• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Poco F7 dilancar di Malaysia dari RM2,299, F7 Ultra telefon Snapdragon 8 Elite paling murah

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:25 pm
  • 27/03/2025
  • Komen
Siri Poco F7 dilancar di Malaysia dari RM2,299, F7 Ultra telefon Snapdragon 8 Elite paling murah
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijanjikan, Poco hari ini telah melancarkan telefon pintar kelas flagship terbaru mereka, iaitu Poco F7 Pro dan Poco F7 Ultra. Ini kali pertama Poco memperkenalkan model “Ultra” dalam barisan telefon mereka, dan ia juga adalah peranti berkuasa Snapdragon 8 Elite paling mampu milik di Malaysia.

Kedua-dua model baru ini mendukung rekaan yang serupa, tetapi dengan perbezaan pada bahagian cip, sistem kamera dan bateri yang digunakan. Pelancarannya berlaku di peringkat antarabangsa di Singapura. Namun, sejurus pengumumannya, kedua-dua Poco F7 Pro dan F7 Ultra telah memasuki pasaran Malaysia.



Harga dan promosi siri Poco F7 di Malaysia

Siri Poco F7 ditawarkan dalam dua varian bagi setiap model. Harganya juga kelihatan meningkat dengan ketara berbanding siri Poco F6 terdahulu, iaitu:

Poco F7 Pro



  • Poco F7 Pro (RAM 12GB dan sotran 256GB) – RM2,299
  • Poco F7 Pro (RAM 12GB dan sotran 512GB) – RM2,499

Poco F7 Ultra

  • Poco F7 Ultra (RAM 12GB dan sotran 256GB) – RM2,999
  • Poco F7 Ultra (RAM 12GB dan sotran 512GB) – RM3,299

Sebagai promosi pelancarannya, dari 27 Mac hingga 9 April 2025, Poco turut menawarkan diskaun menarik sehingga RM400 kepada pembeli terawal siri Poco F7, menjadikan ia boleh didapati pada harga seperti berikut:

Poco F7 Pro

  • Poco F7 Pro (RAM 12GB dan sotran 256GB) – RM2,039
  • Poco F7 Pro (RAM 12GB dan sotran 512GB) – RM2,139

Poco F7 Ultra

  • Poco F7 Ultra (RAM 12GB dan sotran 256GB) – RM2,699
  • Poco F7 Ultra (RAM 12GB dan sotran 512GB) – RM2,899

Malah, pembeli Poco F7 Ultra dalam tempoh tersebut turut akan menerima hadiah percuma berupa pengecas wayarles Xiaomi 50W bernilai RM269. Jika berminat, Poco F7 UItra tersedia didapatkan eklsusif di Lazada dan Mi.com, manakala Poco F7 Pro pula tersedia secara ekslusif di Shopee dan Mi.com.

Dalam masa sama, pembelian Poco F7 Ultra dan Poco F7 Pro juga disertakan dengan lanjutan satu tahun waranti, percuma sekali penggantian skrin atau pembaikan dalam tempoh 6 bulan, serta lagganan storan awan Google One 100GB selama 6 bulan (hanya untuk Poco F7 Ultra).

Spesifikasi Poco F7 Pro

Kuasa penggerak utama Poco F7 Pro adalah Snapdragon 8 Gen 3, cip flagship dua tahun lepas. Ia merupakan naik taraf berbanding cip Snapdragon 2 Gen 3 pada model sebelumnya. Bersama cip itu, Poco F7 Pro dipadankan dengan RAM LPDDR5X 12GB dan storan UFS 4.1 sehingga 512GB.

Poco F7 dilengkapi dengan paparan 6.67-inci jenis Flow AMOLED dengan resolusi WQHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia ada kecerahan biasa 1,800 nits dan kecerahan puncak secerah 3,200 nits, serta tahap PWM Dimming yang disokong adalah setinggi 3,840Hz. Kaca Corning Gorilla Glass 7i melapisi di atas skrinnya.

Di jabatan pengimejan, telefon ini menampilkan sistem dwi kamera, terdiri daripada kamera utama 50MP f/1.6 dengan OIS menggunakan sensor Light Fusion 800, dan kamera ultralebar 8MP f/2.2. Untuk selfie, lubang di atas skrin merumahkan kamera depan 20MP.

Bateri berkapasiti sebesar 6,000mAh dimuatkan di dalamnya, dan ia menyokong pengecasan HyperCharge 90W melalui USB-C. Kepala pengecas 90W disertakan dalam kotak dan menggunakannya, Poco dakwa ia mengambil masa 37 minit untuk cas penuh.

Sistem bunyinya jenis stereo dan pengimbas cap jari ultrasonik terdapat dalam skrin. Ia juga telah dipertingkatkan untuk ada kerintangan air dan debu IP68. Dari segi ketersambungan, ia menyokong Bluetooth 5.4, WiFi 7, NFC dan pemancar inframerah.

Ia akan menjalankan sistem operasi HyperOS 2.0 berasaskan Android 15 sejurus keluar kotak, dan Poco menjanjikan kemas kini OS 4 kali dan 6 tahun keselamatan. Poco F7 Pro boleh didapati dalam tiga warna iaitu hitam, perak dan biru.

Sebarang maklumat lanjut boleh anda dapatkan di laman produk Poco F7 Pro.

Spesifikasi Poco F7 Ultra

Poco F7 Pro Ultra turut didatangkan dengan paparan 6.67-inci jenis Flow AMOLED yang sama, dengan resolusi WQHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Tahap kecerahan puncak skrinnya juga boleh mencecah 3,200 nits dan mempunyai tahap PWM Dimming setinggi 2,840Hz. Melapisi komponen skrinnya adalah kaca Poco Shield Glass.

Atas papan utama, versi Ultra ini diperkasa cip Qualcomm terhebat pada masa kini, Snapdragon 8 Elite. Ia disediakan dengan RAM LPDDR5X 12GB dan storan dalaman UFS 4.1 sehingga 512GB, tiada storan 1TB seperti siri Poco F6 sebelum ini.

Kelebihan utama Poco F7 Ultra berbanding F7 Pro adalah pada bahagian kamera. Model ultra ini dilengkapi tiga kamera belakang, iaitu kamera utama 50MP f/1.6 dengan OIS menggunakan sensor Light Fusion 800, kamera telefoto terapung 50MP f/2.0 dengan OIS berkeupayaan zum optikal 2.5x dan makro 10cm, serta kamera ultralebar 32MP f/2.2.

Untuk tenaga, ia disalurkan oleh bateri yang sedikit lebih kecil 5,300mAh yang menyokong pengecasan HyperCharge 120W melalui USB-C dan wayarles HyperCharge 50W. Poco mengatakan mengecas penuh secara berwayar hanya mengambil masa 34 minit, manakal 75 minit untuk cas penuh secara wayarles.

Ia juga menggunakan pengimbas cap jari ultrasonik dalam skrin, sistem audio stereo dan diiktiraf kalis air dan debu IP68. Ciri ketersambungan yang disokong termasuk NFC, Bluetooth 6.0, WiFi 7 dan pemancar inframerah. Menjalankan sistem operasi Hyper OS 2.0 berasaskan Android 15, Poco juga menjanjikan kemas kini OS 4 kali dan keselamatan 6 tahun untuk telefon ini.

Poco F7 Ultra boleh didapati dalam dua warna iaitu hitam dan kuning. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Poco F7 Ultra.

Tags: PocoPoco F7 ProPoco F7 UltraPoco MalaysiaSiri Poco F7xiaomi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Siri Poco F7 dilancar di Malaysia dari RM2,299, F7 Ultra telefon Snapdragon 8 Elite paling murah

Siri Poco F7 dilancar di Malaysia dari RM2,299, F7 Ultra telefon Snapdragon 8 Elite paling murah

27 March 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER