• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rapid KL kini tawar Pas Rapid Bulanan RM150 untuk bukan warganegara menerusi TNG eWallet

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:49 pm
  • 22/06/2026
  • Komen
Rapid KL kini tawar Pas Rapid Bulanan RM150 untuk bukan warganegara menerusi TNG eWallet
Share on FacebookShare on Twitter

Rapid KL kini meluaskan lagi akses pas perjalanan tanpa had bulanan mereka kepada lebih ramai pengguna. Selain pas My50 yang sedia ada, mereka kini memperkenalkan Pas Rapid Bulanan pada harga RM150 sebulan, yang mana ia turut terbuka kepada golongan bukan warganegara Malaysia.

Untuk memudahkan urusan, pengguna tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter semata-mata mahu mengaktifkan pas ini. Sebaliknya, pengguna boleh aktifkan terus Pas Rapid Bulanan ke dalam kad Touch ‘n Go (TNG) jenis Enhanced atau TNG Charm masing-masing secara terus melalui aplikasi TNG eWallet.



Pembelian pas perjalanan ini boleh dibuat di dalam aplikasi TNG eWallet, dengan syarat telefon pintar mempunyai sokongan fungsi NFC.

Pas Rapid Bulanan: RM150 Untuk 30 Hari Tanpa Had

Pas baharu ini dijual pada harga RM150 dan sah digunakan untuk tempoh selama 30 hari. Menerusi pas bulanan ini, pengguna boleh menikmati perjalanan tanpa had merentasi semua rangkaian pengangkutan Rapid KL termasuk LRT, MRT, BRT, Monorel, dan juga bas perantara.



Bagi anda yang mahu menggunakan pas ini, pastikan anda memenuhi keperluan berikut:

  • Mempunyai kad Enhanced TNG (kad TNG NFC) atau TNG Charm.
  • Menggunakan telefon pintar yang menyokong fungsi NFC.
  • Mempunyai akaun TNG eWallet yang aktif.

Cara untuk mengaktifkannya sangat mudah. Anda hanya perlu buka aplikasi TNG eWallet > Transport > (skrol ke bawah) dan pilih Rapid KL Pass. Sila pastikan baki di dalam kad TNG atau TNG Charm anda sentiasa mempunyai baki minimum sekurang-kurangnya RM5.

Warganegara Malaysia kekal nikmati Pas Subsidi My50

Bagi rakyat Malaysia, anda tidak perlu risau kerana anda masih boleh terus menikmati pas My50 pada kadar subsidi RM50 sebulan (sah untuk 30 hari). Pas My50 ini memberikan akses tanpa had yang sama untuk semua rangkaian LRT, MRT, BRT, Monorel, dan bas Rapid KL.

Memandangkan pas My50 ini adalah hak eksklusif untuk warganegara Malaysia sahaja, proses pengaktifannya memerlukan pengesahan kad pengenalan MyKad.

Selain pas bulanan, Rapid KL turut menyediakan pas perjalanan tanpa had jangka pendek yang kini dinamakan sebagai Pas Rapid Kota (sebelum ini dikenali sebagai MyCity Pass). Sama seperti My50, pas jangka pendek ini ditawarkan khas untuk rakyat Malaysia sahaja dan boleh diaktifkan terus menerusi TNG eWallet.

Kadar bayaran bagi pas Rapid Kota adalah seperti berikut:

  • Pas 3 Hari: RM25
  • Pas 1 Hari: RM10
Tags: RapidKLtngtng ewalletTouch n Go
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Rapid KL kini tawar Pas Rapid Bulanan RM150 untuk bukan warganegara menerusi TNG eWallet

Rapid KL kini tawar Pas Rapid Bulanan RM150 untuk bukan warganegara menerusi TNG eWallet

22 June 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN