• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor X9d bakal tiba di Malaysia dengan ketahanan lebih kukuh & hayat bateri lebih panjang

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:53 pm
  • 08/09/2025
  • Komen
Honor X9d bakal tiba di Malaysia dengan ketahanan lebih kukuh & hayat bateri lebih panjang
Share on FacebookShare on Twitter

Honor hari ini telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar terbaharu dalam siri X tidak lama lagi, iaitu Honor X9d 5G. Telefon ini sudah pun diperlihatkan lebih awal menjelang pelancarannya, dalam filem Legasi: Bomba the Movie dan sewaktu perarakan Hari Kebangsaan bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tempoh hari.

Honor X9d 5G merupakan kesinambungan kepada X9c yang dilancarkan pada November tahun lepas. Sama seperti generasi sebelumnya, ketahanan masih menjadi keutamaan, tetapi kali ini Honor menambah baik dengan kerangka yang diperkuatkan serta paparan ultra kukuh generasi baharu. Selain lasak, Honor turut menjanjikan prestasi lebih lancar dan bateri lebih tahan lama pada X9d.



View this post on Instagram

A post shared by HONOR Malaysia (@honormalaysia)

Bagaimanapun, butiran spesifikasi rasmi masih dirahsiakan Honor setakat ini, dan dijangka akan dikongsi dalam masa terdekat oleh syarikat. Selain itu, tarikh pelancaran rasmi juga masih belum diumumkan, tetapi dengan petunjuk bahawa ia bakal tiba dalam masa terdekat, berkemungkinan X9d hadir lebih awal daripada jadual asal bulan November.

Honor X9b

Menerusi imej yang dikongsi, kelihatan X9d mengekalkan identiti siri X dengan modul kamera bulat, yang lebih mirip dengan Honor X9b. Bezanya, ia kini menggunakan sisi rata dan tampil dengan kemasan seakan kulit berwarna merah gelap pada bahagian panel belakang.



Dalam masa yang sama, Honor Malaysia telah membuka laman rasmi untuk Honor X9d. Anda boleh mendaftar di sini untuk jadi yang terawal menerima perkembangan terkini, selain berpeluang memenangi hadiah dengan menjawab soalan yang disediakan, sehingga hujung September ini.

Untuk maklumat lebih lanjut, nantikan pengumuman oleh Honor Malaysia.

Tags: honorhonor malaysiaHonor X9d
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor X9d bakal tiba di Malaysia dengan ketahanan lebih kukuh & hayat bateri lebih panjang

Honor X9d bakal tiba di Malaysia dengan ketahanan lebih kukuh & hayat bateri lebih panjang

8 September 2025
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN