• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CelcomDigi perkenal pelan prabayar 5G baharu, Hyper dan Power dari RM30/bulan

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:49 am
  • 29/01/2026
  • Komen
CelcomDigi perkenal pelan prabayar 5G baharu, Hyper dan Power dari RM30/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

CelcomDigi telah mengemas kini barisan pelan prabayar 5G mereka untuk tahun 2026, sekali gus menggantikan pelan NX dan UV yang ditawarkan sebelum ini. Melalui kemas kini ini, pengguna masih diberi dua pilihan utama, sama ada pelan berkuota dengan kelajuan penuh, atau pelan internet tanpa had dengan had kelajuan.

Harga pelan baharu ini bermula serendah RM30 sebulan, dan satu perubahan penting ialah tempoh sah pelan “tanpa had” kini dipanjangkan kepada 30 hari, berbanding 28 hari sebelum ini. Ini selari dengan tempoh sah yang digunakan oleh kebanyakan telco lain ketika ini.



Prepaid 5G Hyper: Data berkelajuan penuh tanpa had kelajuan

Jika anda mahukan internet berkelajuan tinggi tanpa sebarang had kelajuan, CelcomDigi menawarkan pelan Prepaid 5G Hyper.

Pelan Hyper 30 berharga RM30 sebulan dan hadir dengan 50GB data 5G/4G. Ia turut menyokong penggunaan hotspot dan menawarkan panggilan tanpa had. Untuk tambahan RM5, pelan Hyper 35 memberikan 100GB data, iaitu dua kali ganda kuota dengan harga RM35 sebulan. Kedua-dua pelan ini sah digunakan selama 30 hari.



Prepaid 5G Power: Internet tanpa had, tapi ada had kelajuan

Bagi pengguna yang lebih gemar pelan internet tanpa had, CelcomDigi turut menyediakan pilihan Prepaid 5G Power.

Pelan asas Power 35 berharga RM35 sebulan dan menawarkan data tanpa had dengan had kelajuan 18Mbps, tertakluk kepada FUP sebanyak 100GB. Jika anda perlukan kelajuan lebih tinggi, Power 45 ditawarkan pada harga RM45 sebulan dengan had kelajuan 48Mbps dan FUP lebih besar iaitu 200GB.

Seperti pelan Hyper, kedua-dua pelan Power ini turut menyokong hotspot dan menawarkan panggilan tanpa had.

Prepaid 5G Power+: Lebih laju, ada penstriman video

Untuk pengguna yang mahukan kelajuan lebih tinggi serta nilai tambahan, CelcomDigi turut menawarkan pelan Prepaid 5G Power+.

Pelan Power+ 55 berharga RM55 sebulan menawarkan internet tanpa had dengan had kelajuan 100Mbps, FUP 200GB, serta akses kepada Viu Premium. Sementara itu, pelan Power+ 65 pula hadir dengan internet tanpa had tanpa had kelajuan, FUP 200GB, dan turut disertakan akses Prime Video.

Sebagai perbandingan, langganan Viu Premium secara berasingan berharga RM21.90 sebulan, manakala Prime Video pula sekitar RM25 sebulan.

Dua pelan 100GB dengan harga sama, tapi kelajuan berbeza

Berbanding pelan Prepaid 5G NX dan UX tahun lepas, CelcomDigi telah meningkatkan harga langganan bulanan sebanyak RM5 untuk kebanyakan pelan, kecuali untuk 5G Hyper 35 yang kekal pada harga sama. Untuk Prepaid Hyper 30, pelan asas baharu ini menawarkan 10GB lebih banyak data berbanding pelan Prepaid 5G NX25 sebelum ini.

Bagi pelan Power, had kelajuan dan FUP kekal sama seperti dahulu, tetapi harga meningkat RM5 kerana tempoh kesahan yang bertambah daripada 28 hari kepada 30 hari.

Apa yang sedikit pelik pada pelan baru ini, kedua-dua pelan 5G Hyper 35 dan 5G Power 35 menawarkan jumlah data yang sama iaitu 100GB, dan kedua-duanya berharga RM35 sebulan. Perbezaan utama antara kedua-dua pelan ini hanyalah had kelajuan.

Pelan Power 35 mempunyai had kelajuan pada 18Mbps, manakala pelan Hyper 35 tidak mempunyai sebarang sekatan kelajuan. Maka, jika anda pentingkan kelajuan tinggi, tiada sebab untuk memilih pelan 5G Power 35 berbanding Hyper 35.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman prabayar CelcomDigi.

Tags: celcomCelcomDigiCelcomDigi 5G HyperCelcomDigi 5G PowerdigiprabayarPrabayar CelcomDigi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

CelcomDigi perkenal pelan prabayar 5G baharu, Hyper dan Power dari RM30/bulan

CelcomDigi perkenal pelan prabayar 5G baharu, Hyper dan Power dari RM30/bulan

29 January 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN