• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V60 Lite 5G akan dilancar di Malaysia pada 9 Oktober, tempahan kini dibuka

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:06 pm
  • 06/10/2025
  • Komen
Vivo V60 Lite 5G akan dilancar di Malaysia pada 9 Oktober, tempahan kini dibuka
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia kini telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Vivo V60 Lite 5G pada 9 Oktober 2025 pada jam 3 petang. Ia akan menjadi model kedua diperkenalkan dalam siri, selepas Vivo V60 yang diumumkan pada hujung Ogos lalu dan adalah pengganti kepada V50 Lite 5G yang diumumkan April lepas.

Promosi tempahan awal Vivo V60 di Malaysia

Walaupun maklumat harga belum diumumkan, tempahan awal untuk Vivo V60 Lite 5G kini sudah dibuka, sejak 3 Oktober 2025. Ia boleh dipratempah menerusi kedai Vivo Concept Store dan Vivo turut menawarkan hadiah ekslusif bernilai sehingga RM1,199, termasuk:



  • Waranti tambahan 1+1 tahun
  • Waranti perlindungan keretakan skrin selama 1 tahun
  • Perlindungan penutup belakang selama 1 tahun
  • Waranti pelbagai rantau
  • Set hadiah Holiday Vibes (kipas tangan, payung, beg kalis air, sarung kalis air untuk telefon)
  • Fon putik Vivo Buds
  • Diskaun RM200 untuk varian 12GB + 256GB
  • Diskaun RM300 untuk varian 12GB + 512GB

Selain itu, Vivo juga menawarkan promosi Beli Sekarang, Bayar Kemudian (Buy Now, Pay Later) menerusi SPayLater dan PayLater by Grab untuk V60 Lite 5G, sah sehingga 30 November 2025:

SPayLater

  • Diskaun 10% (sehingga RM100) dengan pembelian minimum RM500
  • Pelan ansuran sehingga 24 bulan
  • Caj bulanan 1.5% dikenakan untuk pelan 3 bulan ke atas (dikira berdasarkan jumlah pesanan penuh)

PayLater by Grab

  • Diskaun sehingga RM100 dengan perbelanjaan minimum RM1,000
  • Pelan ansuran 0% faedah sehingga 4 bulan dengan kod promosi “VIVOPL100”
  • Caj bulanan 1.5% dikenakan untuk pelan ansuran 8 atau 12 bulan
  • Hanya tersedia di Vivo Concept Store terpilih

Spesifikasi Vivo V60 Lite 5G

Berbeza dengan model terdahulu, Vivo V60 Lite 5G tampil dengan rekaan yang lebih menyerupai abangnya, V60. Di laman web rasmi Vivo Taiwan, telefon ini disenaraikan dalam tiga pilihan warna biru, hitam dan satu warna merah jambu yang dipasarkan di Malaysia sebagai Pop Pink.



Salah satu naik taraf yang ditawarkan pada V60 Lite 5G adalah dari segi cip yang digunakan. Berbanding Dimensity 6300 pada V50 Lite 5G, model baru ini diperkasa dengan cip Dimensity 7360-Turbo.

Di bahagian hadapan, V60 Lite 5G dilengkapi dengan paparan AMOLED 6.77″ beresolusi FHD+ 120Hz dengan sokongan HDR10+, hampir sama seperti generasi sebelumnya. Vivo mendakwa paparan ini mempunyai nisbah skrin-ke-badan 94.2% dan mampu menawarkan warna terang, hidup dan kontras yang baik untuk penstriman di Netflix dan Amazon Prime Video.

Walaupun rekaan belakang telah diperbaharui, V60 Lite 5G masih mengekalkan dwikamera utama seperti dahulu. Ia adalah kamera utama 50MP menggunakan sensor Sony IMX88 1/1.95”, digandingkan dengan kamera ultra lebar 8MP dengan sudut pandang 120 darjah. Turut dikekalkan ialah lampu cincin AI Aura Light yang menjadi identiti siri V.

Untuk swafoto pula, ia menggunakan kamera depan 32MP dengan sensor 1/3.1”. Menariknya, V60 Lite kini menyokong rakaman video 4K untuk kedua-dua kamera depan dan belakang, peningkatan ketara berbanding V50 Lite yang terhad kepada resolusi Full HD sahaja.

Tenaga pula datang daripada bateri 6,500mAh Bluevolt yang sama seperti sebelum ini, dengan sokongan pengecasan FlashCharge 90W. Dari segi ketahanan, V60 Lite 5G telah melepasi pensijilan ketenteraan (Military-Grade) serta rintangan tahan jatuh 5 bintang SGS (SGS Five-Star Drop Resistance), dan dijangka mengekalkan penarafan IP65 untuk kalis percikan air dan debu.

Vivo turut mendakwa telefon ini mampu bertahan sehingga 12 jam dalam hujan lebat berterusan.

Akhir sekali, V60 Lite 5G masih mengekalkan pembesar suara stereo berkembar, dengan Vivo mendakwa ia menawarkan peningkatan kelantangan sehingga 400%, sama seperti pada model V50 Lite 5G sebelum ini.

Tags: vivovivo MalaysiaVivo V60 Lite 5G
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Vivo V60 Lite 5G akan dilancar di Malaysia pada 9 Oktober, tempahan kini dibuka

Vivo V60 Lite 5G akan dilancar di Malaysia pada 9 Oktober, tempahan kini dibuka

6 October 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER