• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:30 pm
  • 11/11/2025
  • Komen
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K
Share on FacebookShare on Twitter

Proton kini telah membuka tempahan rasmi untuk Proton Saga 2026 serba baharu, dengan harga anggaran antara RM40,000 hingga RM50,000. Pengeluar kereta nasional itu turut mengumumkan pakej eksklusif khas untuk pembeli terawal model ini.

Timbalan CEO Proton yang baharu dilantik, Ir. Abdul Rashid Musa, mengesahkan bahawa Proton Saga 2026 akan ditawarkan dalam tiga varian, Standard, Executive, dan Premium. Model baharu ini juga hadir dengan lima pilihan warna Marine Blue, Space Grey, Ruby Red, Armour Silver, dan Snow White.



Sebagai perbandingan, Proton Saga generasi sebelumnya (MC2) yang dilancarkan pada tahun 2022 dijual pada harga antara RM34,400 hingga RM44,300, dan kini dijual pada harga RM34,800 hingga RM44,800.

Tawaran tempahan awal Proton Saga 2026

Bagi mereka yang membuat tempahan awal, Proton menawarkan pakej eksklusif untuk 20,000 pelanggan pertama. Antara yang disertakan adalah:



  • Servis percuma selama 1 tahun atau 20,000km, termasuk caj buruh dan alat ganti penyelenggaraan (mana yang tiba dahulu).
  • Kad Touch ‘n Go Edisi Terhad Proton Saga Serba Baharu.

Tawaran ini sah untuk pelanggan yang membuat tempahan antara 10 November hingga hari pelancaran rasmi, dan melengkapkan pendaftaran kenderaan mereka sebelum 31 Disember 2025.

Spesifikasi Saga 2026

Saga 2026 menampilkan rekaan semula sepenuhnya dengan gaya yang lebih moden. Bahagian hadapan kini dihiasi gril baharu berinspirasikan motif Sulaman Songket, diapit oleh lampu utama LED projektor dengan Daytime Running Lamps (DRL).

Bahagian belakang pula tampil dengan lampu LED penuh dan light bar merentasi but, melengkapkan rupa yang lebih premium. Untuk roda, Saga baharu ini menggunakan rim aloi dwitona 15 inci yang direka semula, khas untuk varian tertinggi Premium.

Salah satu peningkatan terbesar terletak di bawah hud. Saga 2026 kini menggunakan enjin 1.5L i-GT baharu, sama seperti yang digunakan pada Proton X50 2026 tetapi tanpa turbo. Enjin ini menghasilkan 118hp (88kW) dan 150Nm tork, digabungkan dengan dua pilihan transmisi sama ada CVT (Premium) atau 4AT (Standard dan Executive)

Proton turut mendakwa penggunaan bahan apinya kini serendah 4.9L/100km (untuk varian CVT). Turut diperkenalkan ialah Electric Power Steering (EPS) bagi pemanduan lebih responsif, sementara talaan Ride & Handling Proton memastikan keseimbangan optimum antara keselesaan dan kawalan.

Satu lagi kemas kini besar, Proton Saga 2026 kini dilengkapi paparan instrumen digital 7 inci dan skrin infotainmen 9 inci, yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay (AACP) sama ada berwayar atau tanpa wayar.

Dari segi keselamatan, Saga 2026 dilengkapi 6 beg udara, serta struktur badan Proton Reinforced Safety Structure (RESS) menggunakan Hot Press Forming (HPF). Selain itu, terdapat juga sistem bantuan pemandu tahap 1 (Level 1 ADAS) dengan sembilan fungsi utama:

  1. Autonomous Emergency Braking (AEB)
  2. Forward Collision Warning (FCW)
  3. Lane Departure Warning (LDW)
  4. Front Departure Alert (FDA)
  5. Intelligent High Beam Control (IHBC)
  6. Rear Collision Warning (RCW)
  7. Lane Change Assist (LCA)
  8. Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  9. Door Opening Warning (DOW)
Tags: protonProton SagaProton Saga 2026Proton Saga MC3
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN