• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Pura X diperkenal, telefon lipat lebar dengan skrin 16:10 dan kalis air IPX8

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:11 pm
  • 24/03/2025
  • Komen
Huawei Pura X diperkenal, telefon lipat lebar dengan skrin 16:10 dan kalis air IPX8
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei, jenama yang terkenal dengan peranti boleh lipat termasuk Mate XT baru-baru ini, telah melancarkan telefon lipat baharu yang dipanggil Pura X. Ia merupakan telefon lipat jenis flip dengan skrin lebar yang boleh berubah kepada tablet mini dengan skrin bernisbah 16:10, serta tampil dengan tetapan empat kamera.

Harga Huawei Pura X

Buat masa ini, Huawei Pura X hanya diperkenal untuk pasaran China sahaja. Berikut adalah harga jualan rasminya:



  • 12GB + 256GB – CNY7499 (RM4,585)
  • 12GB + 512GB – CNY7999 (RM4,890)
  • 16GB + 512GB – CNY8999 (RM5,503)
  • 16GB + 1TB – CNY9999 (RM6,115)

Ia ditawarkan pilihan warna termasuk kelabu, putih, dan dua corak berpetak berwarna merah dan hijau bagi versi “Collector’s Edition”.

Spesifikasi Huawei Pura X

Huawei Pura X memiliki skrin luaran 3.5″ jenis OLED yang menyokong kadar penyegaran adaptif 1-120Hz dengan resolusi 980×980. Apabila lipatannya dibuka, ia mempunyai skrin OLED 6.3″ bernisbah 16:10 yang turut menyokong kadar penyegaran 1-120Hz dengan resolusi lebih tinggi 2120×1320. Kedua-dua skrin juga ada tahap kecerahan puncak 2,500 nits.



Dalam keadaan dilipat, badan Pura X adalah berukuran 15.1mm dan 7.15mm apabila lipatannya dibuka. Untuk perlindungan, peranti boleh lipat terbaru Huawei ini diiktiraf untuk kalis air IPX8, yang dikatakan boleh bertahan untuk rendaman air sedalam 2 meter.

Di dalam, seperti biasa, Huawei tidak mendedahkan cip yang digunakan, tetapi ia dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 1TB. Sejurus keluar kotak, ia akan menjalankan sistem operasi Harmony OS 5.0.1 yang turut ditambah dengan integrasi AI termasuk DeepSeek dan bahasa model Huawei Pangu.

Berkenaan kamera, Pura X tampil dengan tetapan empat kamera yang disusun secara menegak bersebelahan skrin luarannya. Ia adalah kamera utama 50MP f/1.6 dengan sokongan OIS dan sensor RYYB, kamera ultralebar 40MP f/2.2 yang juga berfungsi sebagai kamera makro, dan kamera telefoto 8MP f/2.4 dengan OIS yang berkemampuan zum optikal 3.5x. Kamera keempat pula adalah sensor khusus untuk warna.

Untuk selfie, Pura X memiliki kamera depan 10.7MP f/2.2 yang diletakkan dalam lubang di atas skrin dalamannya. Dari segi ketersambungan, peranti ini menyokong WiFi 7, Bluetooth 5.2 dan NFC. Versi “Collector’s Edition” juga dilengkapi sokongan komunikasi satelit.

Menghidupkan peranti ini adalah bateri berkapasiti 4,720mAh dan boleh dicas pada kuasa 66W melalui USB-C dan 40W secara wayarles.

Tags: HuaweiHuawei Pura XPura X
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Huawei Pura X diperkenal, telefon lipat lebar dengan skrin 16:10 dan kalis air IPX8

Huawei Pura X diperkenal, telefon lipat lebar dengan skrin 16:10 dan kalis air IPX8

24 March 2025
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN