• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perbincangan gagal, permainan video FIFA akan dikenali sebagai EA Sports FC

  • OLEH Najib
  • 12:18 pm
  • 11/05/2022
  • Komen
Perbincangan gagal, permainan video FIFA akan dikenali sebagai EA Sports FC
Share on FacebookShare on Twitter

Permainan video yang popular sering berubah-ubah mengikut arus zaman. Seperti dari zaman Warcraft, Starcraft dan Diablo di awal 2000, kini nama yang gah adalah seperti Mobile Legends, PUBG dan Fortnite. Tetapi ada satu permainan video yang kekal popular sejak dahulu sehingga kini, iaitu FIFA.

Permainan video bola sepak FIFA, dibangunkan oleh EA Sports yang memegang lesen nama FIFA secara eksklusif sejak hampir 30 tahun lepas. Tetapi kerjasama ini akan tamat tidak lagi apabila perbincangan antara keduanya tidak mencapai kata sepakat.



Dengan ini, EA Sports tidak lagi akan menggunakan nama FIFA untuk permainan video bola sepak mereka selepas ini. Tetapi EA Sports akan meneruskannya dengan nama serba baharu, EA Sports FC. Peminat bola sepak dikatakan akan dapat menikmati pengalaman yang serupa di EA Sports FC kelak.

Di pihak FIFA pula, mereka dilaporkan akan melancarkan permainan video bola sepak dengan pembangun yang baru pada tahun 2024. Setakat ini, belum dinyatakan apa bentuk kerjasama baru ini.



Bagaimanapun, EA Sports akan kekal memegang lesen nama FIFA ini sehingga Piala Dunia Wanita tahun hadapan. Ini termasuk Piala Dunia 2022 Qatar yang akan berlangsung tidak lama lagi. Selepas tamatnya perjanjian ini, pemain di platform EA Sports perlu bersedia untuk menggunakan nama baru, EA Sports FC.

Perlu diketahui juga bahawa tamatnya perjanjian ini sebenarnya tidak memberi kesan besar kepada EA Sports sendiri. Ini kerana mereka hanya tidak memegang lesen eksklusif FIFA untuk sukan berkaitan FIFA sahaja, seperti Piala Dunia.

Tarikan bola sepak yang lebih besar sebenarnya adalah di liga negara dan pasukan bolasepak itu sendiri. EA Sports dilihat telah mula berkempen untuk tajuk permainan baru mereka, EA Sports FC apabila mendapatkan nama-nama besar pasukan bola sepak untuk bercerita tentangnya. Antara pasukan yang telah menyatakan sokongan mereka kepada EA Sports FC adalah Ajax, PSG, Real Madrid, Liverpool dan Manchester City.

We’re In The Club.

Learn More July 2023. #EASPORTSFC pic.twitter.com/xtFM21zoPN

— Liverpool FC (@LFC) May 10, 2022

Bagi FIFA, mereka telah melepaskan satu perjanjian sedia ada yang sangat lumayan. Tetapi ia juga membuka ruang baru yang lebih luas untuk menjana keuntungan. FIFA dikatakan sedang mengintai peluang untuk bekerjasama dengan tajuk permainan lain yang sedang meningkat naik seperti Fortnite dan Roblox.

Tamatnya perjanjian eksklusif antara EA Sports dan FIFA ini mungkin akan menguntungkan kedua-dua pihak, mungkin juga sebaliknya. Lebih penting lagi adalah ia memberikan perspektif baru buat peminat, tetapi adakah ia ke arah yang lebih baik atau sebaliknya? Kita tunggu tahun hadapan.

[Sumber: NY Times]

Tags: EA Sportsfifa
Najib

Najib

POPULAR

Perbincangan gagal, permainan video FIFA akan dikenali sebagai EA Sports FC

Perbincangan gagal, permainan video FIFA akan dikenali sebagai EA Sports FC

11 May 2022
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hargai penjawat awam: Astro perkenal pakej eksklusif dengan penjimatan sehingga RM960

Hargai penjawat awam: Astro perkenal pakej eksklusif dengan penjimatan sehingga RM960

14 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER