• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V60 buat kemunculan di KL Fashion Week 2025, hadir dengan kamera telefoto ZEISS 50MP

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:32 pm
  • 05/08/2025
  • Komen
Vivo V60 buat kemunculan di KL Fashion Week 2025, hadir dengan kamera telefoto ZEISS 50MP
Share on FacebookShare on Twitter

Pada Mac lalu, Vivo telah melancarkan Vivo V50 untuk pasaran Malaysia. Kini, selepas enam bulan, Vivo Malaysia telah mengumumkan ketibaan telefon kelas pertengahan terbaru mereka Vivo V60, yang akan membuat penampilan sulungnya di Malaysia di acara KL Fashion Week 2025.

Vivo V60 akan hadir dalam tiga pilihan warna, termasuk warna utamanya iaitu ungu dan dua lagi warna kelabu dan biru. Tiada maklumat tarikh pelancaran tempatan yang diberikan Vivo Malaysia setakat ini, tetapi pelancarannya berkemungkinan akan diadakan tidak lama lagi, selari dengan pelancaran Vivo 40 tahun lepas.



Vivo V50 tampil dengan rekaan baru, ada kamera telefoto 50MP

Dalam pengumuman sama, Vivo Malaysia turut berkongsikan imej rasmi Vivo V60, memperlihatkan ia ada rekaan baharu berbanding dua generasi sebelumnya. Malah, imej tersebut turut mendedahkan bahawa V60 akan dilengkapi kamera telefoto 50MP yang ditala ZEISS, satu peningkatan daripada V50 yang hanya miliki kamera utama dan ultralebar.

Kali terakhir kamera telefoto ini digunapakai adalah pada V40 Pro. Selain itu, dikatakan juga sistem kamera V60 akan dipadankan dengan dua lagi sensor 50MP, iaitu pada kamera utama dan kamera ultralebar.



Dari segi skrin, V60 hadir dengan skrin 3D melengkung dengan bezel sangat nipis hanya 1.86mm di sisi dan nipis 2.41mm di bahagian bawah. Buat masa ini, itu sahaja maklumat spesifikasi yang didedahkan oleh Vivo Malaysia, dengan maklumat lain masih disimpan rapi.

Namun, walaupun spesifikasi penuh untuk pasaran Malaysia masih belum dikongsikan, model ini di India disahkan akan menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 7 Gen 4, bersama bateri sebesar 6,500mAh. Ia dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi di India pada 12 Ogos 2025.

Untuk maklumat lanjut tentang Vivo V60, nantikan pengumuman dari Vivo Malaysia.

Tags: vivovivo MalaysiaVivo V60
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Vivo V60 buat kemunculan di KL Fashion Week 2025, hadir dengan kamera telefoto ZEISS 50MP

Vivo V60 buat kemunculan di KL Fashion Week 2025, hadir dengan kamera telefoto ZEISS 50MP

5 August 2025
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN