• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:18 pm
  • 19/06/2025
  • Komen
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG
Share on FacebookShare on Twitter

Selain memperkenalkan Venu X1, Garmin Malaysia turut melancarkan jam kecergasan generasi baharu dalam siri Forerunner, iaitu Forerunner 570 dan Forerunner 970. Kedua-dua model ini secara asasnya menggantikan tempat Forerunner 265 dan Forerunner 965 yang diperkenal dua tahun lepas, tetapi kini diberikan ciri kecergasan lebih canggih dan beberapa naik taraf lain.

Harga dan ketersediaan Garmin Forerunner 570 & 970

Garmin Forerunner 570 ditawarkan dalam dua saiz 42mm dan 47mm, manakala Forerunner 970 hanyat tersedia dalam satu saiz 47mm. Berikut adalah harga jualan rasmi kedua-dua tersebut jam di Malaysia:



  • Garmin Forerunner 570 ( 42mm) – RM2,399
  • Garmin Forerunner 570 ( 47mm) – RM2,399
  • Garmin Forerunner 970 (47mm) – RM3,269

Jam kecergasan terbaharu ini boleh dibeli sekarang melalui stor online Garmin, AECO e-store, atau stor rasmi Garmin di Lazada dan Shopee melalui pautan di bawah.

Forerunner 570



  • Lazada
  • Shopee

Forerunner 970

  • Lazada
  • Shopee

Spesifikasi Forerunner 570

Bermula dengan model yang lebih mampu milik,Forerunner 570, macam yang dikatakan tadi hadir dalam dua saiz, 42mm dan 47mm. Skrinnya menggunakan panel AMOLED, sama ada bersaiz 1.2” atau 1.4” bergantung pada model. Menurut Garmin, ini adalah skrin paling cerah pernah digunakan pada jam mereka setakat ini, walaupun tahap kecerahan nits tidak dinyatakan.

Skrin ini lengkap dengan fungsi sentuhan, tetapi pengguna masih boleh kawal jam menerusi lima butang fizikal di sisi jam. Ia dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 3 untuk ketahanan tambahan, dan bagi keperluan aktiviti sukan, jam ini turut hadir dengan pengiktirafan kalis air 5ATM.

Dari segi binaan, Forerunner 570 menggunakan bezel aluminium ringan dan menyokong tali jam standard 22mm. Pilihan warnanya juga agak meriah, model 42mm hadir dalam warna hitam, putih dan kuning, manakala model 47mm tersedia dalam warna hitam, putih dan ungu.

Seperti yang anda boleh jangka pada jam Garmin, model ini lengkap dengan pelbagai ciri penjejakan kecergasan, tapi kini disertakan dengan beberapa fungsi baru termasuk pelan latihan peribadi Garmin Triathlon Coach, fungsi lap automatik berdasarkan lokasi, jangkaan masa tamat perlumbaan, laporan malam yang merangkumi cuaca dan aktiviti keesokan hari, serta pemantauan suhu kulit.

Dilengkapi dengan sokongan GPS berbilang satelit, Forerunner 570 memiliki hayat bateri panjang sehingga 11 hari dalam mod jam pintar dan sehingga 18 jam dengan penjejakan GPS berterusan. Jam ini turut didatangkan dengan storan dalaman 8GB membolehkan pengguna menyimpan lagu dari platform penstriman Spotify, Deezer dan Amazon Music.

Dengan mikrofon dan speaker terbina, anda juga boleh menjawab panggilan terus dari jam. Maklumat lanjut berkenaan spesifikasi boleh didapatkan menerusi laman produk Forerunner 570.

Spesifikasi Forerunner 970

Forerunner 970 adalah model yang lebih mewah, menampilkan binaan yang lebih premium dan ciri kecergasan yang lebih banyak. Ia masih menggunakan skrin AMOLED cerah bersaiz 1.4″, tetapi dilindungi dengan kaca sapphire yang sepatutunya lebih tahan calar serta bezel lebih kukuh diperbuat daripada titanium.

Selain daripada ciri kecergasan yang disebutkan tadi pada 570, Forerunner 970 dilengkapi dengan ekslusif seperti Running Tolerance untuk membantu pengguna memahami kesan setiap sesi larian terhadap tubuh badan, Running Economy untuk mengukur kecekapan tenaga secara menyeluruh selepas beberapa sesi larian, serta Step Speed Loss yang menunjukkan sejauh mana pelari memperlahankan langkah apabila kaki menyentuh tanah.

Garmin HRM 600

Namun untuk ciri Running Economy dan Step Speed Loss, ia perlu digandingkan dengan peranti penjejakan Garmin HRM 600 baharu. Turut eksklusif pada Forerunner 970 ialah pemantauan ECG melalui aplikasi, lampu LED terbina dalam dengan empat tahap kecerahan.

Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan peta berwarna penuh terbina, membolehkan navigasi lebih tepat semasa sesi latihan atau aktiviti luar.

Hayat bateri Forerunner 970 juga adalah lebih panjang sehingga 15 untuk penggunaan biasa dan sehingga 26 jam dengan GPS diaktifkan. Selain daripada memiliki mikrofon dan speaker terbina, jam ini turut datang dengan storan terbina seluas 32GB.

Jam Forerunner 970 ini tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan kelabu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Forerunner 970.

Tags: Forerunner 570Forerunner 970garminGarmin Forerunner 570Garmin Forerunner 970Garmin Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER