• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RedMagic 11 Pro dilancar di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5 & sistem “liquid cooling”

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:36 pm
  • 06/11/2025
  • Komen
RedMagic 11 Pro dilancar di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5 & sistem “liquid cooling”
Share on FacebookShare on Twitter

RedMagic, pengeluar telefon pintar gaming terkemuka kini telah mengumumkan ketibaan model telefon terbaharu, RedMagic 11 Pro. Menariknya, ia antara peranti terawal di dunia yang menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, dan menampilkan sistem penyejukan cecair yang boleh dilihat terus pada panel belakang telefon.

Harga RedMagic 11 Pro di Malaysia

Untuk mereka yang berminat, peranti gaming terbaru ini akan mula dijual di Malaysia bermula 10 November 2025 pada harga seperti berikut:



  • Cryo (12+256GB) – RM3,399
  • Nightfreeze & Subzero (16+512GB) – RM3,999
  • Nightfreeze & Subzero (24+1TB) – RM4,999

Pembeli awal yang membeli dari 10 November jam 8 malam hingga 30 November juga akan menerima hadiah bernilai RM467, berupa skrin pelindung, sarung telefon dan powerbank mini Sharge secara percuma.

Peminat boleh dapatkan RedMagic 11 Pro menerusi laman rasmi RedMagic Malaysia, atau gedung rasmi RedMagic di Lazada, Shopee dan TikTok.



Spesifikasi RedMagic 11 Pro

Salah satu perkara baharu pada RedMagic 11 Pro adalah, ia dilengkapi sistem penyejukan cecair AquaCore, yang boleh dilihat pada panel belakang lutsinar khususnya untuk varian Nightfreeze dan Subzero. Sistem ini dikatakan mampu melesapkan haba daripada CPU dan bateri dengan efisien, memastikan prestasi kekal optimum sepanjang sesi gaming. RedMagic turut menekankan ini adalah telefon pintar pertama dengan sistem penyejukan cecair yang dikeluarkan secara besar-besaran di industri.

Untuk pengalaman gaming, RedMagic 11 Pro mengekalkan butang bahu 520Hz yang kini menyokong gaming dalam mod portrait, lengkap dengan lampu RGB di sisi dan logo. Dari segi audio, ia masih menampilkan jek 3.5mm serta sistem speaker stereo.

Di bahagian muka, RedMagic 11 Pro menampilkan skrin AMOLED 6.85″ keluaran BOE dengan kadar segar semula 144Hz dan resolusi 2688 × 1216. Panel ini turut menyokong kecerahan puncak 1,800 nits, kadar pensampelan sentuh 360Hz dan PWM Dimming setinggi 2,592Hz. Cip Synaptics 3910v turut disertakan untuk memastikan sentuhan lebih tepat.

Dari segi prestasi, RedMagic 11 Pro diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5, yang menawarkan CPU 35% lebih cekap, GPU 20% lebih cekap tenaga, dan peningkatan GPU 30% berbanding generasi sebelumnya. Ia dipadankan dengan RAM LPDDR5T sehingga 24GB dan storan UFS 4.1 Pro sehingga 1TB, serta dilengkapi cip tambahan RedCore R4.

Selain sistem penyejukan AquaCore, telefon ini turut dilengkapi penyejuk kebuk wap (vapour chamber) bersaiz 13,116mm², yang menurut RedMagic adalah yang terbesar dalam industri. Terdapat juga kipas TurboFan kalis air yang mampu berputar sehingga 24,000 RPM, iaitu 1,000 RPM lebih pantas berbanding 10S Pro dan dikatakan terpantas dalam mana-mana telefon pintar. Walaupun begitu, RedMagic 11 Pro masih mempunyai penarafan kalis air IPX8.

Untuk pengimejan, RedMagic 11 Pro dilengkapi dengan kamera utama 50MP OIS, kamera ultralebar 50MP dan kamera depth 2MP, tiada perubahan daripada generasi sebelumnya. Kamera hadapannya tersembunyi di bawah skrin, menggunakan sensor 16MP.

Seterusnya, RedMagic 11 Pro dilengkapi bateri silikon karbon berkapasiti 7,500mAh, iaitu 450mAh lebih besar berbanding model sebelumnya. Menurut RedMagic, ia mampu memberikan sehingga 34.1 jam penggunaan harian, 12.5 jam penstriman langsung, 7.4 jam permainan Genshin Impact pada kadar bingkai penuh, atau sehingga 267 jam jika ia biar tidak digunakan.

Pengecasan boleh dilakukan sama ada melalui USB-C atau secara wayarles pada 80W, di mana pengecasan wayarles dikatakan mampu mengecas bateri dari kosong ke penuh dalam hanya 68 minit. RedMagic 11 Pro juga menyokong pengecasan terbalik dua hala, pertama kali diperkenalkan oleh RedMagic.

Dari segi sambungan, RedMagic 11 Pro menyokong 5G, WiFi 7, Bluetooth 5.4, dan NFC. Terdapat juga sensor cap jari ultrasonik 3D dalam skrin. RedMagic 11 Pro menjalankan Android 16 dengan RedMagic OS 11.0, dilengkapi Gemini dan pembantu maya MORA, yang kini menyokong interaksi suara lebih baik serta perbualan dalam permainan melalui fungsi Mora Mouth.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk RedMagic 11 Pro.

Tags: NubiaRedMagicRedMagic 11 ProRedMagic MalaysiaZTE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
RedMagic 11 Pro dilancar di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5 & sistem “liquid cooling”

RedMagic 11 Pro dilancar di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5 & sistem “liquid cooling”

6 November 2025
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER