[Artikel ini dibawakan oleh LG]
Kadang-kadang, pakai penyaman udara pun boleh jadi stres, kena sentiasa ubah suhu, laras arah angin, atau bangun tengah malam sebab tiba-tiba bilik terlalu panas atau terlalu sejuk. Kalau anda biasa alami benda ni, mungkin dah sampai masanya untuk naik taraf ke penyaman udara yang lebih pintar, macam LG DUALCOOL AI Air.
LG bukan nama asing dalam dunia teknologi rumah pintar. Dengan model DUALCOOL AI Air terbaharu, mereka menggabungkan keselesaan automatik, penjimatan tenaga dalam satu sistem penyaman udara yang bijak.
Sejuk ikut situasi, bukan sekadar suhu

Salah satu kelebihan utama LG DUALCOOL™ AI Air ialah AI Core Tech, sistem pintar yang boleh mengesan suhu persekitaran dan laraskan aliran udara serta suhu secara automatik. Tak kisah sama ada anda tengah baring layan Netflix, tidur, atau buat kerja dekat meja, sistem ini akan sesuaikan prestasi ikut aktiviti anda.

Bila bilik masih panas, ia akan gunakan aliran udara terus (direct airflow) untuk sejukkan dengan cepat. Tapi sebaik sahaja suhu ideal dicapai, ia akan bertukar ke Soft Air Mode untuk hembusan angin lebih lembut dan tidak terus ke anda, memastikan anda kekal sejuk tanpa rasa tidak selesa.
Guna AI kW Manager untuk pantau bil elektrik
Tak dinafikan, penyaman udara antara penyumbang bil elektrik paling tinggi di rumah. Tapi dengan LG DUALCOOL AI Air, anda tak perlu lagi risau.

Ini kerana, LG DUALCOOL AI Air didatangkan dengan AI kW Manager, iaitu sistem kawalan tenaga yang membolehkan anda pantau dan hadkan penggunaan kuasa ikut bajet anda sendiri berdasarkan tarikh dan jam penggunaan harian.
Anda boleh tetapkan sendiri berapa banyak tenaga yang ingin digunakan, dan penyaman udara akan sesuaikan tahap operasinya secara automatik, tanpa menjejaskan keselesaan. Semuanya boleh diurus dengan mudah melalui aplikasi LG ThinQ.
Fungsi ini bukan sekadar untuk pemantauan, tapi juga membantu anda kawal penggunaan elektrik dengan lebih bijak.
Sensor bijak kesan tingkap terbuka, boleh tetapkan lokasi

Kadang kala kita lupa tutup tingkap, dan ini buatkan penyaman udara terpaksa bekerja lebih keras, kemudian buang tenaga dan boleh sebabkan kondensasi.
Tapi dengan ciri Window Open Detection, LG DUALCOOL AI Air boleh kesan bila tingkap dibiarkan terbuka dan laraskan tahap operasinya secara automatik untuk elak pembaziran.

Menerusi aplikasi ThinQ, pengguna juga boleh menetapkan lokasi sebenar mereka di dalam bilik bagi membolehkan sistem menyesuaikan penyejukan dengan lebih tepat serta mengoptimumkan aliran udara mengikut persekitaran bilik.
Persekitaran tidur sempurna dengan Sleep timer+

Kualiti tidur anda juga lebih sempurna dengan ciri Sleep timer+. Ketika beroperasi dalam mod tidur, LG DUALCOOL AI Air boleh mempelajari corak tidur harian anda dan menyesuaikan suhu secara automatik sepanjang malam, menjanjikan tahap keselesaan yang lebih baik.
Penyaman udara yang faham gaya hidup moden

LG DUALCOOL AI Air ialah pelengkap ideal untuk rumah moden. Bukan sekadar bijak, tapi juga menawarkan keselesaan konsisten, udara yang lebih bersih dan kawalan tenaga yang efisien.
Untuk anda yang mementingkan keselesaan tanpa kompromi sambil bijak mengawal penggunaan elektrik, inilah penyaman udara yang berbaloi untuk dimiliki. Dapatkan penyaman udara LG DUALCOOL AI Air sekarang melalui laman web LG di sini.