• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

  • OLEH Penaja
  • 11:48 am
  • 31/12/2025
  • Komen
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Samsung Malaysia]

Beberapa tahun lepas, kualiti kamera telefon pintar banyak bergantung pada saiz sensor dan jumlah megapiksel. Lagi besar sensor, lagi  hebat kamera itu. Namun hari ini, realitinya sudah berubah. Dalam fotografi mudah alih moden, AI kini menjadi elemen paling penting dalam menentukan kualiti gambar yang dihasilkan oleh sesebuah telefon pinta



Siri Galaxy S25 menampilkan bagaimana fotografi berasaskan AI mampu menentukan hasil akhir sesebuah gambar, tanpa bergantung sepenuhnya pada spesifikasi perkakasan semata-mata.

AI bukan gimik, tetapi asas kamera moden

Dalam siri Galaxy S25, AI bukan sekadar ciri yang diaktifkan bila perlu. Ia berfungsi secara berterusan di sebalik tabir setiap kali pengguna menekan butang shutter.



Melalui pemprosesan pintar, AI membantu:

  • Melaras warna dan tona kulit supaya kelihatan lebih semula jadi
  • Mengimbangkan HDR untuk mengekalkan butiranl di kawasan cerah dan gelap
    Meningkatkan kualiti low light tanpa noise berlebihan
  • Mengekalkan perincian pada subjek walaupun dalam situasi mencabar

Semua ini berlaku secara automatik, tanpa memerlukan pengguna memahami tetapan teknikal kamera.

Kesan bokeh lebih kemas dengan bantuan AI

Bukan setakat itu, bantuan AI pada siri Galaxy S25 juga mampu menghasilkan kesan bokeh yang kemas dan semula jadi. Jika dahulu kesan latar belakang kabur hanya boleh dicapai dengan kamera bersensor besar dan lensa mahal, AI kini membolehkan telefon pintar melakukan perkara yang sama.

Dengan pengesanan subjek yang lebih tepat, AI mampu memisahkan subjek dan latar belakang dengan lebih baik, menjadikan potret kelihatan lebih dramatik dan profesional walaupun gambar diambil menggunakan telefon pintar.

Fungsi suntingan tahap komputer, terus dalam telefon

Melalui Galaxy AI di siri Galaxy S25, Samsung membawa pelbagai fungsi yang sebelum ini memerlukan perisian komputer terus ke dalam telefon pintar.

Antaranya ialah Generative Edit, yang membolehkan pengguna mengubah komposisi gambar dengan lebih fleksibel, sama ada membuang elemen mengganggu, meluaskan latar belakang, atau menyusun semula subjek dalam gambar.

Object Erase 2.0 pula menawarkan hasil buangan objek yang lebih kemas dan realistik, tanpa kesan suntingan yang jelas.

AI tidak terhad kepada gambar pegun. Dengan Instant Slow-mo, Galaxy AI boleh menukar klip video biasa menjadi gerak perlahan dengan menjana bingkai tambahan menggunakan AI. Ini membolehkan momen tertentu kelihatan lebih dramatik tanpa perlu rakaman slow-motion sebenar.

Selain itu, terdapat juga ciri Portrait Studio yang membolehkan anda mengubah gambar potret sedia ada kepada pelbagai gaya visual berbeza dengan bantuan AI, sambil mengekalkan identiti subjek, semuanya tanpa perlu aplikasi pihak ketiga.

AI bantu, bukan gantikan kreativiti

Walaupun AI semakin canggih, ia bukan bertujuan untuk menggantikan kreativiti manusia. Sebaliknya, AI bertindak sebagai alat sokongan yang memudahkan proses teknikal, membolehkan pengguna memberi lebih tumpuan kepada idea, sudut penggambaran dan penceritaan visual.

Bagi pengguna biasa, ini bermakna gambar yang lebih cantik dengan usaha minimum. Untuk peminat fotografi dan pencipta kandungan pula, AI membuka lebih banyak ruang untuk bereksperimen secara kreatif, terus dari telefon.

Masa depan fotografi mudah alih

Dengan AI sebagai tunjang utama, siri Galaxy S25 menunjukkan bahawa telefon pintar hari ini bukan lagi sekadar kamera sahaja, tetapi platform fotografi pintar yang lengkap. Gabungan perkakasan kamera dan Galaxy AI membuktikan bagaimana fotografi mudah alih kini lebih bergantung kepada kepintaran perisian berbanding spesifikasi fizikal semata-mata.

Apa yang sebelum ini memerlukan kamera khusus dan perisian komputer, kini boleh dilakukan terus dari Galaxy S25. 

Tags: aiGalaxy AIsamsungsamsung galaxySamsung Galaxy S25
Penaja

Penaja

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER