• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme GT 8 Pro sah bakal masuk ke Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:18 pm
  • 29/09/2025
  • Komen
Realme GT 8 Pro sah bakal masuk ke Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5
Share on FacebookShare on Twitter

Realme kini telah mengesahkan bahawa Realme GT 8 Pro akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, walaupun masih belum ada tarikh rasmi diberikan. Buat masa ini, siri GT 8 dijadualkan debut di China pada Oktober, jadi kemungkinan besar model ini akan sampai ke pasaran tempatan sekitar hujung Oktober atau selewatnya November, berdasarkan garis masa pelancaran model sebelumnya.

Tambahan pula, Realme turut mengesahkan bahawa GT 8 Pro akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5. Ia berpotensi menjadi peranti pertama di Malaysia dengan cip ini, sama seperti GT 7 Pro tahun lalu yang menjadi antara telefon terawal menggunakan Snapdragon 8 Elite. Buat masa ini, siri Xiaomi 17 adalah telefon pertama dengan cip tersebut, dilancar di China pada 26 September.



We are proud to announce that realme GT 8 Pro is among the first smartphones to feature the Snapdragon 8 Elite Gen 5, delivering elite performance with an AnTuTu score exceeding 4 million! pic.twitter.com/xzBHDFEGvQ

— realme Global (@realmeglobal) September 25, 2025

Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 ini dibina menggunakan proses TSMC N3p 3nm, menawarkan kecekapan tenaga lebih baik. Ia hadir dengan seni bina 2+6 teras bersama kelajuan clock setinggi 4.61GHz, tertinggi dalam industri ketika ini. Menurut Realme, GT 8 Pro mencatat skor AnTuTu melebihi 4 juta, membuktikan ia bukan sekadar berkuasa, tetapi juga menggabungkan kelajuan, kecekapan dan pengalaman penggunaan yang lancar.

Selain itu, GT 8 Pro akan hadir dengan Hyper Vision+ AI Chip dan teknologi GT BOOST 3.0. Realme mendakwa kombinasi ini membolehkan telefon menjalankan dua permainan berat seperti PUBG dan Genshin Impact serentak pada kadar bingkai tinggi sehingga sejam.



Walaupun Realme Malaysia masih belum berkongsi maklumat lain, hantaran rasmi di Weibo mendedahkan bahawa GT 8 Pro bakal hadir dengan:

  • Kamera telefoto 200MP
  • Paparan beresolusi 2K, kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak 4,000 nits
  • Pembesar suara stereo simetri

Di pasaran China, siri GT 8 akan diperkenalkan dengan dua model: GT 8 dan GT 8 Pro. Namun, buat masa ini hanya model Pro disahkan akan masuk ke Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Realme Malaysia.

Tags: RealmeRealme GT 8Realme Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Realme GT 8 Pro sah bakal masuk ke Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5

Realme GT 8 Pro sah bakal masuk ke Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5

29 September 2025
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN