• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nintendo Switch 2 akan tiba di Asia Tenggara 26 Jun, Malaysia tidak tersenarai

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:39 pm
  • 29/05/2025
  • Komen
Nintendo Switch 2 akan tiba di Asia Tenggara 26 Jun, Malaysia tidak tersenarai
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah diperkenalkan pada awal April lalu, Nintendo kini mengumumkan bahawa konsol permainan terbaharu mereka, Nintendo Switch 2, akan tiba di pasaran Asia Tenggara lebih awal daripada jadual asal. Namun begitu, Malaysia tidak tersenarai dalam pengumuman hari ini, walaupun disenaraikan bersama negara-negara lain dalam pengumuman asal pada bulan April.

Jadual pelancaran asal Nintendo Switch 2 di Malaysia

Pada 2 April lalu, Nintendo mengumumkan bahawa Switch 2 akan dilancarkan di beberapa pasaran terpilih di Asia Tenggara antara Julai hingga September 2025. Malaysia turut tersenarai bersama Singapura, Thailand, dan Filipina sebagai antara negara yang bakal menerima konsol baharu ini.



Namun hari ini, Nintendo telah mengumumkan tarikh pelancaran Switch 2 di Singapura, Thailand, dan Filipina lebih awal daripada yang ditetapkan, iaitu pada 26 Jun 2025. Walau bagaimanapaun, Malaysia tidak disebut dalam pengumuman terkini.

Para gamer di Malaysia perlu risau?

Jadi, adakah pengguna di Malaysia patut risau? Berita baiknya, Nintendo Switch 2 masih lagi ada dipaparkan di laman web Nintendo Malaysia. Malah, kenyataan yang menyatakan konsol itu akan dilancarkan di Malaysia sekitar tahun 2025 juga masih ada. Ini memberikan petunjuk bahawa Nintendo masih komited untuk membawa masuk Switch 2 ke pasaran Malaysia.



Sebenarnya, ini bukan kali pertama perkara sebegini berlaku. Ketika pelancaran PlayStation 5 dahulu, Sony Interactive Entertainment (SIE) hanya mengumumkan tarikh pelancaran PS5 untuk Singapura. Negara lain di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, tidak disebut dalam pengumuman awal tersebut.

Sebulan kemudian, barulah SIE mengumumkan tarikh pelancaran PS5 untuk pasaran Malaysia.

Oleh itu, para gamer tidak perlu risau sekiranya Malaysia tidak disebut dalam pengumuman kali ini. Melihat pada apa yang berlaku sebelum ini, anda boleh jangkakan Nintendo Switch 2 akan tiba ke pasaran Malaysia sebulan kemudian dari tarikh yang diumumkan hari ini, iaitu sekitar bulan Julai.

Untuk maklumat lanjut, nantikan pengumuman rasmi dari Nintendo Malaysia.

Tags: nintendoNintendo Switch 2
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nintendo Switch 2 akan tiba di Asia Tenggara 26 Jun, Malaysia tidak tersenarai

Nintendo Switch 2 akan tiba di Asia Tenggara 26 Jun, Malaysia tidak tersenarai

29 May 2025
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN