• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:18 am
  • 10/04/2026
  • Komen
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5
Share on FacebookShare on Twitter

Kali terakhir Honor memperkenalkan siri telefon nombor adalah menerusi Honor 400 pada bulan Mei tahun lalu. Selepas hampir setahun, kini syarikat itu bakal kembali dengan generasi terbaharu, iaitu siri Honor 600 dan telah mendedahkan secara rasmi reka bentuk telefon tersebut menjelang pelancaran rasmi.

Kalau anda sedikit pelik, memang betul tiada model siri 500 yang diperkenalkan, sebaliknya Honor terus melangkau ke siri 600. Kali ini juga, Honor menggelarkannya sebagai barisan flagship, dengan rekaan yang lebih premium.



Daripada imej teaser yang dikongsikan, siri ini akan hadir dalam dua model, berkemungkinan 600 dan 600 Pro, berdasarkan generasi sebelum ini dan apa yang diperkata dalam talian. Kedua-dua model ini hadir dalam warna putih yang digelar Golden White. Dari segi reka bentuk, susun atur kamera belakangnya kelihatan sangat menyerupai iPhone 17 Pro dengan menggunakan rekaan plateau.

Persamaan ini lebih ketara pada model 600 Pro yang menampilkan tiga kamera belakang, lengkap dengan susunan lampu flash dan sensor hitam kecil yang sama di bahagian kanan.



View this post on Instagram

Selain reka bentuk, Honor juga mendedahkan beberpa butiran tentang sistem kamera siri Honor 600. Pertama adalah ia akan menggunakan kamera utama 200MP, sama seperti Honor 400 sebelum ini, tetapi telah dipertingkatkan untuk menghasilkan imej yang lebih jelas dengan ketepatan warna yang lebih baik termasuk dalam pencahayaan malap. Kemampuan telefoto juga turut dinaik taraf, kini menyokong zum sehingga 120x

Honor juga mendakwapada siri baharu ini turut mencapai penarafan penstabilan imej CIPA 6.5, sama dengan Honor Magic 8 Pro. Ini sepatutnya membantu mengurangkan gegaran dan kesan kabur, sekali gus menghasilkan gambar yang lebih tajam. Selain itu, ia juga dilengkapi AI Color Engine untuk memproses imej dengan warna yang lebih natural dan realistik.

Honor turut berkongsi beberapa sampel gambar yang diambil menggunakan siri Honor 600, dan anda boleh lihatnya menerusi imej di atas.

Buat masa ini, itu sahaja maklumat yang Honor dedahkan setakat ini. Spesifikasi penuh dan butiran lain masih belum diumumkan, namun nampaknya tidak perlu tunggu lama. Honor sendiri menyatakan bahawa tarikh pelancaran rasmi akan diumumkan pada minggu hadapan.

Yang lebih menarik, Honor turut mengesahkan bahawa Malaysia telah dipilih sebagai pasaran global pertama untuk debut siri Honor 600.

Tags: honorhonor malaysiaSiri Honor 600
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN