• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ora Good Cat 2026: EV comel dengan bateri LFP 57.7kWh baru & jarak 480km, dari RM109k

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:46 am
  • 08/11/2025
  • Komen
Ora Good Cat 2026: EV comel dengan bateri LFP 57.7kWh baru & jarak 480km, dari RM109k
Share on FacebookShare on Twitter

GWM Malaysia kini telah memperkenalkan barisan hatchback elektrik sepenuhnya terbaharu mereka Ora Good Cat 2026, yang kini hadir dalam dua varian, Ultra dan GT. Model ini merupakan kemas kini kepada versi 2022, dan menariknya Ora Good Cat kini ditawarkan pada harga RM30,000 lebih rendah berbanding sebelumnya.

Berbeza dengan generasi terdahulu, tiada lagi varian “Pro” dengan bateri lebih kecil. Sebaliknya, kedua-dua varian Ultra dan GT kini dilengkapi bateri LFP 57.7kWh, bersama beberapa penambahbaikan reka bentuk.



Antara perubahan utama boleh dilihat pada bahagian dalamannya, yang kini menggunakan tuil penukar gear pada stereng, menggantikan tombol gear berputar yang sebelum ini terletak di konsol tengah.

Selain itu, Ora Good Cat kini akhirnya menyokong penggunaan aplikasi melalui aplikasi MyGWM. Melaluinya, pengguna boleh memantau dan mengawal beberapa fungsi kenderaan terus dari telefon pintar, termasuk penyaman udara, tingkap, lokasi kenderaan, jarak perjalanan berbaki serta status pengecasan.



Harga Ora Good Cat Ultra dan GT di Malaysia

Berikut ialah harga rasmi untuk Ora Good Cat 2026 di Malaysia:

  • Ora Good Cat Ultra – RM109,800
  • Ora Good Cat GT – RM119,800

Dari segi warna, varian Ultra ditawarkan dalam pilihan berikut:

  • Hazel Wood Beige dengan bumbung coklat
  • So Blue dengan bumbung hitam
  • Pistachio Green

Sementara itu, varian GT hadir dalam dua pilihan warna:

  • Aqua Grey
  • Sun Black

Setiap pembelian Ora Good Cat disertakan dengan jaminan 8 tahun atau 180,000km untuk bateri, motor, dan unit kawalan motor elektrik, serta jaminan penuh kenderaan 5 tahun atau 150,000km.

Untuk ketenangan tambahan, GWM Malaysia turut menawarkan penggantian bateri 1-ke-1 sekiranya tahap kesihatan bateri (SOH) jatuh di bawah 70%. Sebagai tambahan, pembeli yang mendaftar Ora Good Cat sebelum 31 Disember 2025 akan menerima ganjaran awal bernilai RM3,000.

Ora Good Cat Ultra 2026

Ora Good Cat Ultra kini menjadi varian asas dalam barisan model terbaru, tetapi masih mengekalkan bateri lebih besar. Ia menggunakan satu motor yang menghasilkan 105kW (141hp) dan 210Nm tork, memacu roda hadapan.

GWM Malaysia tidak menyatakan masa pecutan 0–100km/j, namun kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 150km/j.

Walaupun ia adalah model “Ultra”, jarak pemanduan model ini sedikit rendah berbanding Ultra 500 sebelum ini. Bateri NMC 63.1kWh telah digantikan dengan bateri SVOLT LFP 57.7kWh yang menawarkan jarak sejauh 480km (NEDC) untuk sekali cas penuh. Dalam situasi sebenar terutamanya dalam trafik Malaysia, pengguna boleh jangka jarak pemanduan lebih 300km, bergantung kepada gaya pemanduan.

Dari segi pengecasan, tiada perubahan besar. Ora Good Cat Ultra masih menyokong pengecasan AC sehingga 6.6kW dan DC sehingga 60kW. Cas penuh menggunakan pengecas AC mengambil masa kira-kira 9 jam, manakala pengecasan DC dari 30% ke 80% hanya mengambil masa lebih kurang 38 minit.

Model ini juga menyokong fungsi Vehicle-to-Load (V2L), membolehkan anda menggunakan kereta ini sebagai “powerbank gergasi” untuk menghidupkan peralatan elektrik rumah sehingga 3.3kW.

Untuk sistem suspensi, Ora Good Cat menggunakan MacPherson Independent Suspension dengan bar penstabil di depan, serta Torsion Beam di belakang. Ia turut dilengkapi dengan rim aloi 18 inci sebagai standard.

Seperti sebelumnya, ia hadir dengan paparan instrumen digital, skrin infotainmen 10.25 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, 6 pembesar suara, serta pengecasan tanpa wayar 50W.

Dari aspek keselamatan, Ora Good Cat dilengkapi 6 beg udara, kamera 360 darjah, dan sistem parkir automatik pintar. Ia juga menampilkan rangkaian lengkap ciri keselamatan ADAS, termasuk:

  • Adaptive Cruise Control dengan keupayaan membelok pintar
  • Autonomous Emergency Braking
  • Lane Centre Keeping
  • Lane Change Assist
  • Lane Keeping Assist
  • Rear Cross Traffic Alert & Braking.

Ora Good Cat GT 2026

Sementara itu, Ora Good Cat GT pula merupakan varian yang lebih sporty dengan motor lebih berkuasa, gaya luaran lebih agresif, kemasan warna kuning, serta beberapa ciri tambahan eksklusif.

Model GT ini menggunakan motor hadapan yang sedikit lebih berkuasa, menjana 126kW (169hp) dan 250Nm tork, namun masih menggunakan bateri LFP 57.7kWh yang sama seperti varian Ultra.

Kadar pengecasan juga kekal sama AC 6.6kW dan DC 60kW, tetapi jarak pemanduan sedikit lebih pendek, iaitu 460km (NEDC). Berdasarkan helaian spesifikasi, Ora Good Cat GT mempunyai berat 1,640kg, iaitu 130kg lebih berat berbanding Ultra.

Antara tambahan yang membezakan model GT ialah:

  • Rim aloi hitam sporty 18” dengan trim kuning
  • Angkup brek (brake caliper) kuning pada semua roda
  • Lampu belakang LED dengan kesan pencahayaan sambutan (welcome light)
  • Pintu but automatik tanpa sentuhan (hands-free tailgate)
  • Kemasan dalaman kulit suede hitam dan kuning

Tidak seperti varian Ultra yang menawarkan kerusi urut dan boleh laras kuasa hanya untuk pemandu, versi GT menambah baik dengan kerusi berpenyejuk (ventilated seats) untuk kedua-dua tempat duduk hadapan.

Untuk pemanduan, Ora Good Cat GT menambah satu lagi mod khas iaitu “Individual”, selain pilihan standard Normal, Sport, ECO, ECO+ dan Auto. Ia juga menyertakan fungsi Launch Control untuk pecutan lebih agresif.

Dari segi dimensi, model GT sedikit lebih lebar dan panjang berbanding Ultra, dengan ukuran 1,848mm lebar, 4,254mm panjang dan 1,603mm tinggi. Sebagai perbandingan, Ultra berukuran 1,825mm lebar, 4,235mm panjang dan 1,603mm tinggi.

Tags: EVgwmGWM MalaysiaGWM Oragwm ora good catkenderaan elektrikOra Good Cat ProOra Good Cat Ultra
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Ora Good Cat 2026: EV comel dengan bateri LFP 57.7kWh baru & jarak 480km, dari RM109k

Ora Good Cat 2026: EV comel dengan bateri LFP 57.7kWh baru & jarak 480km, dari RM109k

8 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER