• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:33 pm
  • 30/01/2026
  • Komen
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499
Share on FacebookShare on Twitter

RedMagic kini melancarkan RedMagic 11 Air di Malaysia sebagai pengganti REDMAGIC 10 Air dan alternatif lebih mampu milik kepada RedMagic 11 Pro. Menurut syarikat itu, model ini merupakan telefon paling nipis dan ringan dalam siri Air setakat ini, serta hadir dengan rekaan 12% lebih nipis dan 10% lebih ringan berbanding RedMagic 11 Pro.

Walaupun tampil dengan rekaan yang lebih slim, RedMagic 11 Air masih mengekalkan spesifikasi bertaraf flagship seperti cip Snapdragon 8 Elite, bateri 7,000mAh serta sistem penyejukan baharu.



Harga dan ketersediaan RedMagic 11 Air

Di Malaysia, REDMAGIC 11 Air ditawarkan dalam dua konfigurasi memori dan storan seperti berikut:

  • REDMAGIC 11 Air (12GB + 256GB) – RM2,499
  • REDMAGIC 11 Air (16GB + 512GB) – RM2,999

Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna, iaitu Phantom dan Prism. Jualan rasmi bermula 1 Februari 2026, jam 8 malam, dan boleh didapati menerusi Shopee RedMagic Official Store, Lazada Flagship Store, TikTok RedMagic Malaysia serta laman web rasmi RedMagic.



Spesifikasi RedMagic 11 Air

RedMagic 11 Air hadir dengan paparan AMOLED 6.85 inci beresolusi 2688 x 1216, dilengkapi bezel nipis dan kadar segar semula 144Hz. Ini merupakan peningkatan berbanding panel 120Hz pada RedMagic10 Air. Kaca Gorilla Glass 7i digunakan untuk melindungi skrinnya.

Untuk audio, peranti ini menggunakan sistem pembesar suara stereo dwi dengan konfigurasi 1012 + 1115K, menghasilkan bunyi yang lebih seimbang berbanding model terdahulu. Ia turut dilengkapi motor haptik linear paksi-X 0809 yang memberikan maklum balas getaran yang lebih tepat. Dari segi ketahanan, RedMagic 11 Air hadir dengan penarafan IP54 terhadap kalis percikan air dan debu.

Untuk kawalan permainan, 11 Air dilengkapi butang bahu 520Hz yang menawarkan ketepatan kawalan dikatakan setanding konsol permainan.

Di bahagian prestasi, RedMagic 11 Air dikuasakan oleh Snapdragon 8 Elite, dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 512GB. Ia turut menggunakan cip permainan RedCore R4 serta enjin sistem CUBE untuk membantu mengekalkan kestabilan kadar bingkai, pengurusan grafik dan penggunaan kuasa yang lebih terkawal ketika bermain.

Untuk penyejukan, peranti ini menampilkan kipas penyejukan aktif turbo yang mampu berputar sehingga 24,000 RPM, bersama sistem ruang wap 4D Ice-Steps yang dinaik taraf. Menurut RedMagic, sistem ini menawarkan penyebaran haba yang lebih cekap berbanding generasi sebelumnya, bagi memastikan prestasi kekal konsisten semasa penggunaan berpanjangan.

Dari segi deminsi, telefon ini berukuran 8.0mm tebal dan berat 207g. Walaupun tampil nipis, RedMagic 11 Air dimuatkan dengan bateri 7,000mAh, disokong pengecasan pantas 80W. Ciri Charge Separation turut disertakan, membolehkan kuasa disalurkan terus ke papan utama semasa bermain bagi mengurangkan penghasilan haba pada bateri.

Untuk fotografi, telefon ini dilengkapi kamera utama 50MP dengan OIS, kamera ultralebar 8MP, serta kamera hadapan 16MP. Dari segi sambungan, ia menyokong 5G, Wi-Fi 6, NFC, serta pemancar inframerah. Integrasi Google Gemini AI dan sistem perisian RedMagic OS 11.0 turut disertakan pada telefon.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk RedMagic 11 Air.

Tags: NubiaRedMagicRedMagic 11 AirRedMagic Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN