• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Note Edge tiba di Malaysia 4 Feb, guna Dimensity 7100 & bateri 6,500mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:13 pm
  • 26/01/2026
  • Komen
Infinix Note Edge tiba di Malaysia 4 Feb, guna Dimensity 7100 & bateri 6,500mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix baru-baru ini memperkenalkan sebuah telefon pintar kelas pertengahan baharu di peringkat antarabangsa yang dikenali sebagai Infinix Note Edge. Nampaknya, peranti ini turut akan membuat kemunculan di Malaysia tidak lama lagi, selepas Infinix mengesahkan pelancarannya menerusi kenyataan rasmi dan hantaran di laman media sosial mereka.

Pelancaran Infinix Note Edge dijadualkan berlangsung di Malaysia pada 4 Februari 2026, kira-kira seminggu selepas pengenalannya di pentas antarabangsa.



View this post on Instagram

Selain mengesahkan tarikh pelancaran, Infinix turut berkongsi beberapa butiran awal mengenai spesifikasi untuk pasaran Malaysia, yang kelihatan sepadan dengan versi global yang telah diperkenalkan sebelum ini.

Spesifikasi Infinix Note Edge

Infinix Note Edge hadir dengan skrin melengkung 3D jenis AMOLED bersaiz 6.78 inci dengan resolusi FHD+ 1.5K serta kadar segar semula 120Hz. Panel ini menyokong tahap kecerahan puncak sehingga 4,500 nits, bezel ultra nipis setebal 1.87mm pada bahagian paling nipis, dan dilindungi oleh kaca Corning Gorilla Glass 7i.



Dari segi prestasi, telefon ini dikuasakan oleh cip kelas pertengahan baharu MediaTek Dimensity 7100 5G, menjadikannya antara peranti terawal menggunakan cip tersebut. Konfigurasi memori untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan, namun di peringkat global, ia ditawarkan dengan RAM 8GB serta storan dalaman 256GB.

Menyalurkan tenaga kepada peranti ini ialah bateri berkapasiti 6,500mAh, yang menurut Infinix merupakan bateri terbesar pernah ditawarkan oleh mereka untuk pasaran Malaysia. Ia menyokong pengecasan 45W melalui USB-C, dan Infinix turut menyatakan bateri ini mampu mengekalkan lebih 80% kapasiti selepas 2,000 kitaran pengecasan, menjanjikan ketahanan jangka panjang.

Untuk fotografi, Infinix Note Edge dilengkapi kamera utama 50MP, manakala kamera hadapan 12MP ditempatkan dalam lubang pada bahagian atas skrin. Walaupun menggunakan bateri bersaiz besar, peranti ini mengekalkan rekaan yang nipis dengan ketebalan hanya 7.2mm.

Ciri lain yang turut ditawarkan termasuk speaker stereo yang ditala oleh JBL, perlindungan kalis percikan air dan debu IP65, serta sokongan sambungan 5G, WiFi, Bluetooth 5.4 dan NFC.

Sejurus keluar kotak, Infinix Note Edge akan menjalankan sistem operasi XOS 16 berasaskan Android 16. Infinix turut menjanjikan kemas kini sistem operasi selama tiga tahun serta kemas kini keselamatan sehingga lima tahun untuk peranti ini.

Buat masa ini, maklumat mengenai harga masih belum diumumkan. Perincian lanjut dijangka akan didedahkan semasa pelancaran rasminya pada 4 Februari 2026. Dalam masa yang sama, Infinix turut memaklumkan bahawa mereka akan mengadakan penstriman jualan pelancaran secara langsung di TikTok pada hari berkenaan, dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam, dengan peluang untuk penonton memenangi pelbagai hadiah percuma.

Tags: Infinixinfinix noteInfinix Note Edge
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix Note Edge tiba di Malaysia 4 Feb, guna Dimensity 7100 & bateri 6,500mAh

Infinix Note Edge tiba di Malaysia 4 Feb, guna Dimensity 7100 & bateri 6,500mAh

26 January 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN