• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer perkenal barisan e-skuter dan e-bike pintar baharu di Computex 2025

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:51 pm
  • 25/05/2025
  • Komen
Acer perkenal barisan e-skuter dan e-bike pintar baharu di Computex 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Selain daripada mengumumkan cincin FreeSense Ring, di Computex 2025, Acer turut memperkenalkan barisan kenderaan mobiliti elektrik terbaharu mereka. Ia terdiri daripada e-skuter dan e-bike pintar, yang ditujukan untuk kegunaan harian di bandar serta aktiviti rekreasi luar.

Terdapat empat model e-skuter yang dipamerkan termasuk Acer eScooter Series 4 Select, Series 5 Select, serta Predator ES Storm dan Predator ES Thunder. Setiap model dilengkapi dengan motor berkuasa antara 400W hingga 500W, sistem brek, suspensi adaptif dan boleh tampung berat penunggang sehingga 120kg.



Lebih menarik, pengguna juga boleh memantau prestasi serta mengurus tetapan keselamatan secara mudah melalui Acer eMobility App.

eScooter Series 4 dan Series 5 Select

eScooter Series 4 dan Series 5 secara asasnya adalah e-skuter yang sama, tampil dengan rekaan yang serupa. Tetapi apa yang membezakan kedua-duanya adalah bahagian motor dan bateri. Series 4 didatangkan dengan motor 400W, bateri 10.5Ah, dan ada jarak tunggangan sehingga 45km.



Sementara itu, Series 5 pula menggunakan motor lebih berkuasa 500W, bateri lebih besar 15Ah, dan ada jarak tunggangan lebih jauh sehingga 60km. Namun, kedua-duanya memiliki kelajuan maksimum sehingga 25km/j, dilengkapi paparan LED yang berbentuk bujur dan menggunakan roda 10″ dengan tayar tanpa tiub.

Selain itu, kedua-duanya juga memerlukan masa sekitar 6 jam untuk dicas penuh menggunakan pengecas 42V / 20.A.

Predator ES Thunder dan ES Storm

Kiri Predator Storm, kanan Predator Thunder

Beralih ke model Predator ES Thunder dan ES Storm pula, kedua-dua e-skuter tidak berkongsi rekaan yang sama. Malah, Storm juga dilihat sangat menyerupai model eScooter Series 4 dan Series 5, tetapi dengan sentuhan berwarna biru pada keseluruhan skuter.

Untuk spesifikasinya, ES Storm didatangkan dengan bateri 16Ah, motor pacuan belakang 500W dengan kelajuan maksimum 30km/j dan boleh pergi sejauh 60km. Ia juga ada paparan LED berbentuk bujur di tengah-tengah bar pemegang, roda 10″ dengan tayar tanpa tiub, dan mengambil masa 6 jam menggunakan pengecas 42V / 3A.

Predator Thunder turut dikuasakan motor pacuan belakang 500W dengan kelajuan maksimum lebih pantas 40km/j. Tetapi, ia ada bateri lebih kecil 13Ah dan boleh pergi sejauh 55km dalam satu isian penuh. Mengecas penuh akan mengambil masa 6.5 jam menggunakan pengecas 54.6V / 2A, dan ia datang dengan roda 10×3″ dengan tayar jenis “off-road” dan paparan LED terbina.

e-bike Predator eRanger

Selain daripada e-skuter, Acer turut mempamerkan e-bike Predator eRanger, yang pertama kali didedahkan di Taipei Cycle Show 2025. E-bike ini dikuasakan dengan motor hab belakang 750W yang menawarkan kelajuan maksimum 45km/j, dan memiliki jarak kembara sehingga 55km untuk bantuan pedal elektriknya, menggunakan bateri 10Ah.

Baterinya boleh dicas menggunakan pengecas 54.6V / 2A dan mengambil masa 5 jam untuk penuh. Predator eRanger ini turut dilengkapi tayar jenis “off-road” bersaiz 20×40″, paparan LED dan lampu besar di hadapan.

Setakan ini, Acer masih belum lagi memberikan sebaran maklmumat berkenaan ketersediaan dan harga untuk e-skuter dan e-bike ini. Tetapi jika ia masuk ke pasaran Malaysia, adakah anda berminat untuk dapatkan?

Tags: AcerAcer eScooter Series 4Acer eScooter Series 5Acer Predator eRangereScooter Series 4eScooter Series 5Predator eRanger
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Acer perkenal barisan e-skuter dan e-bike pintar baharu di Computex 2025

Acer perkenal barisan e-skuter dan e-bike pintar baharu di Computex 2025

25 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER