• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TNG Digital lancar EPOS360, sokong Tap-to-Pay TNG eWallet & DuitNow QR dalam satu terminal

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:44 pm
  • 16/01/2026
  • Komen
TNG Digital lancar EPOS360, sokong Tap-to-Pay TNG eWallet & DuitNow QR dalam satu terminal
Share on FacebookShare on Twitter

TNG Digital dan Ant International telah melancarkan EPOS360 dan terminal EPOS360 BlueTap di Malaysia, menawarkan penyelesaian pembayaran digital semua dalam satu untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Melalui terminal BlueTap, pengguna TNG eWallet kini boleh membuat pembayaran tanpa sentuh menggunakan NFC, hampir sama seperti Apple Pay. Menurut TNG Digital, ini merupakan ciri Tap-to-Pay pertama di Malaysia yang berfungsi dengan eWallet.



EPOS360 platform lengkap untuk PMKS

EPOS360 dibangunkan sebagai platform transformasi untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Ia menggabungkan tiga fungsi utama dalam satu penyelesaian, sistem jualan, pembayaran bersepadu, dan keupayaan pemasaran yang dikuasakan kecerdasan buatan.

EPOS360 ditawarkan sebagai mini-app dalam aplikasi TNG eWallet dan ia membolehkan PKS menerima lebih banyak pilihan pembayaran dengan terminal BlueTap.



Tiada yuran bulanan atau transaksi

Salah satu kelebihan utama EPOS360 ialah peniaga boleh menggunakan platform ini tanpa yuran langganan bulanan. Selain itu, tiada yuran transaksi atau Merchant Discount Rate (MDR) dikenakan bagi pembayaran melalui kod QR.

Bagi pembayaran menggunakan kad kredit dan debit yang akan diperkenalkan kemudian, yuran kadar diskaun pedagang akan dikenakan seperti biasa. Peniaga boleh memilih sama ada mahu menerima pembayaran kad atau tidak untuk perniagaan mereka.

Terminal BlueTap

Terminal EPOS360 BlueTap boleh dianggap sebagai evolusi kepada peranti SoundBox TNG eWallet sedia ada. Ia dilengkapi terminal NFC, skrin hadapan bersaiz 3.97 inci untuk paparan kod QR dinamik, serta pembesar suara bagi memberikan pengesahan audio setiap kali transaksi berjaya.

Di bahagian belakang, terdapat skrin 1.9 inci bersama papan kekunci fizikal yang membolehkan peniaga menerima pembayaran tanpa sistem POS tambahan dengan memasukkan amaun transaksi secara manual. Terminal ini turut menyokong sambungan 4G dan WiFi, yang diperlukan untuk berhubung dengan platform EPOS360.

Harga promosi RM199

Terminal EPOS360 BlueTap ditawarkan pada harga pengenalan RM199 (harga biasa RM299), tanpa yuran langganan bulanan dan tanpa Merchant Discount Rate (MDR) untuk pembayaran QR.

Peniaga kini sudah boleh mendaftar dan membeli terminal BlueTap EPOS, dengan penghantaran dijangka bermula pada Februari 2026.

Ciri-ciri EPOS360 untuk peniaga

Platform EPOS360 menawarkan pelbagai alat yang memudahkan pengurusan perniagaan. Melaluinya, peniaga boleh menyediakan senarai inventori dan menjejak semua transaksi mereka melalui penyelesaian EPOS360.

Menariknya, terdapat juga keupayaan untuk mencipta menu digital hanya dengan mengambil gambar menu fizikal. Sistem akan mengesan secara automatik foto, harga dan penerangan produk, memudahkan peniaga yang ingin mengdigitalkan perniagaan mereka.

Selain itu, EPOS360 membolehkan perniagaan kecil mencipta kempen promosi yang boleh dikongsi di pelbagai platform dalam talian. Mereka juga boleh menggunakan ciri Near Me dalam TNG eWallet untuk memperkukuh kempen pemasaran mereka dan menjangkau lebih ramai pelanggan.

Bagi perniagaan yang belum mempunyai kehadiran dalam talian, EPOS360 memudahkan untuk mencipta kedai dalam talian yang lengkap dengan keupayaan untuk menerima pembayaran melalui TNG eWallet, Alipay dan Google Pay.

Peniaga TNG eWallet yang sedia ada, termasuk mereka yang menggunakan terminal SoundBox, boleh beralih ke EPOS360 dan BlueTap dengan lancar. Pemilik perniagaan masih boleh menjejak transaksi mereka di Papan Pemuka Pedagang (Merchant Dashboard) TNG eWallet yang sama.

TNG Digital mengumumkan bahawa beberapa ciri tambahan akan diperkenalkan kemudian, termasuk sokongan e-Invois, program kesetiaan pelanggan digital dan penerimaan pembayaran kad kredit dan debit untuk terminal BlueTap.

Tap-to-Pay kini tersedia untuk pengguna TNG eWallet

Seiring dengan pelancaran EPOS360, TNG Digital turut mengaktifkan Tap-to-Pay untuk TNG eWallet melalui mini-app BlueTap. Ciri ini berfungsi pada telefon pintar iPhone dan Android yang menyokong NFC, tanpa memerlukan pemasangan aplikasi tambahan.

Apabila berada di peniaga yang menggunakan terminal EPOS360 BlueTap, pengguna hanya perlu tap telefon pintar pada terminal untuk membuat pembayaran. Secara lalai, transaksi memerlukan pengesahan melalui biometrik (Face ID atau cap jari) atau PIN enam digit TNG eWallet. Mini-app BlueTap akan dimuatkan secara automatik untuk pengesahan pembayaran.

Selepas transaksi berjaya, terminal BlueTap akan memberikan pengesahan visual dan audio, sementara peniaga boleh melihat status transaksi secara masa nyata melalui EPOS360.

Untuk pembayaran lebih pantas, pengguna boleh memilih untuk melangkau pengesahan untuk transaksi RM250 dan ke bawah, yang boleh diaktifkan melalui tetapan Settings > Security > Transaction Limit dalam TNG eWallet.

Maklumat lanjut mengenai EPOS360 boleh didapati melalui laman rasmi TNG Digital.

Tags: BlueTapEPOStngTNG Digitaltng ewallet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
TNG Digital lancar EPOS360, sokong Tap-to-Pay TNG eWallet & DuitNow QR dalam satu terminal

TNG Digital lancar EPOS360, sokong Tap-to-Pay TNG eWallet & DuitNow QR dalam satu terminal

16 January 2026
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER