• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Taco Bell sediakan juadah Crunchy Taco percuma untuk pelanggan, terhad sehingga 16 Mei 2022

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:59 pm
  • 11/05/2022
  • Komen
Taco Bell sediakan juadah Crunchy Taco percuma untuk pelanggan, terhad sehingga 16 Mei 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Bosan dengan juadah makan malam yang sama? Taco Bell kini mengajak anda untuk sertai kempen “Tukar Ke Taco”. Melaluinya, anda boleh dapatkan Crunchy Taco secara percuma! Anda hanya perlu kunjungi restoran Taco Bell terdekat dan berbelanja RM20 ke atas.

Peluang ini dibuka bermula dari 12 Mei sehingga 16 Mei 2022, dari 6.00 petang sehingga 8.00 malam. Kempen “Tukar ke Taco” ini akan berlangsung melibatkan lebih daripada 25 buah restoran yang mengambil bahagian di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.



Setakat ini, terdapat 7 buah restoran Taco Bell beroperasi di Malaysia. Iaitu di IOI Boulevard Puchong, Sunway Pyramid, Wangsa Maju, Setiawangsa, Tropicana Gardens Mall, Bandar Seri Permaisuri dan Cyberjaya. Dinyatakan juga di laman web rasminya bahawa sebuah lagi restoran akan di buka di Subang Jaya pada masa akan datang. Jika lokasi anda berdekatan dengan mana-mana restoran Taco Bell ini, bolehlah anda ambil peluang untuk dapatkan juadah makan malam Crunchy Taco dengan percuma.

Crunchy Taco ialah menu istimewa di Taco Bell. Ia dihasilkan daripada kulit tortilla jagung yang baru digoreng lalu diisi dengan ayam kisar, salad, sos pedas istimewa dan keju cheddar yang dihiris.



Sumber

Selain juadah ini, anda boleh juga cuba menu lain yang tersedia di sana. Anda boleh tonton video di bawah untuk lihat pengalaman pertama saya menikmati pelbagai menu di Taco Bell.

Tags: Taco Bell
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Taco Bell sediakan juadah Crunchy Taco percuma untuk pelanggan, terhad sehingga 16 Mei 2022

Taco Bell sediakan juadah Crunchy Taco percuma untuk pelanggan, terhad sehingga 16 Mei 2022

11 May 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN