• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix AI Buds: Fon putik ANC sokong terjemahan 162 bahasa & ada hayat bateri 36 jam

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:00 pm
  • 30/05/2025
  • Komen
Infinix AI Buds: Fon putik ANC sokong terjemahan 162 bahasa & ada hayat bateri 36 jam
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix hari ini telah mengumumkan kehadiran fon putik baharu mrereka, Infinix AI Buds untuk pasaran Malaysia. Fon putik ini asalnya telah diperkenalkan di samping Infinix Note 50 Pro+ 5G pada hujung April lepas, dan kini dilancarkan secara rasmi dengan pelbagai ciri menarik seperti penyaring hingar aktif (ANC), keupayaan terjemahan masa nyata, serta skrin sentuh pada bekas pengecas.

Harga Infinix AI Buds di Malaysia

Infinix AI Buds tersedia didapatkan sekarang di seluruh negara pada harga RM399. Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna, iaitu kelabu dan putih. Setiap pembelian juga akan didatangkan dengan tempoh waranti selama 12+1 bulan.



Kalau berminat, Infinix AI Buds dibeli melalui kedai jenama Infinix dan gedung rasmi Infinix di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.

Spesifikasi Infinix AI Buds

Salah satu ciri utama yang diketengahkan pada Infinix AI Buds ialah keupayaan terjemahan masa nyata yang dikuasakan oleh enjin CogLabs Infinix. Fon putik ini menyokong terjemahan sehingga 162 bahasa, serta didatangkan dengan dua mod iaitu “Conversation Translation” untuk terjemahan ketika bersemuka, dan “Real Time Interpretation” bagi terjemahan langsung daripada audio atau percakapan.



Selan itu, fungsi transkripsi percakapan ke dalam bentuk teks turut tersedia, yang dilihat berguna untuk merekod perbincangan dalam mesyuarat atau sesi pembelajaran.

Dari segi fizikaliti, fon putik ini hadir dengan bekas pengecas lut sinar yang dilengkapi skrin terbina. Melalui skrin ini, anda boleh kawal muzik, laras kelantangan, serta melihat status bateri terus dari bekas pengecas tanpa perlukan telefon pintar. Skrin ini juga membolehkan anda untuk ubah tetapan fungsi penyaring hingar aktif (ANC).

Bercakap mengenai ANC, Infinix AI Buds ini menyokong ANC adaptif yang mampu menapis hingar sehingga 45dB, serta dilengkapi dengan Environmental Noise Cancellation (ENC) untuk panggilan yang lebih jelas. Ini dimungkinkan oleh dua mikrofon yang dilengkapkan pada fon putik.

Audio fon putik pula dikeluarkan oleh pemacu komposit 10mm yang menurut Inifnix ditala menggunakan AI. Dari segi ketahanan bateri, AI Buds mampu bertahan sehingga 36 jam dengan ANC dimatikan, atau sekitar 25 jam apabila fungsi ANC dihidupkan.

Menariknya, Infinix juga memaklumkan ciri pembantu suara AI Folax akan diperkenalkan dalam kemas kini OTA akan datang. Dengan hanya menyebut “Hi, Folax”, anda boleh laras volume, tukar lagu, semak cuaca atau aktifkan mod terjemahan. Lagi ciri yang disokong AI Buds termasuk Bluetooth 5.4 dan diiktiraf kalis percikan air IPX4 untuk fon putik.

Untuk tahu lebih lanjut, anda boleh layari laman produk Infinix AI Buds.

Tags: fon putikInfinixinfinix ai budsInfinix Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Infinix AI Buds: Fon putik ANC sokong terjemahan 162 bahasa & ada hayat bateri 36 jam

Infinix AI Buds: Fon putik ANC sokong terjemahan 162 bahasa & ada hayat bateri 36 jam

30 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER