• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Android 13 akan susahkan pemasangan aplikasi pihak ketiga dan ia baik untuk pengguna

  • OLEH Najib
  • 3:02 pm
  • 06/05/2022
  • Komen
Android 13 akan susahkan pemasangan aplikasi pihak ketiga dan ia baik untuk pengguna
Share on FacebookShare on Twitter

Android 13 akan dilancarkan Google tidak lama lagi dan sedikit demi sedikit, fungsi baru yang akan datang padanya mula terdedah. Satu lagi perkara baru di Android 13 yang mula diperkatakan baru-baru ini adalah sekatan pemasangan aplikasi ‘sideload’, atau aplikasi pihak ketiga di luar gedung aplikasi yang sah seperti Google Playstore.

Laman web Esper memaklumkan, Google menyatakan bahawa mereka akan mengenakan lebih sekatan kepada aplikasi ‘sideload’ untuk memastikan keselamatan pengguna. Ia untuk mengelakkan sebarang aplikasi hasad dan merbahaya cuba dimasukkan ke dalam aplikasi tanpa pengetahuan pengguna.



Caranya, di Android 13 kelak aplikasi yang tidak dipasang menerusi gedung sah seperti Google Playstore dan dipasang secara ‘sideload’, tidak akan dibenarkan menggunakan fungsi Accessibility API. API ini membenarkan pelbagai ciri khas yang sangat berkuasa di dalam peranti pengguna, antaranya melihat pergerakan dan mengawal skrin, serta membaca teks di skrin.

Accessibility API sebenarnya disediakan untuk membantu orang tua dan golongan kurang upaya supaya dapat menggunakan peranti pintar dengan lancar. Tetapi ia boleh disalahgunakan oleh penjenayah siber untuk mengawal peranti menerusi perisian hasad dan merbahaya.



Bagaimanapun, di Android 13 kelak sekatan tidak akan dikenakan jika aplikasi dimuat turun dari gedung sah seperti Google Playstore. Sebaliknya ia dikenakan jika fail APK dimuat turun dari sumber yang diragui. Ini kerana aplikasi hasad boleh menyamar dalam pelbagai bentuk untuk mencuri data pengguna.

Google menerangkan lagi, Android 13 mungkin akan menghalang pengguna dari memberi kebenaran kepada aplikasi ‘sideload’. Jika ada sekatan, kebenaran akan dikelabukan dan tidak boleh dipilih. Pengguna juga akan menerima notis menyatakan ‘for your security, this setting is currently unavailable‘, atau demi keselamatan anda, tetapan ini tidak ada buat masa ini.

Sistem operasi Android terkenal dengan keterbukaan yang menjadikan ia menarik untuk digunakan. Berbeza dengan sistem tertutup iPhone yang menyekat banyak perkara untuk pengguna. Tetapi kebebasan datang dengan pelbagai ancaman dan ia sering menyerang pengguna yang tidak mengetahui tentang keselamatan itu sendiri. Langkah aktif Google untuk menjadi benteng pertama sangat dialu-alukan supaya pengguna tidak lagi menjadi mangsa penjenayah siber.

[Sumber: Android Authority, Esper]

Tags: androidandroid 13Google
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Android 13 akan susahkan pemasangan aplikasi pihak ketiga dan ia baik untuk pengguna

Android 13 akan susahkan pemasangan aplikasi pihak ketiga dan ia baik untuk pengguna

6 May 2022
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER