• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Z Fold 7: Lebih nipis, lebih besar dan kamera utama kini 200MP

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:15 pm
  • 09/07/2025
  • Komen
Samsung Galaxy Z Fold 7: Lebih nipis, lebih besar dan kamera utama kini 200MP
Share on FacebookShare on Twitter

Di pentas Galaxy Unpacked 2025 yang baru sahaja berlangsung, Samsung telah mengumumkan telefon boleh lipat generasi terbaharu mereka, iaitu Galaxy Z Fold 7. Berbanding generasi sebelum ini, kali ini Samsung akhirnya membawakan perubahan ketara pada telefon lipat mereka dengan rekaan lebih nipis, serta skrin yang lebih besar.

Tetapi, malangnya tiada varian Ultra Galaxy Z Fold yang diperkenal, seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Jadi, apa perkara baru pada Galaxy Z Fold 7 ini? Jom kita tengok.



Galaxy Z Fold paling nipis

Dari luaran, Galaxy Z Fold 7 boleh dilihat mengekalkan keseluruhan estetik yang sama dengan generasi sebelumnya. Tapi, ia kini lebih nipis, hanya berukuran 4.1mm dalam keadaan dilipat dan 4.2mm apabila dilipat, menjadikannya telefon Galaxy Fold ternipis setakat ini. Bukan setakat itu, dengan memiliki berat 215g, Z Fold 7 juga malah lebih ringan dari Galaxy S25 Ultra.

Skrin luarnya masih menggunakan panel Dynamic AMOLED 2x berkadar penyegaran 120Hz, tapi dengan nisbah yang lebih lebar 21:9 bersaiz 6.5″ FHD+ untuk penggunaan yang lagi selesa. Apabila dibuka, anda akan ditemukan dengan skrin dalaman 11% lebih besar bersaiz 8″, juga jenis Dynamic AMOLED 2X 120Hz dengan resolusi QXGA+ kecerahan puncak yang sama seperti sebelumnya pada 2,600 nits.



Bahagian engsel juga dah dipertingkatkan untuk lebih tahan lasak. Galaxy Z Fold 7 menampilkan Armor FlexHinge yang lebih nipis dan ringan, menggunakan rekaan dipanggil “water droplet design” dan struktur multi-rail yang mengurangkan kesan lipat dan mengagihkan berat secara sekata. Badannya juga diperbuat daripada besi Advanced Armor Aluminium yang dikatakan 10% lebih tahan lasak.

Skrin luarnya dilapisi dengan kaca Corning Gorilla Glass Ceramic 2 baru, manakala skrin utamanya menggunakan kaca ultra nipis 50% lebih tebal dan tahan lasak. Manakala, panel belakang masih dilindungi dengan kaca Gorilla Glass Victus 2 dan tahap kekalisan air dan debu kekal pada IP48.

Berprestasi tinggi dengan Snapdragon 8 Elite

Atas papan utama, telefon ini dijana cip Qualcomm Snapdragon 8 Elite for Galaxy yang dikatakan Samsung menawarkan peningkatan NPU 41%, CPU 38% dan GPU 26% berbanding Snapdragon 8 Gen 3. Ini dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman 1TB.

Bahagian kamera juga ada perubahan, terutamanya untuk kamera utama. Sementara masih mengekalkan tetapan trikamera belakang, Galaxy Z Fold 7 kini dilengkapkan dengan kamera utama 200MP yang dikatakan mampu menankap 4x lebih banyak perincian, serta imej 44% lebih cerah. Ini diikuti dengan kamera telefoto 10MP dan kamera ultralebar 12MP, sama macam Z Fold 6.

Kamera depan juga dah dinaik taraf kepada sensor 10MP, pada skrin dalam dan luar. Namun, kamera di skrin dalam kini tidak lagi tersembunyi dalam skrin, sebaliknya terdapat lubang kamera di dahi skrin. Selain itu, bahagian pengimejannya turut datang dengan ProVisual Engine generasi baru dengan sokongan 10-bit HDR, tawarlkan hasil video dengan warna lagi kaya dan kontras dalam.

Tiada lagi sokongan S Pen…

Berita sedihnya, Galaxy Z Fold 7 kini tidak lagi menyokong S Pen, mungkin ini demi mencapai badannya yang lebih nipis. Tambahan pula, Samsung turut mengatakan ramai pengguna tidak menggunakan S Pen, maka mereka memilih untuk menyingkirkan pada model kali ini.

Sejurus keluar kotak, Galaxy Z Fold 7 akan menjalankan sistem operasi One UI 8 terbaru berasaskan Android 16. Ia akan tampil dengan beberapa fungsi pengeditan imej AI seperti Suggest Erases yang mencadangkan objek untuk dipadam dengan hanya satu tap, Side-by-Side Editing yang memaparkan imej sebelum dan selepas secara bersebelahan, serta Audio Eraser yang lebih pintar.

Selain itu, Samsung juga memaklumkan Galaxy AI kini telah dioptimumkan untuk skrin besar, untuk pengalaman produktiviti yang lagi intuitif. Circle to Search juga kini boleh digunakan ketika gaming. Seperti biasa, Samsung menjanjikan kemas kini OS dan keselamatan 7 tahun untuk Galaxy Z Fold 7.

Terdapat empat pilihan warna yang ditawarkan bagi Galaxy Z Fold 7, iaitu perak, biru, hitam dan mint eksklusif online.

Harga Galaxy Z Fold 7 di Malaysia

Tempahan awal untuk miliki Galaxy Z Fold 7 telah pun dibuka di Malaysia, dan berikut adalah harga jualannya:

  • Samsung Galaxy Z Fold 7 (12GB + 256GB) – RM7,799
  • Samsung Galaxy Z Fold 7 (12GB + 512GB) – RM8,399
  • Samsung Galaxy Z Fold 7 (16GB + 1TB) – RM9,899

Untuk makluman, varian storan 1TB hanya ditawarkan dalam warna biru dan hitam. Berbanding harga pelancaran Galaxy Z Fold6 tahun lepas, model Z Fold7 ini meningkat sekitar di antara RM500 hingga RM800, bergantung pada varian.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman produk Galaxy Z Fold 7.

Tags: Galaxy Z Fold 7samsungSamsung Galaxy Z FlipSamsung Galaxy Z Fold 7
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung Galaxy Z Fold 7: Lebih nipis, lebih besar dan kamera utama kini 200MP

Samsung Galaxy Z Fold 7: Lebih nipis, lebih besar dan kamera utama kini 200MP

9 July 2025
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER