• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MyDigital ID diwajibkan untuk daftar SIM prabayar hujung 2025

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:27 pm
  • 11/09/2025
  • Komen
MyDigital ID diwajibkan untuk daftar SIM prabayar hujung 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil baru-baru ini telah mengumumkan bahawa penggunaan MyDigital ID akan diwajibkan bagi semua pendaftaran SIM prabayar di Malaysia. Langkah ini bertujuan untuk memperkukuh keselamatan dan menutup kelompongan dalam sistem sedia ada yang menyaksikan jumlah SIM berdaftar luar biasa di bawah satu nama.

Dalam sidang media semalam, Fahmi berkata syarikat telekomunikasi akan diarahkan untuk memastikan proses pendaftaran SIM memerlukan MyDigital ID. Beliau menambah, syarat ini akan mula dikuatkuasakan hujung tahun ini (sekitar November atau Disember), dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengumumkan butiran lanjut kemudian.



Menurut beliau, keputusan ini dibuat selepas perbincangan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Malaysia (MED4IR).

Fahmi menjelaskan, beberapa aspek keselamatan sedang diteliti termasuk jumlah SIM yang didaftarkan setiap individu. Buat masa ini, setiap individu boleh mendaftar sehingga 5 SIM untuk satu telco, dan secara keseluruhan seseorang boleh memiliki sehingga 60 SIM daripada 12 telco berbeza.



Beliau berkata garis panduan baharu untuk pendaftaran SIM prabayar ini dilihat sebagai salah satu langkah menutup kelompongan tersebut. Setakat ini, tiada had diumumkan berkenaan jumlah SIM yang boleh dimiliki seorang pengguna merentasi semua telco. Perlu diingat, MyDigital ID pada masa ini hanya terpakai untuk warganegara Malaysia.

Bagi yang belum tahu, MyDigital ID ialah platform log masuk tunggal (single sign-on, SSO) yang berfungsi sebagai sambungan digital kepada MyKad. Ia sudah pun diintegrasikan di beberapa aplikasi kerajaan, dan tidak lama lagi akan menjadi kaedah log masuk tunggal untuk aplikasi MyJPJ dan MyBayar PDRM.

Pengguna boleh memuat turun MyDigital ID dan melengkapkan proses pengesahan melalui eKYC dengan mengambil gambar MyKad serta swafoto. Untuk alternatif, pengesahan juga boleh dilakukan di kiosk fizikal menggunakan MyKad dan cap jari.

Semua telco diwajibkan untuk sahkan ID untuk pendaftaran SIM

Pada masa ini, semua pendaftaran SIM prabayar wajib memerlukan pengesahan identiti ketika proses pengaktifan. Peraturan ini telah dikuatkuasakan sejak 2018 selepas pengenalan Garis Panduan Pendaftaran Prabayar oleh SKMM pada tahun 2017. Garis panduan itu turut menetapkan had maksimum 5 SIM di bawah satu nama bagi setiap telco. Mereka yang telah memiliki lebih daripada 5 SIM sebelum ini tidak terkesan dengan syarat baharu itu.

Berdasarkan garis panduan itu juga, penyedia perkhidmatan dan ejen mereka perlu memastikan maklumat seperti Nama Penuh serta nombor MyKad atau Pasport disahkan semasa pendaftaran SIM prabayar.

Kegagalan mengesahkan identiti bagi SIM prabayar dianggap satu kesalahan di bawah Seksyen 127 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998, yang boleh dikenakan denda sehingga RM100,000, penjara maksimum 2 tahun, atau kedua-duanya sekali.

SKMM sebelum ini pernah beberapa kali mengenakan kompaun ke atas telco kerana membenarkan pendaftaran SIM palsu.

Tags: Fahmi FadzilKad prabayarkad simMenteri KomunikasiMyDigital IDprabayartelco
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
MyDigital ID diwajibkan untuk daftar SIM prabayar hujung 2025

MyDigital ID diwajibkan untuk daftar SIM prabayar hujung 2025

11 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER