• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer lancar Aspire S AIO dengan skrin IPS 144Hz dan Intel Core Ultra, bermula RM4,399

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:49 pm
  • 07/04/2026
  • Komen
Acer lancar Aspire S AIO dengan skrin IPS 144Hz dan Intel Core Ultra, bermula RM4,399
Share on FacebookShare on Twitter

Selain memperkenalkan barisan laptop Swift baharu, Acer turut memperluaskan penawaran desktop dengan memperkenalkan komputer semua-dalam-satu (AIO) Siri Aspire S. Model ini menyasarkan pengguna yang mahukan desktop ringkas, dengan rekaan minimalis serta prestasi mencukupi untuk kegunaan harian.

Siri Aspire S ditawarkan dalam dua saiz skrin dan dua pilihan cip pemproses, dengan spesifikasi yang hampir sama antara varian.



Harga dan ketersediaan siri Aspire S

Siri Aspire S ditawarkan dalam empat varian, merangkumi dua saiz paparan dan dua pilihan cip pemproses. Berikut adalah harga rasmi di Malaysia:

27 inci



  • Aspire S AIO 27” (Core Ultra 7 155U, 32GB RAM) – RM5,499
  • Aspire S AIO 27” (Core Ultra 5 125U, 16GB RAM) – RM4,799

23.8 inci

  • Aspire S AIO 23.8” (Core Ultra 7 155U, 32GB RAM) – RM5,099
  • Aspire S AIO 23.8” (Core Ultra 5 125U, 16GB RAM) – RM4,399

Komputer ini sudah boleh didapati di Malaysia. Bergantung kepada varian, pembeli turut akan menerima hadiah percuma seperti fon kepala Nitro NHW310 bernilai RM129, alat kawalan wayarles Nitro bernilai RM199 bersama kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM150 untuk pembelian dalam tempoh promosi dari sekarang hingga 20 April 2026.

Spesifikasi Aspire S AIO

Aspire S 27″

Walaupun hadir dalam dua saiz 27 inci dan 23.8 inci, kedua-duanya menggunakan panel IPS yang sama dengan sokongan sentuhan. Skrin ini menawarkan resolusi Full HD (1920×1080) bersama kadar segar semula 144Hz. Ia turut menggunakan reka bentuk bingkai nipis dengan nisbah skrin-ke-badan sekitar 90%, memberikan paparan yang lebih luas.

Aspire S 23.8″

Atas papan utama, Acer menguasakan komputer ini dengan dua pilihan cip Intel Core Ultra sama ada Core Ultra 7 155U atau Core Ultra 5 125U, bersama grafik Intel Arc terbina. Varian Core Ultra 5 dipadankan dengan RAM DDR5 16GB dalam satu slot, manakala model Core Ultra 7 hadir dengan RAM lebih besar 32GB dalam konfigurasi dua slot 16GB. Kesemua model turut dilengkapi storan SSD 1TB.

Turut disertakan adalah kamera web 1080p IR dengan penutup privasi, serta dua mikrofon terbina. Paparan juga menyokong pelarasan ergonomik bagi mendapatkan sudut pandangan yang lebih selesa.

Dari segi sambungan fizikal, ia menyediakan pelbagai port termasuk USB-A, USB-C, HDMI dan Ethernet, yang ditempatkan pada bahagian pendiri untuk akses lebih mudah. Selain itu, ia turut menyokong WiFi 7 dan Bluetooth 5.4 untuk sambungan tanpa wayar.

Menjalankan Windows 11, Aspire S AIO ini turut dilengkapi beberapa ciri AI daripada Acer seperti Acer Intelligence Space, Acer AI Drawing dan Acer AI Agent.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk siri Aspire S.

Tags: AcerAcer Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Acer lancar Aspire S AIO dengan skrin IPS 144Hz dan Intel Core Ultra, bermula RM4,399

Acer lancar Aspire S AIO dengan skrin IPS 144Hz dan Intel Core Ultra, bermula RM4,399

7 April 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN