• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 400 Lite akan tiba di Malaysia 25 April, ada butang kamera AI macam iPhone 16

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:15 pm
  • 21/04/2025
  • Komen
Honor 400 Lite akan tiba di Malaysia 25 April, ada butang kamera AI macam iPhone 16
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia melalui laman Facebook mereka telah mengutuskan teaser bahawa mereka akan memperkenalkan Honor 400 Lite di Malaysia tidak lama lagi. Ia akan menjadi model pertama yang diperkenalkan dalam barisan Honor 400, dengan terdapat dua lagi model yang akan diumumkan disampingnya, berdasarkan imej teaser yang diberikan Honor.

Jika melihat pada generasi sebelumnya, iaitu siri Honor 200 yang dilancarkan pada Jun tahun lepas, dijangka dua model tersebut adalah Honor 400 dan Honor 400 Pro. Walaupun tiada banyak maklumat yang diberikan Honor tentang dua lagi telefon lain tersebut, Honor Malaysia kini telah mengesahkan bahawa Honor 400 Lite akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada hari Jumaat, 25 April 2025.



Maklumat harga dan ketersediaan tentunya akan didedahkan ketika majlis pelancarannya yang akan berlangsung dalam masa terdekat. Tetapi, memandangkan Honor 400 Lite telah pun dilancarkan di beberapa pasaran global, kita sudah pun mengetahui spesifikasi penuh serta reka bentuk yang didukung Honor 400 Lite.

Spesifikasi Honor 400 Lite

Untuk permulaan, Honor 400 Lite didatangkan dengan rekaan baharu, terutamanya pada bahagian modul kamera. Peranti ini memiliki berat keselurhan 171 gram dan tebal hanya 7.29mm, dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hijau, kelabu dan hitam.



Di hadapan, ia menggunakan skrin AMOLED 6.7″ yang mempunyai resolusi FHD+ dan sokong kadar penyegaran 120Hz. Kecerahan skrinnya boleh mencecah setinggi 3,500 nits dan terdapat lubang berbentuk pil di dahi skrin dengan fungsi ‘Magic Capsule’, yang boleh memaparkan maklumat dengan lebih menarik.

Kuasa utama Honor 400 Lite digerakkan oleh cip Dimensity 7250-Ultra dan di pasaran global, ia ditawarkan dengan pilihan RAM sehingga 12GB dan storan 256GB. Ia akan menjalankan sistem operasi MagicOS 9.0 berasaskan Android 15 dan turut dilengkapi beberapa fungsi AI termasuk Magic Portal, AI Translate, AI Eraser dan AI Outpainting.

Bercakap mengenai kamera, telefon ini hadir dengan kamera utama 108MP f/1.75 yang dikatakan menawarkan zum lossless 3x dan kamera ultralebar f/2.2. Untuk selfie, bentuk pil di atas skrin menempatkan kamera depan 16MP yang turut ditemani dengan ‘Selfie Light’.

Menariknya, Honor 400 Lite ini juga dilengkapkan dengan butang kamera khusus pada bahagian kanan telefon sama seperti siri iPhone 16, yang digelar sebagai ‘AI Camera Button’. Butang ini boleh digunakan untuk melancarkan kamera, menangkap gambar dan video, dan kawalan zum kamera. Apabila ditekan lama, butang ini akan membawa terus pengguna ke ciri ‘Visual Intelligence’ Honor.

Bateri berkapasiti 5,200mAh dimuatkan di dalam telefon dan ia menyokong pengecasan 35w melalui USB-C. Daripada segi perlindungan, telefon ini turut diiktiraf kalis percikan air dan debu IP65 dan menerima pensijilan SGS bagiketahanan terhadap jatuhan.

Untuk maklumat tentang Honor 400 Lite, anda boleh layari laman produknya di sini.

Tags: honorHonor 400Honor 400 Litehonor malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor 400 Lite akan tiba di Malaysia 25 April, ada butang kamera AI macam iPhone 16

Honor 400 Lite akan tiba di Malaysia 25 April, ada butang kamera AI macam iPhone 16

21 April 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER