• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

  • OLEH Penaja
  • 5:45 pm
  • 22/10/2025
  • Komen
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Infobip]

Salah satu persidangan pembangun paling berprestij di dunia bakal tiba ke rantau ini buat pertama kali. Infobip Shift acara tahunan yang menghimpunkan ribuan jurutera perisian, pembangun dan inovator teknologi global, akan membuat penampilan sulung di Asia dengan penganjuran di Kuala Lumpur pada 4 November 2025.



Acara ini bakal berlangsung di JioSpace, Petaling Jaya, dan dianjurkan dengan kerjasama Cradle Malaysia, peneraju ekosistem startup tempatan. Ia juga menandakan pengiktirafan terhadap pengaruh semakin besar Asia Tenggara dalam landskap teknologi global.

Infobip: Penggerak komunikasi pintar global

Bagi yang belum mengenali Infobip, syarikat ini merupakan platform komunikasi awan global yang membantu organisasi berhubung dengan pelanggan mereka dengan lebih berkesan sama ada melalui mesej, chat app, panggilan suara, mahupun e-mel.



Misi mereka adalah untuk menjadikan komunikasi lebih mudah, intuitif dan pintar. Dengan One Communication Platform yang disokong oleh infrastruktur awan dan AI generatif, Infobip membantu syarikat berinteraksi dengan pelanggan secara lebih efisien, konsisten dan pintar.

Daripada meningkatkan pengalaman pelanggan hingga mengautomasi kempen pemasaran, Infobip menyediakan skala dan fleksibiliti yang membolehkan organisasi berhubung dengan audiens mereka tanpa batas.

Untuk pembangun, Infobip menawarkan programmable API stack yang mudah disesuaikan, membolehkan mereka membina dan mengintegrasikan penyelesaian dengan cepat. Melalui inisiatif seperti Start-up Tribe, Infobip turut menyokong pengasas teknologi baharu dengan bimbingan, komuniti, dan peluang pertumbuhan.

Infobip turut bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi dan perusahaan bagi membangunkan penyelesaian tersuai, menggabungkan kepakaran global dengan pemahaman mendalam terhadap keperluan pasaran tempatan.

Infobip Shift tiba di Kuala Lumpur

Selepas sedekad penganjuran di Eropah (Zadar, Croatia) dan Amerika Syarikat (Miami), semangat inovasi Infobip Shift kini melangkah ke Asia.

Edisi pertama di rantau ini bertemakan “Where AI and Software Development meet” dengan fokus kepada bagaimana kecerdasan buatan (AI) sedang membentuk masa depan pembangunan perisian dan alat kejuruteraan moden.

Peserta boleh menjangkakan pelbagai bengkel praktikal, sesi bimbingan dan perkongsian daripada pakar teknologi antarabangsa termasuk Tejas Kumar (IBM), Dugald Morrow (Atlassian), Joyce Lin (Viam) dan Sohail Pathan (Okta). Mereka akan berkongsi pandangan praktikal yang boleh terus diterapkan dalam kerja sebenar pembangun dan pengasas startup.

Menghubungkan komuniti pembangun Asia Tenggara

Lebih daripada sekadar persidangan, Shift Kuala Lumpur akan menjadi ruang untuk membina hubungan dan kolaborasi dalam kalangan komuniti pembangun serantau. Ia berperanan sebagai platform bagi perkongsian ilmu, idea dan peluang kerjasama, yang seterusnya dapat memperkukuh ekonomi digital di Asia Tenggara.

Dengan menganjurkan Shift di Malaysia, Infobip bersama Cradle berharap dapat mencetuskan gelombang inovasi baharu serta menginspirasi generasi pembangun seterusnya untuk terus meneroka potensi teknologi dan AI.

Sertai Shift KL 2025

Edisi pertama Infobip Shift Kuala Lumpur 2025 akan berlangsung pada 4 November 2025 di JioSpace, Petaling Jaya, Selangor.

Acara ini bakal menghimpunkan pembangun, pengasas startup, dan pemimpin teknologi dari seluruh Asia Tenggara untuk meneroka bagaimana AI sedang mengubah cara kita membina dan membentuk masa depan kejuruteraan moden.Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, layari shift.infobip.com/asia.

Tags: InfobipInfobip ShiftInfobip Shift KLShift
Penaja

Penaja

POPULAR

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER