• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:42 pm
  • 24/06/2026
  • Komen
Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Astro kini memperkenalkan beberapa pakej penstriman baharu yang menggabungkan perkhidmatan popular seperti Disney+, Prime Video dan Viu pada harga langganan serendah RM15/bulan.

Pakej baharu ini dilihat sebagai pilihan lebih mampu milik untuk pengguna yang ingin menikmati beberapa platform penstriman di bawah satu langganan.



Selain itu, Astro turut mengumumkan pengenalan saluran hiburan Korea baharu, Astro Daebak, dengan kerjasama penyiar terkenal, tvN.

Pakej penstriman baharu Astro bermula RM15/bulan

Tawaran utama yang dibawakan kali ini adalah pakej baharu yang menggabungkan Disney+ Basic, Prime Video, dan Astro Blockbuster Pack pada harga RM25/bulan. Bagi pengguna yang hanya mahukan Prime Video, Astro turut menawarkan Prime Video Bundle yang menggabungkan Prime Video bersama Blockbuster Pack pada harga RM15/bulan.



Berikut adalah pakej yang ditawarkan:

  • Disney+ & Prime Video Bundle + Blockbuster Pack – RM25/bulan (harga asal: RM65.69)
  • Prime Video + Blockbuster Pack – RM15/bulan (harga asal: RM35.79)

Blockbuster Pack ini mengandungi empat saluran filem dan hiburan iaitu Astro Showtime (CH 411), Astro FAM Time (CH 412), Rock Action (CH 414), dan Rock X Stream (CH 415).

Promosi untuk kedua-dua pakej ini dibuka untuk langganan bermula sekarang sehingga 14 Ogos 2026. Sukar diingatkan, semua harga yang dinyatakan ini belum termasuk cukai SST.

Pakej WeTV dan Viu Premium pada harga RM15/bulan

Bagi anda yang lebih menggemari kandungan dari Asia seperti drama Cina, siri Korea, mahupun drama Melayu tempatan, Astro turut menawarkan WeTV + Viu Duo Bundle pada harga RM15/bulan (Harga asal: RM35.80), juga tidak termasuk SST.

Melalui pakej duo ini, pelanggan akan diberikan akses premium untuk kedua-dua platform tersebut bagi menonton pelbagai siri eksklusif dan rancangan variasi (variety shows). Pakej ini ditawarkan bermula hari ini sehingga 4 September 2026.

Saluran Korea Baharu: Astro Daebak (CH 393)

Seiring dengan pengenalan pakej baharu ini, Astro turut mengumumkan saluran hiburan Korea baharu, Astro Daebak (CH 393) yang akan mula bersiaran pada 1 Julai 2026. Saluran ini dibawakan khas dengan kerjasama tvN dan menampilkan gabungan drama dan rancangan variasi popular dari Korea Selatan. Pengenalan Astro Daebak dibuat susulan penamatan operasi global saluran ONE HD.

Dengan kehadiran saluran baharu ini, Astro kini terus mengukuhkan penawaran kandungan Korea mereka yang turut merangkumi tvN (CH 395), tvN Movies (CH 416), KBS World (CH 392), dan K-Plus (CH 396).

Menurut Astro, antara drama yang akan disiarkan di Astro Daebak termasuk Hotel Del Luna, Mr. Queen, The Devil Judge, Doom at Your Service, Reply 1988, Signal, What’s Wrong with Secretary Kim, dan Familiar Wife. Rancangan realiti popular seperti 3 Meals a Day dan Youn’s Kitchen juga akan turut disiarkan.

Bagi anda yang berminat, pakej baharu ini boleh dilanggan melalui aplikasi My Astro, laman web rasmi Astro, atau saluran langganan Astro yang lain. Malah, tawaran ini juga boleh diakses melalui pelan Astro One Packs yang ditawarkan bermula RM49.99/bulan.

Tags: Amazon Prime VideoastroDisneyPrime VideoViu
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

24 June 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

10 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN