdapat kamera selfie 8MP f/2.0 yang ditempatkan dalam lubang di atas skrin. Oppo turut membawakan beberapa fungsi AI termasuk AI Eraser 2.0, AI Unblur, AI Clarity Enhancer, AI Reflection dan AI Studio.

Membekalkan tenaga pada kedua-dua telefon adalah bateri berkpasiti 5,800mAh, dengan Oppo mendakwa model 5G mampu menawarkan masa panggilan sehingga 36 jam dan penstriman video sehingga 17 jam. Pengecasan yang disokong pada kedua-dua model adalah SuperVOOC 45W USB-C.

Sejurus keluar kotak, A5 Pro dan A5 Pro 5G akan menjalankan sistem operasi ColorOS 15.0 berasaskan Android 15.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Oppo A5 Pro.

Tags: oppoOppo A5 ProOppo A5 Pro 5GOPPO Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Siri Oppo A5 Pro tiba di Malaysia, telefon bajet kalis air IP69 & bateri 5,800mAh

Siri Oppo A5 Pro tiba di Malaysia, telefon bajet kalis air IP69 & bateri 5,800mAh

12 March 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER