• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Akaso 360 kini di Malaysia: Mampu rakam 5.7K, dua sensor 48MP, harga dari RM899

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:27 pm
  • 28/07/2025
  • Komen
Akaso 360 kini di Malaysia: Mampu rakam 5.7K, dua sensor 48MP, harga dari RM899
Share on FacebookShare on Twitter

Akaso, jenama kamera aksi dari China hari ini melancarkan kamera 360 darjah pertama mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu Akaso 360. Ditujukan khusus buat pencipta kandungan moden, kamera ini menawarkan rakaman sehingga 5.7K dengan pelbagai ciri pintar, tetapi masih mengekalkan harga yang mampu milik.

Harga Akaso 360 di Malaysia

Akaso 360 kini tersedia di Malaysia sekarang dalam dua pakej, iaitu Standard Combo yang berharga RM999 dan Creator Combo yang berharga RM1,099. Ia dilihat sebagai pilihan lebih mampu milik berbanding Insta360 X5, yang dilancarkan bermula RM2,499 ataupun GoPro Max yang berharga RM1,799.



Tetapi lebih menarik, Akaso turut menawarkan Standard Combo pada harga promosi RM899 dari 28 Julai hingga 31 Ogos 2025, eksklusif dalam talian. Sementara itu, pakej Creator Combo hadir dengan lanjutan waranti 1+1 bulan untuk untuk pembelian dalam talian atau fizikal dari 28 Julai hingga 30 September 2025.

Kalau berminat, anda boleh dapatkan Akaso 360 menerusi stor rasmi Akaso di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.



Spesifikasi Akaso 360

Macam namanya, Akaso 360 adalah sebuah kamera dengan kemampuan merakam 360 darjah, direka untuk kegunaan seperti vlog harian, sukan ekstrem, aktiviti luar seperti berbasikal, menyelam, mendaki, ski, dan macam-macam lagi. Ia dilengkapi dua sensor 1/2″ 48MP yang mampu merakam video 360 darjah sehingga resolusi 5.7K pada 30FPS, serta mengambil gambar statik pada 72MP.

Pelbagai ciri rakaman turut disertakan pada Akaso 360, antaranya AI Tracking untuk menjejak dan pastikan subjek sentiasa dalam bingkai, 360° Horizon Lock untuk memastikan rakaman kekal mendatar walaupun kamera berpusing, serta 360° Super Smooth Video untuk video lebih stabil. Malah, terdapat juga fungsi “Invisible Selfie Stick” membolehkan tongkat selfie dihilangkan daripada rakaman.

Turut disertakan ialah mod video seperti Timelapse dan Rakaman Gelung (Loop Recording), serta mod gambar seperti Interval Photo, DNG8, TimeFusion dan AEB.

Selain itu, kamera ini menyokong ‘shoot first, reframe later’, membolehkan pengguna merakam terlebih dahulu sebelum menyunting dan memilih sudut yang diingini mengikut platform atau gaya kandungan. Semua ini boleh dilakukan dengan mudah melalui aplikasi Akaso 360, termasuk menyunting dan berkongsi rakaman terus dari telefon anda.

Rekaannya tidak terlalu berbeza berbanding kamera 360 darjah lain di pasaran, menampilkan badan berbentuk segi empat tepat dengan saiz cukup kompak. Ia hadir dengan skrin sentuh 2.29″ beresolusi  800×480, dua mikrofon terbina untuk rakaman audio stereo, serta satu slot kad mikroSD yang menyokong storan sehigga 512GB. Di bawahnya, terdapat mount 1/4” universal di untuk sokongan aksesori tambahan.

Walaupun tiada penarafan kalis air dan debu dinyatakan, Akaso 360 dikatakan tahan cuaca seperti hujan dan salji, dan mampu beroperasi selama kira-kira 60 minit dengan satu bateri penuh. Baterinya boleh ditukar, jadi tak ada masalah kalau nak rakam lebih lama.

Dari segi sambungan, kamera 360 darjah ini menyokong WiFi 2.4GHz dan 5GHz, erta Bluetooth Low Energy (BLE) 4.2.

Tags: akasoAkaso 360
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Akaso 360 kini di Malaysia: Mampu rakam 5.7K, dua sensor 48MP, harga dari RM899

Akaso 360 kini di Malaysia: Mampu rakam 5.7K, dua sensor 48MP, harga dari RM899

28 July 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER