• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Mate X7 akan dilancar di Malaysia, boleh dapat percuma tablet & jam pintar

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:29 pm
  • 13/01/2026
  • Komen
Huawei Mate X7 akan dilancar di Malaysia, boleh dapat percuma tablet & jam pintar
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei bakal melancarkan beberapa produk baharu di Malaysia tidak lama lagi. Dalam pengumuman terbarunya, Huawei mengesahkan kehadiran telefon lipat generasi baharu Huawei Mate X7 ke pasaran tempatan, bersama-sama dengan fon telinga FreeClip 2 dan model jam pintar yang dikemas kini.

Mate X7 pertama kali diumumkan di China November tahun lalu, sebelum dilancarkan di peringkat global pada bulan berikutnya Disember 2025. Menjelang pelancaran rasmi, Huawei turut membuka tempahan awal untuk Mate X7 dan FreeClip 2 di Malaysia.



Tempahan Huawei Mate X7 kini dibuka

Tempahan untuk Huawei Mate x7 kini sudah pun dibuka melalui laman web Huawei, Shopee, Lazada dan TikTok. Tempahan boleh dibuat dengan meletakkan deposit sebanyak RM80, dan pembeli berpeluang menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM7,595 termasuk jam Huawei Watch GT5, tablet MatePad 11.5 dan perlindungan skrin selama 1 tahun.

Harga Mate X7 masih belum diumumkan. Tetapi sebagai rujukan, Mate X6 sebelum ini dilancar pada harga RM8,688.



Fon telinga Huawei FreeClip 2 juga boleh ditempah awal pada harga jualan rasmi RM749. Penempah awal akan menerima hadiah bernilai RM109, termasuk rebat RM50 dan perlindungan Huawei Loss Care selama setahun.

Dalam masa yang sama, Huawei turut mengumumkan kemas kini untuk Huawei Watch Ultimate generasi keempat yang akan hadir dalam edisi Royal Gold. Siri Watch GT 6 juga akan menerima dua pilihan baharu, termasuk edisi kolaborasi dengan jenama premium golf Jepun, Honma untuk Watch GT 6 Pro serta pilihan tali serba baharu untuk Watch GT 6 41mm.

Spesifikasi Huawei Mate X7

Walaupun belum dilancar, semua maklumat mengenai Mate X7 sudah pun diketahui. Telefon lipat ini hadir dengan skrin dalaman 8 inci dan skrin luar 6.49 inci, dengan kedua-duanya menggunakan panel LTPO OLED. Ia menyokong kadar penyegaran 120Hz, kecerahan puncak sehingga 3,000 nits dan PWM dimming 1440Hz

Untuk pasaran Malaysia, Mate X7 ditawarkan dengan konfigurasi RAM 16GB dan storan 512GB. Maklumat cip tidak diterangkan di laman rasmi Malaysia, tetapi berdasarkan spesifikasi di China, model ini dijangka menggunakan cip Kirin 9030 Pro. Di dalamnya terdapat bateri besar 5,600mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 66W dan wayarles 50W melalui teknologi SuperCharge.

Perkakasan kamera Mate X7 terdiri daripada tiga kamera belakang, termasuk kamera utama 50MP dengan OIS, kamera ultralebar 40MP dan kamera telefoto 50MP dengan OIS dan fungsi makro. Kamera utama menawarkan apertur boleh laras f/1.49 hingga f/4.0, manakala zum digital boleh mencapai sehingga 100x. Untuk swafoto, terdapat dua kamera 8MP masing-masing pada skrin luar dan dalam.

Dari segi dimensi, Mate X7 berukuran 9.5mm apabila dilipat dan 4.5mm apabila lipatan dibuka. Walaupun nipis, Mate X7 juga dibina lebih kukuh, dengan menampilkan kaca Crystal Armour Kunlun, serta struktur komposit tiga lapisan. Model ini hadir dengan penarafan kalis air IP58/IP59 dan ditawarkan dalam tiga warna putih, serta varian hitam dan merah dengan kemasan kulit.

Spesifikasi Huawei FreeClip 2

Fon telinga terbuka Huawei FreeClip 2 menggunakan rekaan Airy C-Bridge yang fleksibel dan ringan. Bahagian audionya menggunakan pemandu 10.8mm dwidiafragma bersama fungsi Adaptive Volume yang melaras bunyi mengikut keadaan sekeliling, serta Adaptive Voice Enhancement yang meningkatan kejelasan suara. Ia juga dilengkapi tiga mikrofon pada setiap fon telinga.

Untuk kawalan, pengguna boleh mengawal FreeClip 2 melalui sentuhan pada permukaan fon telinga atau melalui pergerakan kepala. Dari segi bateri, FreeClip 2 boleh bertahan sehingga 9 jam untuk sekali cas, dan sehingga 38 jam bersama bekas pengecasan. Ia juga hadir dengan penarafan IP57 dan menyokong sambungan serentak ke dua peranti.

Tags: HuaweiHuawei FreeClip 2Huawei MalaysiaHuawei Mate X7
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Huawei Mate X7 akan dilancar di Malaysia, boleh dapat percuma tablet & jam pintar

Huawei Mate X7 akan dilancar di Malaysia, boleh dapat percuma tablet & jam pintar

13 January 2026
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER