• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile lancar rangkaian ULTRA5G, mula tersedia di Berjaya Times Square

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:49 pm
  • 18/08/2025
  • Komen
U Mobile lancar rangkaian ULTRA5G, mula tersedia di Berjaya Times Square
Share on FacebookShare on Twitter

U Mobile hari ini secara rasmi melancarkan rangkaian 5G generasi baharu mereka yang dikenali sebagai ULTRA5G. Menurut syarikat itu, rangkaian ULTRA5G menekankan komitmen terhadap kelajuan ultra-pantas, keterhubungan yang mantap serta liputan yang lebih luas.

Pelancaran ini berlangsung di Berjaya Times Square (BTS), lantas menjadikannya pusat beli-belah pertama di Malaysia yang dilengkapi sepenuhnya dengan 5G. Bagi pengguna U Mobile, anda kini boleh mencuba sendiri pengalaman ULTRA5G di BTS yang meliputi luar dan dalam bagunan. Apabila tersambung, nama rangkaian ULTRA5G akan tertera di skrin telefon anda.



Untuk tunjuk keupayaan rangkaian baharu ini, U Mobile adakan beberapa demonstrasi teknologi di dalam pusat beli-belah itu. Antaranya adalah, penstriman langsung video 4K di roller coaster di atas roller coaster dalaman sepanjang 800 meter di taman tema dalaman BTS. Walaupun dengan kelajuan sehingga 70km/j, liputan 5G dikatakan kekal konsisten tanpa gangguan.

Selain itu, U Mobile turut mempamerkan beberapa penggunaan teknologi lain termasuk pengalaman realiti gabungan (mixed reality) yang imersif , serta demonstrasi bagaimana 5G network slicing boleh digunakan untuk aplikasi berbeza pada masa yang sama, selain ia turut menggunakan teknologi 5G Standalone (SA).



Setakat ini, rangkaian ULTRA5G sudah aktif di dua lokasi iaitu Berjaya Times Square dan Jambatan Pulau Pinang 1. U Mobile turut menyasarkan 80% Liputan Kawasan Berpenduduk (CoPA) menjelang separuh kedua tahun 2026. Fokus mereka kini tertumpu kepada liputan dalam bangunan dengan sasaran 175 bangunan diliputi dalam tempoh setahun, dan lebih 600 bangunan dalam masa empat tahun.

Untuk pembangunan rangkaian, U Mobile bekerjasama dengan dua penyedia teknologi dan infrastruktur rangkaian iaitu Huawei, yang mengendalikan infrastruktur di Semenanjung Malaysia, manakala ZTE pula mengendalikan di Malaysia Timur.

Ketua Pegawai Teknologi U Mobile, Woon Ooi Yuen berkata, “Sebagai penyedia rangkaian 5G terbaharu negara, U Mobile memfokuskan untuk memacu transformasi digital bagi pengguna dan juga perniagaan. ULTRA5G menawarkan pengalaman digital yang dipertingkat, daripada penstriman ultra mantap dan permainan video imersif sehinggalah kepada panggilan video berkualiti tinggi di kawasan sesak”.

“Bagi sektor perusahaan, ULTRA5G membuka peluang kepada penggunaan aplikasi maju seperti XR, robotik, bandar pintar dan automasi IR 4.0. Dengan pelaksanaan yang mendahului jadual, U Mobile turut menggandakan usaha liputan dalaman bagi memastikan pengalaman 5G yang paling terluas dan menyeluruh di Malaysia”, tambah beliau.

Dalam masa sama, U Mobile juga menyatakan mereka berhasrat untuk memberikan kemas kini berkala mengenai ketersediaan ULTRA5G, dengan pelaksanaan rangkaian yang pesat dijangka merangkumi lokasi strategik seperti lapangan terbang, hospital, pusat konvensyen, serta kawasan dalam dan luar bangunan berimpak tinggi di seluruh negara.

Untuk pengetahuan anda, U Mobile telah mendapat kelulusan untuk membangunkan rangkaian 5G kedua di Malaysia pada Mac lepas, selepas memenangi tender pada November tahun lalu. Rangkaian ini bakal menjadi pesaing terus kepada Digital Nasional Berhad (DNB).

Tags: 5g malaysiaDNBrangkaian 5G keduau mobileUltra5G
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
U Mobile lancar rangkaian ULTRA5G, mula tersedia di Berjaya Times Square

U Mobile lancar rangkaian ULTRA5G, mula tersedia di Berjaya Times Square

18 August 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER