• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco F7 dilancar dengan Snapdragon 8s Gen 4, bateri besar 6,500mAh, dari RM1,599

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:54 am
  • 25/06/2025
  • Komen
Poco F7 dilancar dengan Snapdragon 8s Gen 4, bateri besar 6,500mAh, dari RM1,599
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan pengumuman sebelum ini, kini Poco telah melancarkan model ketiga dalam barisan Poco F7, iaitu model standard Poco F7. Ketibaannya adalah 3 bulan selepas Poco F7 Pro dan Poco F7 Ultra dilancarkan yang diumumkan pada bulan Mac lepas.

Walaupun Poco F7 adalah model asas dalam siri ini, ia menampilkan spesifkasi menarik dengan diperkasa cip terbaharu Qualcomm Snapdragon 8s Gen 4 dan bateri sebesar 6,500mAh.



Harga dan promosi Poco F7 di Malaysia

Poco F7 didatangkan dalam dua pilihan varian dan berikut adalah harga jualan rasminya di Malaysia:

  • Poco F7 12GB + 256GB – RM1,799 (harga promosi: RM1,599)
  • Poco F7 12GB + 512GB – RM1,999 (harga promosi: RM1,699)

Dari sekarang hingga 9 Julai, anda juga boleh mendapatkan Poco F7 pada harga lebih murah, bagi promosi pembelian awalnya. Namun, perlu diingatkan yang model 256GB hanya ditawarkan ekslusif di Mi.com dan Shopee.



Kalau berminat, Poco F7 boleh dibeli melalui stor rasmi Poco di Lazada dan Shopee. Terdapat tiga pilihan warna disediakan iaitu putih, hitam dan perak.

Spesifikasi Poco F7

Melihat pada spesifikasi, Poco F7 sebenarnya adalah model yang dijenamakan semula dari Redmi Turbo 4 Pro di pasaran China. Di dalam, ia ditunjangi cip Snapdragon 8s Gen 4 dengan kombinasi RAM LPDDR5X sehingga 12GB dan storan UFS 4.1 seluas 512GB.

Telefon ini turut dilengkapi sistem penyejukan dwisaluran 3D IceLoop dengan kepingan VC bersaiz 6,000mm², yang menurut Poco adalah terbesar yang pernah dimuatkan pada peranti mereka.

Skrinnya jenis AMOLED bersaiz 6.83″ dengan resolusi 1.5k (2722×1280) dan kadar segar semula 120Hz. Ia turut menyokong kecerahan puncak 3,200 nits, kadar pensampelan sentuh sehingga 2560Hz dan tahap PWM 3,840Hz. Melindungi komponen skrin adalah kaca Corning Gorilla Glass 7i.

Menariknya, skrin Poco F7 juga hadir dengan bezel skrin nipis hanya 1.9mm menawarkan nisbah skrin ke badan setinggi 94.23%.

Lubang di atas skrin menempatkan kamera depan 20MP f/2.2. Manakala di belakang, ia menerima tetapan dua kamera terdiri daripada kamera utama 50MP f/1.5 menggunakan sensor Sony IMX882 dan kamera ultralebar 8MP bersensorkan OV08F.

Untuk tenaga, Poco F7 dibekalkan dengan bateri 6,500mAh yang didakwa mampu menawarkan masa penggunaan 16 jam berterusan. Jika perlu dicas, ia menyokong pengecasan HyperCharge 90W melalui USB-C yang dikatakan hanya mengambil masa 30 minit untuk cas ke 80%.

Sistem audionya hadir dengan speaker stereo yang menyokong Dolby Atmos, dan ia menyokong ciri ketersambungan seperti 5G, WiFi 7, Bluetooth 6.0 dan NFC. Peranti turut diiktiraf kalis air dan debu IP68 dan sejurus keluar kotak ia menjalankan HyperOS 2 berasaskan Android 15.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang spesifikasi, anda boleh layari laman produk Poco F7.

Tags: PocoPoco F7Poco MalaysiaSiri Poco F7
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Poco F7 dilancar dengan Snapdragon 8s Gen 4, bateri besar 6,500mAh, dari RM1,599

Poco F7 dilancar dengan Snapdragon 8s Gen 4, bateri besar 6,500mAh, dari RM1,599

25 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER