• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:30 pm
  • 21/10/2025
  • Komen
Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma
Share on FacebookShare on Twitter

TNG Digital kini memperkenalkan kad TNG eWallet Visa Travel Card, yang direka khas untuk kegunaan ketika melancong ke luar negara. Kad ini menawarkan sehingga 3% pulangan tunai (cashback) tanpa had bagi transaksi luar negara, serta satu pengeluaran ATM antarabangsa percuma setiap bulan, sesuatu yang jarang ditawarkan untuk kad prabayar.

Sama seperti kad Visa TNG eWallet sedia ada, pengguna kad Travel ini juga boleh menikmati 0% caj pertukaran mata wang asing (FX markup) untuk semua transaksi antarabangsa dan semak kadar tukaran semasa terus dalam aplikasi TNG eWallet.



Seperti namanya, kad ini direka khas untuk pengguna yang kerap melancong, dan ia dipautkan terus ke akaun TNG eWallet anda. Sementara kad sedia ada menawarkan pulangan tunai sehingga 1% untuk transaksi luar negara, kad Travel baharu ini memberi ganjaran lebih tinggi, sehingga 3% apabila digunakan di luar negara. Selain itu, pengguna juga boleh menikmati 1% pulangan tunai setiap hari Rabu untuk semua pembelian dalam talian antarabangsa.

Berbeza dengan kad Visa TNG eWallet sedia ada yang mengenakan caj RM10 bagi setiap pengeluaran antarabangsa, kad Travel ini memberi anda 1 pengeluaran tunai percuma setiap bulan di mana-mana ATM Visa seluruh dunia. Untuk pengeluaran seterusnya dalam bulan yang sama, caj RM10 akan dikenakan.



Untuk mendapatkan kad ini, pengguna perlu membayar yuran permohonan RM15 bersama yuran penghantaran RM5, menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM20. Kad ini turut mempunyai yuran tahunan RM8, namun dikecualikan untuk tahun pertama.

Untuk sistem pulangan tunai, TNG eWallet turut memperkenalkan struktur bertingkat bagi perbelanjaan luar negara di bawah Kempen Pulangan Tunai Percutian Kad Visa TNG eWallet 3.0, yang berjalan dari 15 Oktober hingga 31 Disember 2025.

  • 0.5% cashback untuk transaksi minimum RM2.
  • 1.5% cashback (tambahan 1.0%) jika berbelanja sekurang-kurangnya RM150 dalam satu transaksi.
  • 3.0% cashback (tambahan 1.5%) jika berbelanja RM300 atau lebih dalam satu transaksi.

Contohnya, jika anda berbelanja RM200, anda akan menerima pulangan tunai 1.5% bernilai RM3. Tetapi jika anda berbelanja RM320, anda akan memperoleh pulangan tunai penuh 3% bernilai RM9.60.

TNG eWallet turut memaklumkan bahawa setiap pengguna hanya boleh memiliki satu kad Visa aktif pada satu masa. Jika anda sudah memiliki kad Visa TNG eWallet versi “Basic”, kad lama itu akan dinyahtaktifkan secara automatik selepas anda memohon Travel Card baharu ini.

Permohonan boleh dibuat terus melalui aplikasi TNG eWallet dengan langkah berikut: Buka aplikasi → pergi ke Cards > Visa Card → pilih Travel Card. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi TNG eWallet Visa Card.

Tags: tngTNG Digitaltng ewalletTNG eWallet Visa Travel Cardtng visaTouch n Gotouch n go appvisa
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

21 October 2025
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN