• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton Saga MC3 raih 10,000 tempahan, penghantaran bermula sejurus pelancaran

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:33 pm
  • 19/11/2025
  • Komen
Proton Saga MC3 raih 10,000 tempahan, penghantaran bermula sejurus pelancaran
Share on FacebookShare on Twitter

Proton baru-baru ini telah mendedahkan bahawa mereka telah menerima 10,000 tempahan untuk Proton Saga 2026 dalam masa hanya 5 hari selepas tempahannya dibuka. Pengeluar automotif nasional itu mula membuka tempahan sejurus selepas acara penstriman khas yang berlangsung pada 10 November.

Semasa siaran langsung itu, Proton turut berkongsi harga anggaran untuk model baharu ini, iaitu antara RM40,000 hingga RM50,000. Untuk pelanggan terawal, Proton menawarkan servis percuma selama 1 tahun atau 20,000km, serta kad Touch ‘n Go edisi terhad untuk 20,000 pelanggan pertama yang membuat tempahan dan melengkapkan proses pendaftaran kenderaan sebelum 31 Disember 2025.



Timbalan CEO Proton, Ir. Abdul Rashid Musa, berkata penghantaran Proton Saga 2026 akan bermula sebaik sahaja model itu dilancarkan secara rasmi. Beliau turut menjelaskan bahawa pasukan produksi di kilang Proton Tanjung Malim kini sedang meningkatkan kapasiti bagi memastikan pelanggan menerima Saga baharu mereka secepat mungkin.

Dalam perkembangan berkaitan, bahagian EV Proton, Pro-Net, sebelum ini turut menerima lebih 10,000 tempahan untuk model Proton e.MAS 5, iaitu EV pertama Proton di bawah RM100,000. Harga rasmi untuk hatchback elektrik tersebut ialah RM56,800 untuk varian Prime dan RM69,800 untuk varian Premium jarak lebih jauh, termasuk rebat pelancaran RM3,000.



Spesifikasi Saga 2026

Saga 2026 menampilkan rekaan semula sepenuhnya dengan gaya yang lebih moden. Bahagian hadapan kini dihiasi gril baharu berinspirasikan motif Sulaman Songket, diapit oleh lampu utama LED projektor dengan Daytime Running Lamps (DRL).

Bahagian belakang pula tampil dengan lampu LED penuh dan light bar merentasi but, melengkapkan rupa yang lebih premium. Untuk roda, Saga baharu ini menggunakan rim aloi dwitona 15 inci yang direka semula, khas untuk varian tertinggi Premium.

Salah satu peningkatan terbesar terletak di bawah hud. Saga 2026 kini menggunakan enjin 1.5L i-GT baharu, sama seperti yang digunakan pada Proton X50 2026 tetapi tanpa turbo. Enjin ini menghasilkan 118hp (88kW) dan 150Nm tork, digabungkan dengan dua pilihan transmisi sama ada CVT (Premium) atau 4AT (Standard dan Executive)

Proton turut mendakwa penggunaan bahan apinya kini serendah 4.9L/100km (untuk varian CVT). Turut diperkenalkan ialah Electric Power Steering (EPS) bagi pemanduan lebih responsif, sementara talaan Ride & Handling Proton memastikan keseimbangan optimum antara keselesaan dan kawalan.

Satu lagi kemas kini besar, Proton Saga 2026 kini dilengkapi paparan instrumen digital 7 inci dan skrin infotainmen 9 inci, yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay (AACP) sama ada berwayar atau tanpa wayar.

Dari segi keselamatan, Saga 2026 dilengkapi 6 beg udara, serta struktur badan Proton Reinforced Safety Structure (RESS) menggunakan Hot Press Forming (HPF). Selain itu, terdapat juga sistem bantuan pemandu tahap 1 (Level 1 ADAS) dengan sembilan fungsi utama:

  1. Autonomous Emergency Braking (AEB)
  2. Forward Collision Warning (FCW)
  3. Lane Departure Warning (LDW)
  4. Front Departure Alert (FDA)
  5. Intelligent High Beam Control (IHBC)
  6. Rear Collision Warning (RCW)
  7. Lane Change Assist (LCA)
  8. Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  9. Door Opening Warning (DOW)

Galeri imej Proton Saga Premium 2026

Galeri imej Proton Saga Executive 2026

Tags: protonProton SagaProton Saga 2026Proton Saga MC3
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Proton Saga MC3 raih 10,000 tempahan, penghantaran bermula sejurus pelancaran

Proton Saga MC3 raih 10,000 tempahan, penghantaran bermula sejurus pelancaran

19 November 2025
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN