• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco M8 & M8 Pro kini rasmi, berkuasa Snapdragon 7s Gen 4 dengan pengecasan 100W

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:11 pm
  • 08/01/2026
  • Komen
Poco M8 & M8 Pro kini rasmi, berkuasa Snapdragon 7s Gen 4 dengan pengecasan 100W
Share on FacebookShare on Twitter

Poco turut menyertai gelombang pelancaran bulan Januari, dengan mereka melancarkan barisan telefon kelas pertengahan terbaru, Poco M8 dan Poco M8 Pro. Ia menggantikan Poco M7 dan M7 Pro yang diperkenal tahun lalu, serta tampil dengan rekaan lebih premium yang kelihatan sangat mirip dengan siri Redmi Note 14 Pro.

Bukan setakat rupa baharu, model baru dilancar ini juga diberikan beberapa peningkatan termasuk sokongan 5G untuk varian bukan Pro.



Harga dan ketersediaan siri Poco M8 di Malaysia

Pengguna yang berminat boleh mendapatkan Poco M8 dan Poco M8 Pro bermula hari ini, dan Poco juga menawarkan promosi menarik sempena pelancarannya. Ada dua varian yang ditawarkan bagi setiap model dan berikut adalah harga rasmi dan harga ketika promosi:

  • Poco M8 Pro (RAM 12GB + 512GB) – RM1,499 RM1,299
  • Poco M8 Pro (RAM 8GB + 256GB) – RM1,199 RM1,099
  • Poco M8 (RAM 8GB + 512GB) – RM1,199 RM959
  • Poco M8 (RAM 8GB + 256GB) – RM999 RM859

Harga promosi ini akan tersedia sehingga18 Januari 2026, dan boleh didapati menerusi mi.com serta stor rasmi Poco di Lazada, Shopee dan TikTok.



Shopee

  • Poco M8
  • Poco M8 Pro

Lazada

  • Poco M8
  • Poco M8 Pro

TikTok

  • Poco M8
  • Poco M8 Pro

Spesifikasi Poco M8 Pro

Bermula dengan model Pro, Poco M8 Pro dilengkapi dengan skrin AMOLED Crystal Res 6.83″, yang memiliki resolusi 2,772 x 1,280 dan kadar penyegaran 120Hz. Panelnya juga menyokong kecerahan puncak 3,200 nits, dan dilindungi kaca Corning Gorilla Glass Victus 2. Ketahanan telefon yang dimiliki telefon adalah pada IP69K.

Tunjang utama Poco M8 Pro adalah cip Snapdragon 7s Gen 4 4nm, yang bergandingan dengan RAM sehingga 12GB dan storan seluas 512GB. Selain itu, ia juga hadir dengan teknologi penyejukan IceLoop 5200mm² menawarkan peraliran haba 3x lebih baik.

Untuk tenaga, ia dipertingkatkan dengan bateri lebih besar 6,500mAh dan menyokong pengecasan pantas HyperCharge 100W, bersama pengecasan terbalik berwayar pada 22.5W. Menurut Xiaomi, telefon boleh menawarkan masa menggunakan 2 hari atau masa tonton video lebih 20jam, dan boleh dicas penuh dalam masa 40 minit.

Bagi perkakasan kamera, telefon ini dibekalkan dengan dua kamera belakang, iaitu kamera utama 50MP diterajui sensor Light Fusion 500 serta kamera ultralebar 8MP. Manakala di hadapan, ia menggunakan sensor 32MP. Lain-lain perkara termasuk speaker stereo, Bluetooth 5.4, WiFi 6, NFC dan menjalankan HyperOS 2 sejurus keluar kotak.

Ada tiga warna tersedia untuk Poco M8 Pro iaitu perak, hijau dan hitam.

Spesifikasi Poco M8

Untuk model Poco M8, ia menggunakan skrin melengkung di sisi, dengan saiz sedikit lebih kecil 6.77″. Panel AMOLED-nya menggunakan resolusi 2392 x 1080, dengan kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak 3,200 nits sama dengan model Pro.

Dari segi prestasi, Poco M8 dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 3 4nm, dengan RAM 8GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Kapasiti bateri 5,520mAh dimuatkan di dalam, dan ia boleh dicas pada paras 45W berwayar dan 18W secara terbalik. Selain baterinya lebih kecil dari model Pro, ia sebenarnya ia turun taraf daripada Poco M7 yang ada bateri 7,000mAh.

Poco mengatakan telefon boleh menawarkan masa guna sehingga 1.58 hari dengan penggunaan sederhana, dan mengecas ke 50% mengambil masa 25 minit.

Untuk menangkap gambar, seperti model Pro, Poco M8 lengkap dengan dua kamera belakang, kamera utama 50MP dengan sensor Light Fusion 400, tapi tiada ultralebar sebaliknya digantikan dengan kamera depth 2MP. Speakernya masih jenis stereo, tetapi hanya diiktiraf kalis percikan air IP66.

Poco M8 turut menyokong 5G, NFC, WiFi 5 dan Bluetooth 5.1. Pilihan warna yang disediakan untuk Poco M8 adalah sama dengan M8 Pro, iaitu hitam, hijau dan perak.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Poco M8 dan Poco M8 Pro.

Tags: PocoPoco M8Poco Malaysiaxiaomi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Poco M8 & M8 Pro kini rasmi, berkuasa Snapdragon 7s Gen 4 dengan pengecasan 100W

Poco M8 & M8 Pro kini rasmi, berkuasa Snapdragon 7s Gen 4 dengan pengecasan 100W

8 January 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN