• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:39 pm
  • 01/12/2025
  • Komen
Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri
Share on FacebookShare on Twitter

Perodua QV-E kini rasmi dilancarkan sebagai kereta elektrik (EV) pertama pengeluar automotif nasional tersebut. Pelancaran QV-E juga menandakan kemunculan langganan bateri EV pertama di Malaysia untuk kereta penumpang.

Dikenali dengan kod P01A, Perodua QV-E telah dibangunkan sejak Ogos 2023, melibatkan 266,000 jam R&D dengan jumlah kos RM800 juta.



EV baharu ini dibina menggunakan platform baharu sepenuhnya yang dibangunkan bersama syarikat automotif terkenal dari Austria, Magna Steyr. Walaupun begitu, Perodua menegaskan bahawa hak milik intelektual (IP) platform ini serta semua IP lain berkaitan QV-E, termasuk rekaan, masih kekal milik Perodua.

Harga Perodua QV-E di Malaysia

Perodua QV-E dijual pada harga RM80,000, namun harga tersebut tidak termasuk bateri. Untuk bateri, ia perlu disewa secara berasingan melalui kontrak Battery-as-a-Service (BaaS) dengan bayaran sebanyak RM275 sebulan selama 9 tahun.



Pelanggan tidak perlu buat bayaran berasingan kepada bank dan Perodua. Sebaliknya, hanya satu bayaran bulanan sahaja dibuat, yang kemudian dibahagi secara dalaman antara bank dan Perodua untuk ansuran kereta dan sewaan bateri.
Setakat ini, Perodua QV-E tidak ditawarkan untuk pembelian terus. Dengan kata lain, anda perlu mendaftar kontrak BaaS sekiranya mahu memiliki EV ini.

Pilihan warna dan waranti Perodua QV-E

Perodua QV-E ditawarkan dalam satu varian sahaja dengan dua pilihan warna iaitu Ice Blue dan Caviar Grey.

Dari segi waranti, kereta itu dilindungi selama 6 tahun atau 150,000 km, manakala unit pemanduan EV pula mempunyai waranti 8 tahun atau 150,000 km. Bateri voltan tinggi EV ini diberikan waranti seumur hidup, tetapi ia tetap menjadi milik Perodua walaupun kontrak BaaS 9 tahun anda telah tamat.

Spesifikasi Perodua QV-E

Perodua QV-E tampil dengan reka bentuk Sportback yang menonjolkan imej sporty, moden, dan berani. Dari luar, ia dilengkapi elemen seperti lampu siang (DRL) merentasi hadapan ke belakang, bar lampu belakang, pemegang pintu hadapan rata, pemegang jenis suku,untuk pintu belakang, serta roda aloi aero 18-inci yang menambah lagi gaya sporty kenderaan ini.

Dari segi dimensi, QV-E lebih pendek dan rendah berbanding BYD Dolphin ER dengan ukuran 4,170mm panjang, 1,800mm lebar, dan 1,502mm tinggi. Jarak rodanya pula 2,680mm dengan ketinggian lantai 158mm, manakala berat kereta ialah 1,600kg, sedikit lebih ringan berbanding Dolphin ER.

Berikut adalah perbezaan antaran QV-EV dan beberapa pesaing lain:

Perodua QV-E
Dimensi: 4,170mm (P) x 1,800mm (L) x 1,502mm (T)
Jarak roda: 2,680mm
Jarak ke tanah: 158mm
Berat: 1,600kg

BYD Dolphin ER
Dimensi: 4,290mm (P) x 1,770mm (L) x 1,570mm (T)
Jarak roda: 2,700mm
Jarak ke tanah: 158mm
Berat: 1,658kg

Proton e.MAS 5
Dimensi: 4,135mm (P) x 1,805mm (L) x 1,580mm (T)
Jarak roda: 2,650mm
Jarak ke tanah: 160mm
Berat: 1,230kg – 1,305kg

Perodua Myvi
Dimensi: 3,395mm (P) x 1,735mm (L) x 1,515mm (T)
Jarak roda: 2,500mm
Jarak ke tanah: 160mm
Berat: 985kg – 1,025kg

Perodua Ativa
Dimensi: 4,065mm (P) x 1,710mm (L) x 1,635mm (T)
Jarak roda: 2,525mm
Jarak ke tanah: 200mm
Berat: 1,035kg

Untuk ruang but, penutupnya dibuka dengan menekan logo Perodua, namun mekanisma liftgate masih manual kerana ketiadaan fungsi powerboot. Saiz ruang boot masih belum dikongsikan Perodua, tetapi berdasarkan pemerhatian kami, ia sedikit lebih besar berbanding MyVi. Sementara itu, di hadapa, ia juga tidak mempunyai frunk kerana ruang motor telah digunakan sepenuhnya.

Masuk ke bahagian dalam, QV-E mengekalkan gaya reka bentuk tipikal Perodua yang ringkas dan praktikal. Interior dilengkapi warna hitam dengan aksen kelabu-perak, menggunakan material plastik berkualiti dengan kemasan soft-touch pada papan pemuka dan bumbung. Kerusi pula gabungan kulit tiruan dan fabrik, lengkap dengan stereng dua-jejari dibalut dengan kulit.

EV ini juga menampilkan suis fizikal untuk kawalan iklim, rotary gear selector, serta toggle untuk memilih mode pemanduan. Paparan digital terdiri daripada kluster instrumen 10.25-inci, paparan infotainment 10.25-inci, dan cermin pandang belakang digital. QV-E menyokong Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, selain membolehkan pengguna memantau pengecasan dan kawalan climate melalui aplikasi P-Circle.

Dari segi prestasi, QV-E menggunakan sistem pacuan roda hadapan dengan motor elektrik 150kW yang menghasilkan 201hp dan 285Nm tork. Ia mampu memecut dari 0-100 km/h dalam 7.5 saat dengan kelajuan maksimum 165 km/h. Bateri 52.5kWh LFP dari CATL memberikan jarak memandu sehingga 445km mengikut NEDC, manakala anggaran WLTP sekitar 378km dan jarak sebenar dijangka sekitar 350km.

Untuk pengecasan, QV-E menyokong DC charging 60kW yang membolehkan bateri dicas dari 30% ke 80% dalam 30 minit, serta AC charging 6.6kW yang memerlukan masa 8 jam untuk dicas penuh. Kenderaan ini juga menyokong Vehicle-to-Load (V2L) 3.3kW untuk mengecas peranti luaran.

Dari segi keselamatan, QV-E dilengkapi 6 beg udara standard dan pelbagai ciri ADAS seperti Autonomous Emergency Braking (AEB), Adaptive Cruise Control (ACC), Blind Spot Detection (BSD), Lane Keep Assist (LKA), dan Traffic Jam Assist (TJA). Kenderaan ini turut menampilkan Surround View Monitoring, Tyre Pressure Monitoring Sensor (TPMS), dan dan rakaman video pemanduan terbina.

Untuk keselamatan kanak-kanak, QV-E turut menampilkan Child Presence Detector (CPD) yang direka untuk mengurangkan risiko kematian kanak-kanak di dalam kereta yang diparkir. Jika sensor CPD mengesan anak di dalam kereta, ia akan menghidupkan hon dan lampu hazard serta menghantar notifikasi kepada pemilik melalui aplikasi dan SMS.

Selain itu, QV-E mempunyai sistem SOS kecemasan terbina yang membolehkan pengguna menghubungi Perodua Auto Assist sekiranya berlaku kerosakan, dan secara automatik menghubungi MERS999 sekiranya beg udara teraktifkan semasa kemalangan.

Tags: EV Peroduakenderaan elektrikPeroduaPerodua QV-E
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

1 December 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

19 November 2025
Proton Saga MC3 kini rasmi, harga bermula serendah RM37,990

Proton Saga MC3 kini rasmi, harga bermula serendah RM37,990

28 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER