• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Pad SE: Tablet murah dengan bateri besar 9,340mAh dan ada Google Gemini

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:49 pm
  • 15/05/2025
  • Komen
Oppo Pad SE: Tablet murah dengan bateri besar 9,340mAh dan ada Google Gemini
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo telah melancarkan sebuah tablet mampu milik baharu untuk pasaran Malaysia, iaitu Oppo Pad SE. Ini adalah tablet termurah Oppo setakat ini dengan berharga bawah RM1,000, namun tetap menawarkan spesifikasi menarik macam bateri besar 9,340mAh, serta tampil dengan ciri Google Gemini dan O+ Connect.

Harga dan ketersediaan Oppo Pad SE di Malaysia

Oppo Pad SE ditawarkan dalam satu varian di Malaysia dengan RAM 4GB dan storan 128GB pada harga RM699`. Tempahan awal untuk milikinya telah pun dibuka sekarang dan akan berakhir 24 Mei 2025.



Menariknya, mereka yang menempah awal akan menerima rebat RM100, menjadikan tablet boleh dibeli pada harga RM599. Pembeli dalam tempoh tersebut juga berpeluang untuk mendapatkan sarung tablet pada harga RM1 berbanding harga asal RM99.

Sekiranya berminat, anda boleh dapatkan Oppo Pad SE melalui stor online Oppo, Lazada, Shopee dan TikTok Shop. Anda boleh dapatkan tablet dalam dua warna, iaitu biru dan perak.



Spesifikasi Oppo Pad SE

Sebagai tablet mampu milik, kuasa penggerak utama tablet adalah cip berkelas permulaan, iaitu MediaTek Helio G100 6nm. Ia digandingkan dengan RAM 4GB dan storan dalaman 128GB.

Di bahagian muka, tablet ini dilengkapi dengan panel paparan LCD bersaiz 11-inci dengan resolusi 1920×1200, kadar segar semula 90Hz dan kecerahan puncak 500 nits. Paparannya turut menggunakan kemasan matte anti-silau untuk visual yang lebih jelas dalam pencahayaan terang, serta diiktiraf TÜV Rheinland menjadikan paparannya mesra mata pengguna.

Dari segi pengimejan, Oppo Pad SE didatangkan dengan kamera 5MP di bahagian depan dan belakang. Membekalkan tenaga pada tablet adalah bateri berkapasiti 9,340mAh, yang dikatakan Oppo boleh menawarkan masa tontonan video sehingga 11 jam dan masa mendengar muzik sehingga 80 jam.

Untuk mengecas, tablet ini menyokong pengecasan SuperVOOC 33W melalui USB-C. Selain itu, Oppo turut mengatakan tablet ini dilengkapi dengan “Smart Power Saving mode” yang akan mematikan tablet secara automatik selepas 7 hari tidak digunakan.

Turut disertakan pada tablet adalah sokongan Kids Mode untuk kawalan ibu bapa, Google Gemini, AI Notes, dan juga O+ Connect, yang membolehkan perkongsian fail mudah dengan peranti Android lain dan iPhone.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Oppo Pad SE.

Tags: oppoOPPO MalaysiaOppo Pad SE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Oppo Pad SE: Tablet murah dengan bateri besar 9,340mAh dan ada Google Gemini

Oppo Pad SE: Tablet murah dengan bateri besar 9,340mAh dan ada Google Gemini

15 May 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER