• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Adakah Google Pixel 10 akan dilancar di Malaysia 21 Ogos?

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:23 pm
  • 01/08/2025
  • Komen
Adakah Google Pixel 10 akan dilancar di Malaysia 21 Ogos?
Share on FacebookShare on Twitter

Google telah mengumumkan bahawa telefon pintar mereka generasi seterusnya, siri Google Pixel 10, bakal diperkenalkan pada 20 Ogos 2025. Berdasarkan teaser yang dimuat naik di laman rasmi Google Store, pelancaran tersebut akan berlaku di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan UK, manakala Australia, India dan Singapura akan menerima pelancaran pada keesokan harinya, 21 Ogos.

Bagaimana pula pasaran Malaysia? Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang teaser rasmi berkaitan Pixel 10 yang diutuskan di laman Google Store Malaysia.



Sumber gambar: Urban Republic di Facebook

Namun begitu, Urban Republic yang merupakan pengedar sah produk Google Pixel di Malaysia telah memuat naik satu hantaran di Facebook menyatakan bahawa Pixel 10 akan dilancarkan pada 21 Ogos, bertepatan dengan tarikh pelancaran di Australia dan Singapura. Ini berkemungkinan besar bermaksud pengguna Malaysia turut boleh menjangkakan pelancaran tempatan pada tarikh sama.

Siri Google Pixel 10 akan diperkasa Tensor G5

Walaupun pelancaran rasmi Pixel 10 masih berbaki dua minggu, pelbagai maklumat mengenai telefon flagship terbaru Google itu telah pun tertiris dalam talian. Malah, ketirisan maklumat ini juga boleh dikesan dalam talian sejak beberapa minggu selepas Pixel 9 dilancarkan.



Dengan itu, salah satu perubahan besar pada Pixel 10 ialah penggunaan cip Tensor G5, iaitu cip pertama rekaan sepenuhnya oleh Google dan dibina menggunakan proses 3nm oleh TSMC. Berbanding cip Tensor G4 sebelum ini yang dibina berdasarkan Samsung Exynos 2400, cip G5 dijangka menawarkan prestasi lebih setanding dengan Snapdragon 8 Elite.

Reka bentuk tidak berubah?

Sumber gambar: Evan Blass di X

Bagi yang mengharapkan perubahan rekaan drastik, mungkin akan kecewa. Berdasarkan imej render daripada Android Headlines, OnLeaks dan Evan Blass, siri Pixel 10, yang dijangka terdiri daripada Pixel 10, Pixel 10 Pro, Pixel 10 Pro XL dan Pixel 10 Pro Fold akan kelihatan hampir sama seperti siri Pixel 9.

Android Headlines turut mendedahkan dimensi yang dikatakan milik Pixel 10. Model biasa dan Pro dijangka mempunyai ukuran fizikal yang hampir sama dengan siri Pixel 9, kecuali ketebalan yang mungkin dikurangkan sebanyak 0.1mm serta berat yang meningkat sehingga 11g.

Sumber gambar: Evan Blass di X

Bagi Pixel 10 Pro Fold pula, ia dikatakan akan hadir dengan engsel baharu dan sedikit lebih lebar apabila dibuka, tetapi lebih kurus apabila dilipat. Ini mungkin petunjuk bahawa nisbah aspek skrin luar akan jadi sedikit lebih tinggi.

Tapi bagaimana pula dengan ketebalannya? Ini merupakan aspek yang sedang dikejar ramai pengeluar seperti Oppo, Honor dan Samsung, iaitu menjadikan peranti boleh lipat mereka semakin nipis. Namun, dalam kes Pixel 10 Pro Fold, ia dikatakan lebih tebal sehingga 0.3mm berbanding model sebelumnya dalam keadaan dilipat berukuran 10.5mm.

Walau bagaimanapun, maklumat ini masih adalah spekulasi dan belum disahkan secara rasmi.

Sumber gambar: Android Headlines

Selain itu, render yang dikongsikan turut memperlihatkan warna baru untuk siri Pixel 10. Ini adalah senarai warna yang ditawarkan untuk siri Pixel 10:

  • Pixel 10: Obsidian (hitam), Frost (kelabu), Lemongrass (hijau), Indigo (ungu kebiruan)
  • Pixel 10 Pro / Pro XL: Obsidian (hitam), Porcelain (krim), Moonstone (kelabu kebiruan), Jade (hijau)
  • Pixel 10 Pro Fold: Moonstone (kelabu kebiruan, Jade (hijau)

Pixel akhirnya dilengkapi kamera telefoto

Sumbar gambar: Evan Blass di X

Satu lagi perubahan besar yang dikhabarkan akan hadir pada siri Google Pixel 10 ialah penambahan kamera ketiga pada model asas Pixel 10, sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh Google sebelum ini. Pixel 10 dijangka akan dilengkapi lensa telefoto baharu, menjadikan ia menggunakan tetapan tiga kamera berbanding hanya dua pada Pixel 9.

Antara kamera yang mungkin bakal digunakan Pixel 10 adalah kamera utama 50MP, kamera ultralebar 13MP, kamera telefoto 11MP, manakala kamera depan 11MP.

Untuk model Pro dan Pro XL, tetapan kameranya dilaporkan masih sama seperti sebelum ini, iaitu kamera utama 50MP, kamera ultralebar 48MP, kamera telefoto 48MP, tetapi dengan kamera depan 48MP berbanding 42MP. Pixel 10 Pro Fold pula dijangka hadir dengan kamera utama sama 50MP, kamera ultralebar 12MP, kamera telefoto 12M dan dua kamera depan 11MP.

Ciri lain dijangka pada Pixel 10

Sumbar gambar: Evan Blass di X

Selain itu, salah satu imej render menunjukkan siri Google Pixel 10 kelihatan menggunakan pengecas seperti MagSafe iPhone di bahagian belakang. Adakah ini petanda bahawa peranti ini akan menyokong pengecasan tanpa wayar Qi 2, atau mungkin juga Qi 2.2?

Laporan dari Android Authority turut megatakan bahawa Google mungkin akan memperkenalkan siri aksesori baharu berasaskan Qi 2.2 yang dinamakan PixelSnap, mirip pendekatan jenama MagSafe oleh Apple.

Pixel 10 juga dijangka hadir dengan fungsi AI baharu bernama Pixel Sense, yang menghimpunkan data dari pelbagai aplikasi Google seperti Gmail, Calendar, Maps, Messages, Photos, Files, serta memproses media, tangkapan skrin untuk memberikan cadangan pintar kepada pengguna.

Sumbar gambar: Evan Blass di X

Selain telefon pintar Pixel 10, Google juga dijangka memperkenalkan jam tangan pintar Pixel Watch 4 serta fon telinga wayarles lebih mampu milik, Pixel Buds 2a.

Tags: Googlegoogle malaysiaGoogle Pixel 10Google Pixel 10 ProGoogle Pixel 10 Pro FoldGoogle Pixel 10 Pro XL
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Adakah Google Pixel 10 akan dilancar di Malaysia 21 Ogos?

Adakah Google Pixel 10 akan dilancar di Malaysia 21 Ogos?

1 August 2025
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

27 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER