• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MCMC ambil tindakan perundangan terhadap X susulan penyalahgunaan Grok

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:49 pm
  • 13/01/2026
  • Komen
X (Twitter) lancar program jana wang: Malaysia ada dan ini 3 syarat yang perlu dipenuhi
Share on FacebookShare on Twitter

Baru beberapa hari lepas Grok disekat di Malaysia, kini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap X Corp. (dahulunya Twitter) dan xAI LLC berikutan kegagalan memastikan keselamatan pengguna di Malaysia berkaitan penggunaan Grok.

Dalam kenyataan media terkini, MCMC memaklumkan bahawa peguam telah dilantik dan prosiding undang-undang akan dimulakan dalam masa terdekat. Tindakan ini dilakukan susulan penyalahgunaan Grok yang telah dikenal pasti oleh pihak MCMC untuk menjana dan menyebarkan kandungan berbahaya.



Antara penyalahgunaan yang dikesan termasuklah kandungan lucah, seksual eksplisit, tidak senonoh, jelik melampau, serta imej manipulasi tanpa persetujuan. MCMC menyatakan beberapa kandungan ini dikatakan melibatkan wanita dan kanak-kanak, dan menambah perlakuan ini menyalahi undang-undang Malaysia serta menjejaskan komitmen keselamatan yang dinyatakan oleh entiti itu.

Sebelum ini, MCMC telah mengeluarkan notis rasmi kepada X Corp. dan xAI LLC pada 3 dan 8 Januari 2026, menggesa mereka untuk menghapuskan kandungan yang menyalahi undang-undang. Namun, setakat ini, tiada tindakan pembetulan telah diambil.



MCMC menegaskan bahawa X Corp. dan xAI LLC masih bertanggungjawab, walaupun kandungan dihasilkan oleh pengguna. Kedua-dua entiti mempunyai kawalan ke atas reka bentuk, pelaksanaan, mekanisme penyeliaan, dan langkah mitigasi risiko Grok. Tanggungjawab juga tidak boleh diketepikan apabila sistem perlindungan gagal berfungsi.

Selain itu, kegagalan X Corp. dalam menguatkuasakan polisi dalaman dan kawalan platform turut dianggap sebagai faktor yang mungkin memudahkan aktiviti dalam talian yang menyalahi undang-undang di Malaysia. MCMC menyatakan mereka kekal komited untuk menegakkan undang-undang Malaysia dan melindungi kepentingan awam.

Semua platform digital yang beroperasi di Malaysia atau memberi kesan kepada Malaysia mesti mematuhi semua keperluan undang-undang dan kawal selia yang berkenaan.

Tags: aigrokkecerdasan buatanMCMCSKMMx
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
X (Twitter) lancar program jana wang: Malaysia ada dan ini 3 syarat yang perlu dipenuhi

MCMC ambil tindakan perundangan terhadap X susulan penyalahgunaan Grok

13 January 2026
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN