• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony Xperia 1 VII mula dijual di Malaysia, percuma WH-1000XM6 sehingga 5 Oktober

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:41 pm
  • 25/08/2025
  • Komen
Sony Xperia 1 VII kini rasmi dengan Snapdragon 8 Elite & kamera ultralebar baharu 48MP
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar flagship terkini Sony, Xperia 1 VII kini akhirnya telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Asalnya diumumkan pada Mei lalu, ia membawakan beberapa peningkatan daripada segi prestasi, kamera, sambil mengekalkan keseluruhan rekaan yang serupa.

Sepatutnya ia memasuki pasaran Malaysia sekitar pertengahan Julai 2025, tetapi mengalami kelewatan berikutan isu pada peranti, sehingga jualan terpaksa dihentikan sementara.



Harga dan ketersediaan

Xperia 1 VII tersedia dalam satu varian dan berikut adalah harga jualannya di Malaysia:

  • Sony Xperia 1 VII (12GB + 256GB) – RM6,499

Dari sekarang sehingga 5 Oktober 2025, Sony turut menawarkan promosi pembelian awal, di mana pembeli Xperia 1 VII akan menerima fon kepala WH-1000XM6 bernilai RM2,099 secara percuma.



Kalau berminat, anda boleh dapatkan Xperia 1 VII menerusi stor rasmi dalam talian Sony. Terdapat tiga pilihan warna tersedia, iaitu hitam, hijau dan ungu.

Spesifikasi Sony Xperia 1 VII

Sony Xperia 1 VII mengekalkan penggunaan skrin 6.5” jenis OLED HDR beresolusi FHD+ (2340×1080) dalam nisbah 19.5:9 dan kadar segar semula 120Hz seperti model sebelumnya. Panel paparannya juga dilengkapi dengan teknologi BRAVIA, dan ia dikatakan adalah paparan Xperia paling cerah setakat ini dan 20% lebih cerah berbanding terdahulu.

Untuk perlindungan, kaca depan skrin dilapisi dengan Corning Gorilla Glass Victus 2 dan telefon juga mempunyai tahap kekalisan air dan debu IP68.

Atas papan utama, Xperia 1 VII dikuasakan cip flagship terhebat Qualcomm pada masa kini, iaitu Snapdragon 8 Elite. Cip itu dipadankan dengan RAM 12GB dan storan 256GB, dan kalau storan tidak mencukupi, Sony masih mengekalkan slot kad mikroSD pada model baru ini.

Daripada segi kamera, Sony Xperia 1 VII dilengkapkan dengan tetapan tiga kamera belakang, terdiri daripada kamera utama dan telefoto yang sama dengan Xperia VI, iaitu:

  • Kamera utama 48MP f/1.9 dengan sensor Exmor T 1/1.35″
  • Kamera telefoto 12MP f/2.3-f/3.5 dengan jarak fokal 85mm-170mm, sensor Exmor RS 1/3.5″

Tetapi, apa yang baru adalah ia menggunakan kamera ultralebar 48MP f/2.0 dengan sensor Exmor RS 1/1.56″, naik taraf dari 12MP pada sebelumnya. Bukan setakat itu, sensor baru ini juga 2.1 kali lebih besar yang sepatutnya menawarkan prestasi malam lebih baik, dan kini menyokong tangkapan makro dengan jarak sedekat 5cm.

Untuk selfie, anda boleh temukan kamera depan 12MP f/2.0 sama seperti sebelumnya.

Selain itu, sistem pengimejannya turut lengkap dengan fungsi AI Camerawork yang dikatakan mampu menstabilkan komposisi rakaman walaupun dalam keadaan bergerak, dan juga AI Auto Framing yang boleh menjejak subjek dan kekalkannya di tengah-tengah skrin secara automatik dengan memotong sebahagian daripada bingkai.

Berbekalkan bateri 5,000mAh, telefon inidikatakan mampu menawarkan masa penggunaan sehingga 2 hari dalam satu isian penuh. Untuk mengecas, bateri boleh dicas pada kuasa 30W melalui USB-C.

Lagi perkara baru pada model kali ini adalah, ia didatangkan dengan Xperia Intelligence. Ia bukanlah ciri AI untuk produktiviti, sebaliknya membantu untuk meningkatkan keupayaan kamera, audio dan pengalaman menonton pengguna.

Bahagian audio juga hadir dengan teknologi DSEE Ultimate berasaskan AI untuk meningkatkan kualiti bunyi penstriman dan speaker stereo juga telah ditambah baik untuk tawarkan bunyi lebih jelas merentasi pelbagai frekuensi.

Sony turut mengatakan bahawa mereka telah menambah sensor pencahayaan di bahagian belakang peranti, membolehkan tahap kecerahan dan warna skrin dilaras secara automatik mengikut keadaan persekitaran dengan lebih baik.

Sejurus keluar kotak, Xperia 1 VII akan menjalankan Android 15. Berbeza dengan Xperia 1 VI yang hanya menerima 3 kali kemas kini OS, Sony kini menjanjikan sokongan perisian yang lebih panjang untuk model baharu ini, iaitu empat kali kemas kini OS dan enam tahun kemas kini keselamatan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Sony Xperia 1 VII.

Tags: Sonysony xperiaSony Xperia 1 VIIXperia 1 VII
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Sony Xperia 1 VII kini rasmi dengan Snapdragon 8 Elite & kamera ultralebar baharu 48MP

Sony Xperia 1 VII mula dijual di Malaysia, percuma WH-1000XM6 sehingga 5 Oktober

25 August 2025
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

25 August 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER