• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing Phone (3a) Lite: Macam CMF Phone 2 Pro, tapi lagi cantik

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:25 pm
  • 30/10/2025
  • Komen
Nothing Phone (3a) Lite: Macam CMF Phone 2 Pro, tapi lagi cantik
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan teaser yang diutuskan beberapa hari lepas, Nothing akhirnya telah melancarkan Phone (3a) Lite. Ia adalah model lebih mampu milik dalam barisan telefon Nothing dan tampil dengan rekaan seakan flaghsip Nothing Phone (3). Namun, banyak berkongsi persamaan dengan CMF Phone 2 Pro dari segi spesifikasi.

Harga Nothing Phone (3a) Lite

Nothing Phone (3a) Lite tersedia dalam dua warna hitam dan putih, dan berikut adalah harga jualannya di pasaran UK:



  • Nothing Phone (3a) Lite (8GB + 128GB) – GBP 249 (~RM1,383)
  • Nothing Phone (3a) Lite (8GB + 256GB) – GBP 279 (~RM1,550)

Sebagai perbandingan, varian CMF Phone 2 Pro 8GB + 256GB dijual pada harga  GBP 249 di UK, dan di Malaysia harganya RM1,199. Oleh itu, anda boleh jangkakan harga Phone (3a) Lite lebih daripada paras tersebut.

Setakat ini, halaman produk Phone (3a) Lite sudah pun aktif di laman rasmi Nothing Malaysia dan disenaraikan sebagai “akan datang”.



Spesifikasi Nothing Phone (3a) Lite

Perkara paling menyerlah pada Nothing Phone (3a) Lite sudah tentu rekaannya, yang mengekalkan gaya “lutsinar” memperlihatkan elemen dalaman peranti. Ia juga dilengkapi lampu Glyph yang akan berkelip untuk notifikasi dan berfungsi sebagai kiraan masa ketika mengambil gambar.

Seperti model terbaharu sebelum ini, telefon ini juga menampilkan Essential Key, butang khas untuk menangkap momen penting atau merakam nota suara, yang kemudian diurus menggunakan AI dalam ruang khas Essential Space.

Dari segi paparan, Nothing Phone (3a) Lite hadir dengan skrin AMOLED 6.77 inci beresolusi Full HD+ (2392×1084 piksel), menyokong refresh rate 120Hz, kadar kecerahan puncak 3,000 nits, kadar pensampelan sentuh 1000Hz, dan PWM setinggi 2160Hz bagi paparan lebih selesa untuk mata.

Telefon ini dikuasakan cip Dimensity 7300 Pro 5G berasaskan 4nm, digabungkan dengan RAM 8GB serta storan dalaman 128GB atau 256GB, dan turut menyokong kad microSD hingga 2TB.

Untuk kamera, ia menampilkan tiga kamera belakang, namun sedikit berbeza daripada CMF Phone 2 Pro. Kamera utama ialah 50MP f/1.88 (24mm, sensor 1/1.57”), diikuti kamera ultra lebar 8MP f/2.2 (15mm, sensor 1/4”), dan kamera makro 2MP f/2.4. Di hadapan pula, terdapat kamera swafoto 16MP f/2.45 (24mm). Ia menyokong rakaman video 4K 30fps, 1080p hingga 60fps, serta slow-mo 120fps.

Bateri berkapasiti 5,000mAh di dalam dan ia menyokong pengecasan pantas berwayar 33W melalui USB-C. Menurut Nothing, ia boleh mencapai 50% dalam 20 minit, dan penuh dalam masa sejam.

Sejurus keluar dari kotak, peranti ini menjalankan Nothing OS 3.5 berasaskan Android 15, dengan janji 3 tahun kemas kini Android dan 6 tahun kemas kini keselamatan daripada Nothing.

Tags: NothingNothing Phone (3a) LitePhone (3a) Lite
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nothing Phone (3a) Lite: Macam CMF Phone 2 Pro, tapi lagi cantik

Nothing Phone (3a) Lite: Macam CMF Phone 2 Pro, tapi lagi cantik

30 October 2025
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, bateri 8,050mAh, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, bateri 8,050mAh, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN