• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:40 pm
  • 15/01/2026
  • Komen
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran siri Redmi Note 15 hari ini turut menyaksikan pengenalan Redmi Note 15 5G dan Redmi Note 15 4G untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model ini tampil dengan rekaan yang lebih premium, selain menerima beberapa peningkatan merangkumi kapasiti bateri, sistem kamera serta sokongan perisian yang lebih panjang.

Untuk maklumat tentang model Pro, anda boleh bacanya di sini.



Harga siri Redmi Note 15 di Malaysia

Berikut adalah harga jualan Redmi Note 15 5G dan Note 15 4G di Malaysia:

  • Redmi Note 15 5G (6GB+128GB) – RM849
  • Redmi Note 15 5G (8GB+256GB) – RM949
  • Redmi Note 15 4G (8GB+256GB) – RM799 (eksklusif online)

Berbeza dengan model Pro yang hanya boleh dipratempah, model Redmi Note 15 5G dan 4G tersedia didapatkan pengguna Malaysia bermula esok. Jualan pertamanya akan bermula dari 16 Januari hingga 28 Februari, dengan Xiaomi menyertakan hadiah percuma kepada pembeli dalam tempoh ini.



Ini termasuk speaker Xiaomi Sound Pocket bernilai RM69, 2 bulan langganan YouTube Premium, 3 bulan langganan Google One dan 3 bulan langganan Spotify Premium secara percuma.

Anda boleh dapatkan siri Redmi Note 15 menerusi mi.com, atau gedung rasmi Xiaomi di Lazada, Shopee dan TikTok.

Spesifikasi Redmi Note 15 5G dan Note 15 4G

Redmi Note 15 5G dan Redmi Note 15 4G merupakan varian lebih mampu milik dalam barisannya, dengan kedua-duanya turut mendukung spesifikasi hampir sama. Kedua-duanya hadir dengan skrin AMOLED melengkung 6.77-inci, kadar segar semula 120Hz dan resolusi 1080 × 2392 piksel. Panel ini menyokong kecerahan puncak sehingga 3,200 nits serta pengimbas cap jari dalam skrin, namun sokongan HDR10+ tidak disertakan pada model 4G.

Atas papan utama, Redmi Note 15 5G menggunakan cip Snapdragon 6 Gen 3, digandingkan dengan RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 512GB. Untuk varian 4G pula, ia dikuasakan cip MediaTek Helio G100 Ultra.

Lagi perbezaan antara dua model adalah pada bahagian bateri. Note 15 4G dilengkapi kapasiti lebih besar, 6,000mAh yang menyokong pengecasan 33W berwayar. Note 15 5G pula ada bateri lebih kecil 5,520mAh menggunakan teknologi silikon karbon, dengan sokongan pengecasan lebih pantas 45W. Turut disertakan adalah pengecasan terbalik pada 18W.

Untuk kamera, kedua-dua model berkongsi kamera utama 108MP f/1.7. Namun perbezaannya terletak pada kamera kedua, di mana varian 5G dilengkapi kamera ultralebar 8MP, manakala model 4G hanya mempunyai kamera kedalaman 2MP. Selain itu, varian 4G juga diiktiraf kalis percikan air IP64, manakala Redmi Note 15 5G menerima perlindungan lebih tinggi dengan penarafan IP66.

Kesemua model dalam siri juga akan menjalankan sistem operasi HyperOS 2 dan Xiaomi menjanjikan kemas kini OS selama 4 tahun dan 6 tahun keselamatan untuk siri Redmi Note 15. Redmi Note 15 5G ditawarkan dalam warna biru, ungu dan hitam, manakala Note 15 4G pula tersedia dalam pilihan warna biru, hijau, hitam dan ungu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Redmi Note 15 5G dan Note 15 4G.

Tags: Redmi Note 15Redmi Note 15 4gRedmi Note 15 5Gxiaomixiaomi malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER